Adakah Kita ISLAM Sejati atau Hanya Dalam I/C???







بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur dapat juga kita menikmati Ramadhan tahun ini,Alhamdulillah....


Baiklah,tentunya semua orang pernah melihat unta.Tidak kisahlah samada dalam kaca televisyen ataupun gambar,mahupun dihadapan mata sendiri.Seperti yang kita tahu,unta ni sejenis makhluk tuhan yang lahir nya di negara2 Arab.Bahkan mungkin mati juga dinegara Arab,Wallahualam....
Walaupun lahir dan matinya mungkin di Arab,tapi unta ini tak boleh bercakap dalam bahasa Arab,betulkan???
Memanglah,unta itu haiwan yang tidak boleh bercakap.
Cuba kita lihat,ada atau tidakpersamaan kita dengan unta ini? Tentu sekali jika ditanya begitu,jawapannya "eh,memanglah tak same,kita manusia yg ada akal dan nafsu,tapi unta itu haiwan yg cume ade nafsu saje".Mungkin itu yang akan kita jawab jika ditanya.


Mungkin kita dan haiwan tak sama,tetapi unta ini cuma ingin dijadikan kiasan saja.OK,right now,kita lihat,kita yang lahirnya dari rahim seorang wanita Muslimah dan ayah juga Muslim,lahir dalam majoriti masyarakat Islam,keluarga semua Islam,sekolah juga di sekolah majoriti Muslim,dan kita dewasa juga menjadi Muslim.


Bahkan,identiti kita juga menunjukkan kita ini seorang Islam.Baju yang kita pakai,baju Muslim,dan insyaAllah jika kita kembali kepadaNya nanti juga dalam negara yang majoriti masyarakat Islam.


Tapi.......apa yang kelakarnya,kita ni tulis saja dalam i/c (identiti card/kad pengenalan) status agama adalah ISLAM.Tapi adakah kita boleh baca kitab ALLAH?Adakah kita kenal Rasul buat umat ISLAM? Adakah kita tahu hukum yang ALLAH tetapkan dalam al-Quran???!! Jawab! Jawab!....


Bukankah kita ini sama dengan unta tadi?Lahir dan meninggal pun berada di tengah-tengah Muslim,tapi tak kenal apa itu ISLAM.....Ini bukan tuduhan,tetapi iktibar yang perlu kita ambil dari kisah unta ini.Agar kita perihatin terhadap diri sendiri,anak2,isteri,cucu dan family kita.


Islam is not a religion only,but ISLAM is a way of life untuk kita menuju bahagia dunia akhirat.Pernahkah kita fikir,how we do a business,dressing kita,our pilitics,rumah tangga,dan relation dengan hamba2 Allah seluruhnya?Bagaimana kita menguruskan semua ini jika tidak kita mengerti whats is ISLAM?



Al-Quran dan Sunnah adalah kompas hidup kita,if we don't know how to use al-Quran and Sunnah,maka we're failed untuk mencari jalan yang benar.Hari ini,kita rasakan tidak lengap hidup ini,jikatidak membaca e-mel,tetapi adakah kita gelisah jika belum membaca al-Quran?
Bagitu juga jika "buah hati" tak reply meseg kita,resah tak tentu arah,Tapi adakah kita reasah jika tidak membaca meseg dari ALLAH(al-Quran)? 
Kalau hari ini,jika tidak mengemas kini status di "facebook" rasa tak lengkap hari itu,tapi adakah kita mengemas kini bacaan al-Quran kita? 
Jawab! Jawab! Jawab! wahai manusia yang statusnya ISLAM dalam i/c.

Kita ini nama sahaja ISLAM,tapi malas,leka untuk mengkaji apa itu ISLAM.Semoga kita renung apa yang kitalakukan selama ini,jika status dalam i/c saja ISLAM,solat tinggal,puasa pun tidak,zakat apatah lagi,haji lagi tak ambil 'port'.Jika SOLAT itu tinggal maka runtuhlah Islam seseorang itu.Dalam mazhab Hanbali,orang yang tinggalkan SOLAT,mereka telah pun kufur(kafir) iaitu bukan lagi ISLAM jika hanya satu waktu ditinggalkan.Tapi dalam mazhab Syafie,jumhur ulama mengatakan mereka itu hanya fasik saja.

Ingitlah,SOLAT adalah segalanya,jika runtuh tiang utama,maka runtuhlah kesemuanya.Oleh itu,sama-samalah perbaiki apa yang tidak patut dilakukan dan terus menuju kejalan yang benar.Dekatkanlah diri dengan ALLAH,terutama dalam bulan pernuh barkat ini RAMADHAN al-Mubarak.....InsyaAllah

Wallahualam......
 
http://cahayarabia.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog