CADANGAN SEMAKAN ELAUN AHLI PARLIMEN DITARIK BALIK




Di hati hendak...tapi masih nak main politik.Akibatnya...Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz umum dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen pagi Isnin bahawa cadangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 untuk naikan elaun semua Ahli Parlimen ditarik balik. Katanya ini kerana pihak pembangkang  yang awal-awal tolak cadangan itu.

"Jangan salahkan saya," kata Nazri yang memberitahu beliau telah berusaha untuk ' jolok' cadangan itu  di saat akhir pada taklimat pembentangan bajet pada pagi Jumaat kepada Perdana Menteri.

Katanya, Najib bersetuju dengan syarat cadangan itu dipersetuji semua ahli parlimen termsuk pembangkang dan ahli parlimen Bebas.

Menurut Nazri, cadangan itu setelah ambil kira laporan jawatankuasa mengkaji gaji dan elaun ahli parlimen yang turut disertai wakil-wakil semua parti temasuk dari pembangkang.

Keutamaan kenaikan itu bukan sahaja babitkan gaji RM6,500 sebulan yang terima ahli parlimen sekarang tetapi lebih kepada elaun dan kemudahan termasuk sewa pejabat dan gaji pemandu.
Bagaimanapun, Anwar dilapor oleh sebuah portal petang Jumaat tolak cadangan itu.

Difahamkan ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang sangat kecewa dengan penolakan itu kerana tindakan Ketua Pembangkang itu tidak mengambil kira keperluan sesetengah ahli parlimen yang tidak mempunyai wang.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi Isnin, Nazri menegaskan penarikan cadangan itu kerana pemimpin pembangkang awal-awal lagi buka mulut menolak kenaikan itu yang membabitkan perbelanjaan RM30 juta jika dikuatkuasakan 1 januari depan.

Selain Anwar, beliau merujuk kenyataan Tmbalan presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS  Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian turut dalam senarai ahli jawatankuasa berkaitan kenaikan elaun tersebut selain ahli parlimen PKR  Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul  Hamid.

Nazri melihat mereka adalah pemimpin utama tiga parti pembangkang dan kenyataan menolak cadangan itu menggambarkan semua ahli parlimen dalam PKR, DAP dan PAS juga menolaknya.

Menjawab soalan, beliau berkata, Anwar dan Azmin kaya raya begitu juga Guan Eng dengan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

 “Mereka tidak fikir atau ambil kira keadaan wakil rakyat lain yang perlukan kenaikan elaun bagi memudahkan mereka memberikan khidmat terbaik pada rakyat,” tegasnya.

 Nazri berkata, kenaikan gaji dan elaun itu tidak akan mengkayakan ahli parlimen.

Beliau menjangkakan cadangan menaikan elaun itu akan menggembirakan semua ahli parlimen kerana sudah lama mereka menunggu kadar baru itu.

Dalam nada kecewa, Nazri berkata, tidak akan ada usul membincangkan semula keputusan itu dalam sesi perbahasan bajet 2012 yang sedang berlangsung.

Katanya, terpulang pada masa akan datang jika perkara itu mahu  dibangkitkan semula.

“Selalu mereka beri alasan buikan masa yang sesuai. Saya tak tahulah bila masa yang sesuai atau baik untuk naikkan elaun . Lima tahun lalu, mereka cakap alasan sama,” katanya.

Nazri berkata, beliau sudah memaklumkan penarikan  cadangan  kepada Menteri Kewangan Ke dua, Datuk Seri Husni Hanadzlah dan akan memberitahu Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Beliau turut mengakui gaji dan elaun ahli parlimen Malaysia rending berbanding negara jiran lain dengan Singapura (RM33,589) Indonesia (RM18,111) dan Thailand (RM11,574 hingga RM12,509).-10/10/2012

Comments

Popular posts from this blog