Hudud dan hukum menolak hukum hudud?  




Dilulus terbit pada Thursday, May 01 oleh SongkokPutih
Oleh asli

"Memang tidak dinafikan jumhur ulama berkata menolak salah satu hukum Islam (hudud, qisas... dsb) adalah murtad, namun ia termasuk dlm kontek hukum, namun perlaksanaan ia perlu saling lengkap melengkapi antara semua, seperti contoh perlu ada persetujuan kerajaan pusat.

Jika PR mengambil pusat pada masa akan datang,kita (umat Islam) masih dilanda masalah iaitu sekutu PR iaitu DAP tak mahu tegakkan undang2 Islam, kita perlu meraikan mereka juga, kita tak boleh paksa apatah lagi mereka mendapat penjelasan yang keliru dari umat Islam maka bertambah fobia mereka dengan undang2 Islam dan mereka rasa menegakkan negara Islam bermakna menegakkan undang2 Islam.



Selain masalah dari non Muslim,umat Islam juga mendapat tentangan dari umat Islam sendiri seperti orang umno yang sekular,kita juga perlu memperjelaskan dan meraikan mereka,PR tak semua yang sokong PR sebab hendakkan hukum2 jenayah Islam,ada sebab kemelesetan ekonomi,tol2,minyak,kezaliman,kroni,rasuah...dsb.

Kesimpulan dari isu hudud ini,pertama menegakkan hukum Islam diMalayisa yang ingin hanya menoriti,menegakkan hukum Islam patut didahului dengan membasmi golongan yang tak solat,kita umat Islam hari ini amat berbeza dengan zaman Nabi saw dimana sahabat ra apabila memeluk Islam terus sahaja melaksanakan rukun Islam (spt mengucap 2 kalimah syahadah,solat,puasa,zakat dan haji jika mampu),berbeza kita hari ini majoriti Islam baka yang tidak mengetahui hakikat Islam sebenar,perlu diingat meninggalkan solat termasuk dalam jenayah Islam boleh dibunuh mengikut pendapat 4 imam mazhab,apabila solat ditegakkan atau dibenteras golongan yang tak solat sehingga mereka solat menegakkan hukum jenayah Islam pasti tidak ada masalah dan non Muslim boleh mengamalkan hukum jenayah mengikut agama mereka,solat juga termasuk bab aqidah 'PERBEZAAN MAJUSI DAN ISLAM ADALAH SOLAT' bermakna solat juga termasuk bab aqidah yang perlu diperjelaskan hukum meninggalkan solat,itu baru sebahagian perkara2 yang mencemarkan aqidah belum lagi orang yang solat tetapi tak mahu hukum jenayah Islam,ini satu masalah dan seribu satu masalah menanti dalam menegakkan hukum Islam dan umat Islam wajib memperjelaskan melalui ceramah,motivasi,media2,tv....dsb.















http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9557 

 

Comments

Popular posts from this blog