HUDUD: HARUSSANI SOKONG KELANTAN

Nampaknya semua isu yang cuba dibawa oleh UMNO memakan diri sendiri, terkini ialah isu Hudud yang dilontarkan , oleh mantan PM, Dr Mahathir yang mencabar supaya PAS melaksanakan Hudud di Kelantan, cabaran ini dijawab oleh Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang menjelaskan bahawa kerajaan Negeri tidak dapat melaksanakan Hudud adalah disebabkan oleh satu surat ugutan dari Mahathir sendiri yang ketika itu menjadi PM. ( sini )
 
Seterusnya pelbagai kenyataan demi kenyataan dikeluarkan sehingga Najib dan Muhyiddin terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia atas faktor masyarakat majmuk,( sini ) ( sini ) kenyataan ini disangkal pula oleh Tim. DHPP Pusat yang mengatakan hudud lebih sesuai dilaksanakan diMalaysia berbanding undang-undang lain kerana ianya lebih mencegah sesuatu perbuatan jenayah. 
 
Dan hari ini pulak Mufti Perak, Dato' Harussani pula mengeluarkan kenyataan agar kerajaan pusat memeberi peluang kepada Kerajaan Negeri kelantan supaya melaksanakan Hudud..... ( sini )
Nampaknya UMNO semakin tersepit laaaa...

http://teratakkampungku.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog