Islam Ada Hablumminallah dan Hablumminannas 

    
    
Islam adalah hubungan dengan Allah
Dan hubungan sesama manusia
Hubungan dengan Allah banyak berlaku
Di masjid dan di surau-surau

Secara fizikal dan rohani
Yang bersifat rohaniah ini berlaku di mana-mana
Kerana ia adalah kerja hati
Hubungan sesama manusia tidak kira

Kafir atau Islam berlaku di mana-mana sahaja
Berlaku di jalan raya, di rumah,
Di kedai makan, di dalam kenderaan,
Di sekitar jiran tetangga

Disiplin waktu berhubung, bertemu,
Waktu bermesyuarat, bermuzakarah, berceramah
Di dalam keluarga, waktu bekerja,
Bermusafir, berjuang dan berziarah

Disini dibawa beberapa contoh,
Yang tidak disebutkan kiaskan sahaja
Di jalan raya utamakan orang lain dahulu,
Sekalipun jalan kita

Bertanya-tanyalah hal jiran
Sama ada Islam atau kafir,
Kesusahannya dibantu, sakitnya diziarah,
Ketiadaannya jaga rumahnya

Waktu makan dikedai,
Bayarkan yang dikiri kanan kita
Ketika ke pasar, bayarkan untuk
Orang yang disebelah kita setakat termampu

Apabila naik bas, utamakan orang lain duduk,
Lebih-lebih lagi orang tua atau kaum ibu
Kalau kita berjalan berkenderaan sendiri,
Terjumpa orang menunggu bas,

Pelawa dia naik kenderaan kita
Berjumpa orang di mana-mana
Sama ada dikenali atau tidak
Berilah salam kepada mereka

Di dalam majlis, ada peluang bermesralah,
Ada orang bercakap dengarlah,
Jagalah tata-susila
Ada orang yang susah meminta,

Berilah jangan dikecewa,
Kita berhutang kerananya pun tidak mengapa
Hutang orang kepada kita jangan dipinta
Kalau mereka bayar, alhamdulillah,

Jika tidak, halalkan sahaja
Jika kita bersalah dengan sesiapa sahaja
Minta maaflah, orang bersalah maafkan sahaja
Sekalipun tidak meminta

Berkawan hendaklah setia,
Berjemaah sama-sama berkorban
Dan menjaga keutuhannya
Berani jangan melulu, biarlah berstrategi

Takut jangan terlalu, tuhan benci
Bekerja biarlah berdasarkan ilmu,
Bersungguh-sungguh,
Bekerja secara jemaah hendaklah bekerjasama

Kalau makan jangan seorang dibedal,
Biarlah ada orang lain sama
Orang yang menentang kita, janganlah dilayan,
Kalau boleh buat baik dengan mereka

Atau mereka fitnah
Tidak salah kita menghilangkan fitnah,
Tapi biarlah secara bijaksana
Itulah dia sebahagian daripada ajaran Islam yang global

Yang tidak diceritakan kiaskan sahaja
Itulah dia Islam cara hidup,
Bukan berpusat dimasjid sahaja
Islam macam itulah

Yang kita sedang memperjuangkannya
Apa yang kita lihat tadi
Nyatalah Islam itu membawa kasih sayang
Sesama manusia

http://groups.yahoo.com/group

Comments

Popular posts from this blog