Jangan amalkan berprasangka buruk

 

 

Islam menganjurkan umatnya mengeratkan silaturahim serta hidup rukun damai.Kerana itu kita di larang melakukan perkara yang menjejas dan merosakkan hubungan baik sesama manusia,antaranya bertelingkah,bermusuh musuhan serta berprasangka buruk.

Perihal ini dinyatakan Allah SWT dalam Surah-Al Hujarat ayat 12,bermaksud,"Wahai orang yang beriman!Jauhilah kebanyakan sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.Dan janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang."

Berdasarkan ayat ini,sesungguhnya sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang yang kemudian menimbulkan tuduhan tidak berasas kepada seseorang sehingga menyakiti hati orang itu.

Ingatlah,setiap perbuatan yang dilakukan,sama ada baik atau buruk,pasti menerima pembalasan di akhirat.

Oleh itu,sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat,hendaklah kita menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik atau lebih baik diam saja.

Ini sebagaimana riwayat Imam Al Bukhari menyatakan Rasulullah SAW bersabda,"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat,hendaklah ia berkata kata yang baik atau hendaklah ia diam."

Bagi mengelakkan kita berprasangka buruk,teliti dan selidiki dulu perkara yang kita dengar dan jangan terus membuat andaian bukan bukan.

Peringatan ini dinyatakan Allah dalam firmanNya yang bermaksud,"Wahai orang orang yang beriman jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita,selidikilah untuk menentukan kebenarannya."(Al Hujarat,ayat 6).

Rasulullah SAW juga mengingatkan umat islam supaya umat islam tidak cepat terpengaruh dengan berita yang disampaikan seseorang yang belum pasti benar benar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-NYA.

Orang yang dimaksudkan Rasulullah dikenali sebagai orang fasik di amna baginda SAW bersabda,"Jauhilah oleh kamu prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta dusta perkataan."(Riwayat Imam Al-Bukhari).

Dalam soal ini,ulama menetapkan bahawa prasangka buruk terbahahi kepada dua bahagian iaitu:

Pertama: Prasangka yang mendatangkan dosa dan haram

Prasangka yang mendatangkan dosa dan haram termasuk prasangka terhadap Allah SWT,walaupun di dalam hati,serta prasangka terhadap orang yang dikenali baik (orang yang tidak fasik)dan orang yang tidak melanggar hukum syarak.

Kedua: Prasangka yang tidak mendatangkan dosa

Adalah keadaan di mana kita berprasangka buruk terhadap seseorang tetapi ia terbatas dalam hati dan tidak dinyatakan atau dizahirkan kepada orang lain.

Prasangka ini juga dalam keadaan kita berwaspada mengenai keselamatan diri,harta dan keluaraga daipada ancaman anasir jahat,contoh daripada orang berniat jahat.

Tidak menjadi kesalahan kita berprasangka seseorang itu ingin membuat kejahatan,asalkan kita berwaspada dengan tindakannya dan jangan sewenang-wenangnya melepaskan tuduhan sedangkan seseorang itu tidak melakukan kesalahan itu.

Tetapkan dalam diri kita bahawa Allah SWT mahukan hambaNya hidup dalam keharmonian.Oleh itu,sewajarnya kita mengamalkan sifat berkasih sayang dan belas kasihan sesama manusia.

Hindarilah daripada berprasangka buruk yang sememangnya diketahui akan merosakkan perpaduan kehidupan manusia,mudah mudahan kita dapat mengekalkan ukhuwah sesama insan yang sememangnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan Islam. 
 
http://aliaharyanie.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog