Perangi NAFSU mu wahai umat

 

 

"Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan akan apa yang diusahakan untuk hari esok(Kiamat)" :: Surah al-Hasyr;18

Sedarlah wahai ummat Islam sekalian,bahawa nafsu itu amatlah berbahaya untuk diri kita.Janganlah mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sering berbisik dibalik cuping kita.Ingatlah,syaitan itu tidak akan berjaya untuk memperdaya kita dengan nafsu syahwat jika kita dekat dengan Allah.

Allah SWT memberi wahyu kepada Nabi Musa as. :
"Wahai musa,jika engkau mahu ingin dekat dengan Aku,yang lebih dekat dari ucapanmu kepada lisanmu,dari keraguan hati kepada hatimu,dari roh mu kepada jasadmu.dari cahaya  penglihatanmu kepada mata mu,dan dari pendengaran kepada telingamu,maka berselawatlah kepada Muhammad SAW."
Jelas menunjukkan untuk elak dari ikatan nafsu itu,kita perlu dekat dengan Allah dan Rasul Nya.

Ibn Athailah pernah menyebut dalam kitabnya ;"Tidak ada yang boleh mengusir keenakan dunia dan syahwat mealinkan rasa gerun dan gentar kepada ALLAH SWT"

Disebabkan terlalu ikutkan nafsu,umat Islam kini semakin mudah terpedaya dgn bisikan halus.Nafsu tidak kira umur,tua atau muda semua akan cuba diperdaya syaitan yg Rejam.

Nabi Sulaiman bin Daud as. pernah berkata :
"Sesungguhnya mengekang dan menahan nafsu itu lebih sukar dari membuka sebuah kota seorang diri"






Fokus nya kini adalah pada anak muda terutamanya.Bagi mereka yg berCouple,mereka inilah golongan yang terlalu ikutkan nafsu.Rasa cinta pada manusia melebihi rasa cinta kepada Allah dan RasulNya.
Syaitan telah berjaya memperdaya ramai remaja dengan ajakan yang tidak kekal.Remaja sememangnya berlaku perubahan hormon pada usia begini, kata orang mereka ingin "disayangi" dan "menyayangi"
Setuju dgn konsep itu,tapi menyayangi Allah dan ingin Allah menyayangi diri kita.Bukan kepada manusia yang bukan mahram buat kita.

Berkenalan itu tidak salah,tapi ikutlah saranan syariat Islam.Sekadar berkenalan untuk mengeratkan sillaturrahim sesama saudara Muslim.Tapi kalau untuk saja2 bercouple,lupakan saja.Ia tidak menjamin apa-apa untuk masa depan kita.Tapi bercintalah dgn Sang Pencipta yg Maha Esa.

Berhati-hati dengan pujukan dan rayuan syaitan yg diRejam.Golongan ini yg boleh memusnahkan anak Adam.
Teguhkan hati dgn zikrullah dan selawat.



Sebahagian ahli Makrifat menyebut.Jihad itu ada 3,pertama,menentang musuh Islam,kedua jihad menyebarkan ilmu untuk menghadapi orang yg tidak benar(batil),ketiga,jihad melawan nafsu.

"Dan orang yg berjuang (melaksanakan hak) Kami,nescaya kami tunjuki jalan buat mereka ke jalan Kami..." (Surah al Ankabut: 69)
Rasulullah juga bersabda,:: "Jihad yang utama adalah memerangi nafsu..."
 
http://cahayarabia.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog