WAWANCARA BERSAMA BOB LOKMAN 

 

 





Baru-baru ini Negara dikejutkan dengan insiden antara bekas pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Bob Lokman dengan JAIS di sebuah Masjid di Selangor. Isu utama peristiwa ini ialah Tauliah, krew Teratak kampong baru-baru ini Berjaya menemu-bual Bob di Kuala Kangsar bagi mendapatkan penjelasan beliau. (bahasa yang digunakan adalah bahasa yang santai

T.K
:
Baru-baru ni berlaku insiden antara abang dan JAIS, boleh cerita apa yang berlaku malam tu
Bob
:
Peristiwa tu berlaku selepas ceramah, sebelum tu aku dijemput untuk sampaikan sedikit
tazkirah berkenaan hidayah, kerana dalam majlis tu ada seorang lagi penceramah iaitu Ust. Fakrurazi dari serdang menyampaikan ceramah berkaitan hidayah, Ust Fakrurazi ni ada tauliah, jadi bila dia selesai ceramah terus dia mintak aku citerkan tentang pengalaman aku, tengah aku bercakap dalam majlis tu datang sekumpulan pegawai JAIS (3 orang berambut merah) dan dengar apa yang aku cakap. Habis ceramah solat isyak dan diimamkan oleh tok kadi, selesai solat kami bergerak pulak untuk ke jamuan makan
T.K
:
Seterusnya…
Bob
:
Bila aku nak keluar jer dari masjid datang beberapa orang dan perkenalkan diorang  sebagai penguatkuasa, diorang mintak aku ke balai, aku tanya “buat perr  p balai” diorang jawab sebab bagi ceramah xdak tauliah. Aku jawab “buat perr  p balai sedangkan korang xbuat report pun, korang p balai dulu dan lepas report baru aku ke balai”
T.K
:
Macamana dengan tok kadi tadi
Bob
:
Tok kadi tue plak dia masuk dewan masjid dan terus datang kat aku, tanya kenapa aku xmintak tauliah, aku cakap aku bukan ust, sedangkan begitu banyak ust yang mintak pun xdapat inikan aku plak, tok kadi tepuk meja dan macam2 ayat quran dia baca, aku dengar jerr….  Dan bila dia cakap “pemimpin kita ok apa, diorang xmemudaratkan rakyat.”Aku bila dgr jerr terus aku tepuk meja dan ajak ke balai
T.K
:
Apa yang berlaku di balai
Bob
:
Sampai di balai aku duduk diluar balai dan penguatkuasa buat report, tok kadi  xsampai lagi. Bila dia sampai terus dia cakap “susah laa mcm nie, sumer nie kwn2 aku belaka”. Kemudian dia ulang balik apasal xmintak permit. Aku jawab “kerja yang ko buat nie naya orang” dia tanya “apsal?”. Aku jawab “kerja yang aku buat nie kerja Islam, bukan kerja jahat. Tok kadi tue jawab “ah sudah lah… orang PAS ni 85% xpandai baca Quran”. Aku bila dengar jerr ayat tue terus tepuk meja dan jawab “Kalau kau dah tau 85% xpandai baca Quran kenapa ko tak dakwah pada golongan sasaran tue, apasal dok dalam bilik aircond, atas kerusi empuk, ko tak takut kerr makan duit haram sebab tak buat kejer tue… dulu waktu aku jahat ko tak tahan pun, tapi bila aku nakjadi baik dan nak  ajak orang buat baik ko nak tahan-tahan  pulak…. Kalau ko nak tengok aku jadi jahat balik ko mari sini aku ajar…. Kadi tu tak berani datang kat aku, masa tue aku tengok dia kecik jerk…  polis dan penguatkuasa pulak dari tadi tengok jerk…. Kadi tue jawab “kalau ko marah sangat tumbuk pokok tue”. Aku jawab plak “rugi tumbuk pokok tue, kalau tumbuk ko dapat gak pahala sebab halang orang buat baik. Akhirnya setelah selesai report, aku pun balik dan diorang suh datang ke pejabat jais esok hari
T.K
:
Pada pandangan abang adakah kes ini didalangi oleh pihak2 tertentu?
Bob
:
UMNo la….
T.K
:
Sebab?
Bob
:
Tok kadi tu cakap 85% org PAS tak pandai baca quran, apa maknanyerr tue…. Umno la tue….
T.K
:
Antara isu utama peristiwa nie ialah bab tauliah. Leh komen
Bob
:
Dalam peristiwa tue aku tnya penguatkuasa dan tok kadi tue, apa sebab diorg nak tahan aku, jawapan diorang ialah tak dak tauliah. Aku cakap kat diorang… aku nie bukannya ust… sedangkan Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hj Hadi, Dr. Rani Osman dan Dr Asri pun diorang tak bagi tauliah inikan aku….. lagipun aku citer tentang pengalaman aku dari jahat kepada jadi baik, salah kerr? Dan diorang pun bagitau isi ceramah aku malam tu tak salah Cuma tak dak tauliah jer, jadi bagi aku tauliah ni mainan umno
T.K
:
Kesan daripada kes nie
Bob
:
Sokongan orang pada Islam meningkat, dan orang nampak JAIS tue sapa…. malam tue ada 2 orang tok ketua kampong yang tengok peristiwa tue…. Bila diorang tengok diorang bagitau aku “Bob, bila kami tengok peristiwa nie baru kami tau JAIS nie macamana, lepas nie kami nak ajak bob lagi” aku tanya “tak takut hilang jawatan kerr?” tok ketua tue jawab “jawatan nie umno bagi, kalu diorang buang kami masuk PAS”
T.K
:
Bagaimana dengan sokongan untuk abg dari masyarakat dan pimpinan
Bob
:
Berlambak sms dan panggilan talipon yang aku dapat bagi sokongan, di pihak pimpinan antaranya  ialah Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu Dr Rani Osman. Dia bagi sokongan 100% dan bagitau aku PAS Negeri Selangor menyokong tindakan aku.
http://teratakkampungku.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog