BERUBAT DENGAN ALQURAN 

 

 

ALQURAN SEBAGAI PENAWAR?

Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali sakit tua dan mati

Bagaimanapun banyak lagi penyakit penyakit didunia ini masih belum dijumpai ubatnya, mengapa?Banyak kes kes penyakit zahir utama seperti barah, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis masih lum ada penawarnya boleh dikatakan sebagai yg sebenar nya penawar sedangkan ia adalah penyakit utama dan hampir semua manusia terdedah padanya!
Ini bermakna kita sebagai manusia berkewajipan dengan fardu kifayah untuk mencari penawar penyakit penyakit tersebut. Itu lum lagi kes kes penyakit yg sukar dikesan seperti hilangnya nafsu shahwat pada pasangan, penyakit aids, penyakit tidak mampu mengadakan zuriat dll.....

Walaupun banyak product dipasaran yg claim boleh menyembuhkan penyakit penyakit tersebut, benarkah seperti yg diclaim itu? Atau hanya satu andaian.... katalah dah diuji dan dicuba pada manusia, katalah yg menggunakannya 100 orang, katalah yg sembuh sebenar benarnya hanya tak sampai 20 orang, bolehkah ia dikira sebagai ubat yg paling sesuai dengan penyakit tersebut? Tentulah tidak bukan!

Kencing manisKebanyakkan product tersebut adalah sebagai pengawal penyakit yg dihidapi, contohnya bagai pesakit kencing manis, ubat ubatan yg ada dipasaran walaupun pengeluarnya dan penjualnya claim boleh menyembuhkan, tapi bila berhenti dari pengambilan ubat tersebut, penyakit hadir semula, so adakah itu ubat atau hanya sebagai pengawal gula(mengambilalih tugas pankreas)? Pada akulah, kalau nak claim sebagai ubat, guna lah pada sukatan tertentu, pada masa tertentu untuk tempoh tertentu, bila dah capai tempoh dan syarat tersebut, berhenti dan pastikan kencing manis tersebut dah hilang terus, barulah boleh diclaim sebagai ubat!!!! Maaf ye kalau ada yg terasa... ini hanya pandangan peribadi!!! Kebanyakkannya ubat itu hanya sebagai pengganti insulin yg mengawal gula dalam darah, bukan merawat punca mengapa kegagalan sistem tubuh tersebut berlaku! Kencing manis bukan hanya disebabkan kegagalan pankereas sahaja, banyak lagi organ dalaman tubuh tu yg bersama bertindak dlm penyerapan gula tersebut!

Darah Tinggi
Penyakit ini pun banyak melata... dari dulu dah ada, kalau pergi kedokter, ubat yg diberi hanya ubat merendahkan tekanan darah... bila dah rendah, dikira dah ok, walhal sipesakit itu darahnya tetap tinggi terus terusan, hanya turun jika makan ubat, tak makan je, naik balik!

Ubat ubatan dipasaran pun lebih kurang je macam tu, rendah bila dimakan, ada tekanan perasaan sikit akibat tension ke, sibuk sangat ke, anak bising ke, darah terus naik mendadak! Mana yg dinamakan ubat sebenar??? Mana perginya ahli ahli professional dlm berubatan kita? Mengapa hanya dan terlalu bergantung pada ubatan luar?????

Buah Pinggang
Ada ke ubat yg bole memperbaiki buah pinggang sebelum ia rosak atau rosak teruk? Bila pergi dokter biasanya kes dah teruk, buah pinggang dah kecut, boleh ke diubat lagi? Kene ganti je lah jawabnya! Yg tak mampu kene dialisis saban minggu sampai akhir hayat!!
Sakit sakit lain pun cam tu juga, hanya pengawal pengawal pengawal! Mana yg dinamakan ubat? Kalau penin kepala tu makan panadol terus sembuh, tapi air badan kene cukup juga, tu baru dinamakan ubat! Tapi kalau migrain??? Bukan panadol la ubatnya!

Katalah kebanyakkan penyakit tu lum jumpa penawar yg sebenarnya penawar, so bagaimana pada ilmuan islam yg mengatakan AlQuran adalah sebagai shifa’? takkan perawat islam hanya tau halau jin macam halau ayam je! Ni aku bukanlah nak hina perawat yg mengaku sebagai perawat islam sangat tu, bukan, Cuma sama nak ingatkan, tugas kamu@kalian belum selesai! Rawatan akibat gangguan jin pun banyak lagi kaedahnya yg jauh lebih berkesan dari hanya bergantung pada ayat ayat ruqyah tersebut, so kene tingkatkan pengetahuan dan kepakaran!!!

UBATAN ALTERNATIF PENYAKIT ZAHIR-AL QURAN DAN ZIKIR
Bagi pembaca blog aku ni, ni aku perturunkan sedikit sumbangan, itupun kalau yakin la... untuk ubatan sakit zahir guna kaedah islam

Sakit kencing manis :
Ayat AlQuran : surah Al-Munafiqun sekurang kurangnya 601X
Kalau tak suka baca ayat tu, bolehlah zikir dengan zikir Lahaulawala quata illabillahil aliyilazim paling kurang pun 300,000x mungkin lagi banyak kalau sakitnya dah teruk!
Ubat makan herba? Makanla bende benda yg pahit pahit, tapi ni tak berapa bagus sangat sebab tak menyembuhkan total, nantilah aku cuba buat satu ubatan herba khas untuk kencing manis ni, tapi bahannya banyak sangat dan amat sukar dicari pulak tuh! Kalau dapat nanti, ia akan memulihkan semua sistem yg mengawal pengambilan gula dalam darah termasuk tiriod, perut, hati, pundi hempedu dan yg penting sekali pankereas... doa doalah aku berhasil mendapatkan bahan bahannya tu, banyak tu 17 jenis!!!

Darah Tinggi? : tiada surah khusus dlm Alquran untuk ubat penyakit ni, zikir pun tak de... tapi baca ajelah mana mana ayat pun, zikir lah apa pun, mana tau Allah kasi sembuh juga, ye tak!
Ubat utama pesakit darah tinggi ni ialah senangkan hati! Ha, pelik kan? Senangkan hati ni bergantung pada individu tersebut, tengok apa minat dia, kalau dengan menyanyi pun leh senangkan hati, itulah ubatnya, kalau dengan mengaji ALQURAN boleh menyenangkan hatinya, banyakkan mengaji, kalau memancing tu boleh menyenangkan hatinya, pergilah dan keraplah memancing! Pilih je la apa yg disukainya...... Susah ke? Senang aje kan..... tapi kalau nak cuba guna teknik ni, boleh juga, minum air rebusan daun pokok ceri... ambil daun ceri agak agak 1 periuk kecil, tambah air 3 gelas, dan rebus sampai air tu tinggal 1/3, minum....buat selalu sampai darah tinggi tu hilang terus!!!

Ubat barah???
Pun tiada yg specifik, bergantung pada individu terbabit! Tapi kebanyakkannya hanya zikir zikir taubat......... Paling mudah dan amat sesuai pada ramai orang ialah banyakkan selawat nabi, target la satu hari paling kurangpun 5000x, buatlah sampai setahun ke, 2 tahun ke... sampai sembuh sebab biasanya penyakit zahir yg sukar cari ubatnya ni, selawat la paling ampuh, tapi bukanlah setakat 100x sehari je, tak jalan tu!

Ubat ubat yg lain???? Entah lah... sebab bergantung pada kesesuaian badan individu itu sendiri... contohnya kalau 4 orang ada panyakit resdung nak guna rawatan cara zikir, pastinya bukan zikir yg sama walaupun sakitnya tu sama, ia bergantung pada individu memasing, contohnya ada yg kene baca 2 ayat akhir surah yassin, ada pula yg kene baca alfatihah, yg lain pula ada yg kene baca zikir huruf huruf (alif sampai Ya) malah mungkin org yg terakhir tu kene baca selawat nabi je.........


UBAT PENYAKIT MISTIK
Adakah benar bacaan Alquran mampu memulihkan segala penyakit mistik akibat gangguan jin tak kira sumber sihir, saka atau jin liar?
Kalau aku yg jawab: jawabnya Ya dan tidak
Kenapa Ya? Jika AlQuran tersebut mampu dibaca oleh pesakit, dengan jumlah yg banyak contohnya 4x khatam atau lebih ke, atau boleh membaca satu satu surah spt surah yassin atau Almulk katalah 600x dan sebagainya, biasanya sipesakit akan sembuh secara perlahan lahan kerana jin ditubuhnya akan beransur ansur lemah lalu mati bergantung berapa banyaknya jin tersebut....... Bagaimana pun, bolehkah orang yg ada jin ditubuhnya mampu membaca Alquran sbanyak itu? Tentunya amat sukar kerana baru je baca biasanya jin ditubuh dah memberontak yg mengakibatkan sipesakit akan kesakitan dan rasa tak tentu arah....... logoknya macamana dia nak baca kalau ada gangguan sebegitu!

Katalah perawat yg merawatnya mampu mengeluarkan jin ditubuh dan menyuruh sipesakit membaca Alquran seperti kaedah tersebut, sebenarnya apa yg berlaku ialah bacaan AQ sendiri oleh sipesakit itu akan menghasilkan aura dalam dirinya sendiri yg boleh menghalang jin jin lainnya dari memasuki tubuhnya... dan jika pembacaan berterusan akan menghasilkan kekuatan dalaman(aura) yg mampu menghalang terus dari jin jin mendekati...... inilah yg dinamakan AlQuran sebagai ubat(shifa).........

Kesan Mendengar CD/MP3 ruqyah.... adakah mampu mengubat??
tentulah tidak!!!! Sebab perlu dibaca sendiri oleh sipesakit!!! Pendengaran CD/MP3 tu hanya mampu memberi gelombang disekitar kawasan pendengarannya sahaja, tetapi tidak mampu menghasilkan aura pada sipendengar/pesakit... so adakah aku bermaksud bahawa memperdengarkan CD itu sebagai sia sia? Tak juga! Ia mampu menghalau jin, Cuma tidak mampu memberi kekuatan roh pada diri sipesakit.... Bagaimana pula jika bacaan tersebut dibaca oleh pak pak ustaz ketika sesi rawatan???

Semasa sesi rawatan islam berlaku, pak ustaz yg membaca ayat ayat ruqyah tersebut sebenarnya mempunyai kekuatan dalaman tersendiri tetapi pembacaan tersebut ygnya sebagai alat atau suiz yg mengeluarkan kekuatan dalaman itu seterusnya mampu membakar/ menyembelih dll jin jin ditubuh pesakit... sebab tu, walau ayat nya sama, kekuatan dan lagunya sama, tapi dibaca oleh ustaz yg berbeza, kesan pada jin dalam tubuh pesakit akan berbeza... ada yg kuat ada yg tak berapa kuat bergantung kesesuaian ayat tersebut pada siperawat/pembacanya...

Kenapa pula tidak??
Sebab banyak juga penyakit mistik, jinnya tak terkesan langsung dengan bacaan AlQuran dan zikir zikir........ contohnya jin islam, iblis, azazil dan yg paling liat ROH GENTAYANGAN....bacalah ayat apapun ,,,,, zikirlah zikir apapun... depa buat BODOH........

OBAT HATI
Obat hati atau lebih senang difahami sebagai obat jiwa.... Aku teringat 1 lirik lagu nyanyian opick(kalau tak silap)
Obat Hati
Ada 5 perkara
Yg Pertama baca Quran dan maknanya
Yg kedua, solat malam istiqamah
Yg ketiga zikir malam berpanjangan
Kg keempat, perbanyakkan berpuasa
Yg kelima berkumpullah dengan orang soleh..........

Ya benar... obat jiwa yg utama ialah perbanyakkan membaca AlQuran dan Maknanya@ terjemahannya....... lebih kita memahami dan mendalami apa kata kata Allah dlm Aq tersebut, makin baiklah hati kita.............

Pengalaman aku merawat pesakit yg melibatkan penyakit mistik ni ialah makin rajin sipesakit berzikir dengan apa apa zikir yg aku ajarkan, makinlah dia cepat sembuhnya.... dan yg selalu aku ajarkan adalah zikir Laillahaillauloh... tapi kalau akibat sihir, aku kene banyak juga membantu terus terusan sampai sihir tu berakhir.... kekadang amat penat dan memenatkan.... apa nak buat, dah tugas!!!

Apa tak penatnya, kalau jin sihir datangnya berduyun duyun macam kita panjat pokok yg banyak sarang kerengga!! Kerengga terusan menyerang walaupun dah banyak dibunuh!!!!! Rasa nak terjun pun ada.. hehehe
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
http://darulhantu.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog