Urutan Perjalanan Seorang Jemaah Haji




Sebelum bergerak, berdoa untuk kemudahan sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji... dan memohon agar mendapat haji yang mabrur...   aaaaaaaaaaminnnnnnnnnnn....

terus ke Kelana Jaya. Solat subuh di sana, lepas tu terus dengan urusan pendaftaran jemaah haji
terus ke dewan untuk taklimat akhir sebelum bergerak ke KLIA jam 9 pagi...

selesai je taklimat, naik bas terus ke terminal KLIA, terus naik pesawat MAS... berlepas ke Madinah

menginap di Hotel Al Saha Al Safir di Madinah. Ianya terletak di belakang sebelah kiri Masjid Nabawi... kalau terus ke hadapan tu bole jumpa, Maqam Nabi, Raudhah dan ke kiri sikit ialah perkuburan Baqi'. Madinah sudah banyak perubahan berbanding dengan beberapa tahun lepas.

Di hadapan pintu Babul Fahd.. Sekarang ni kira pintu utama Masjid Nabawi la... (dulu pintu utama ialah Babus Salam di sebelah kanan)

Menaiki bas untuk program ziarah di Madinah...


inilah Masjid Quba'... Kami diberitahu jika kita ambil wuduk di Hotel di Madinah, kemudian ke Masjid Quba' dan solat 2 rakaat, boleh dapat satu pahala umrah...


Sejarah Masjid Qiblatain (Masjid 2 Qiblat) ialah suatu masa dahulu ketika Nabi mengimamkan solat, tiba-tiba dalam solat itu nabi diperintahkan menukar arah qiblat dari Baitulmaqdis di Jeruslem ke Kaabah di Mekah...



menziarah maqam para shuhada' di jabal Uhud. Antaranya ialah bapa saudara nabi, Syaidina Hamzah yang gugur semasa perang Uhud...



melawat ke ladang kurma. ini ialah pusat jualan hasil ladang kurma... kurma madinah ialah kurma yang berkualiti. Dapatkan kurma nabi,ajwa, di sini...



selepas 10 hari di Madinah, tiba la masanya bertolak ke Mekah... selepas asar, kami menaiki bas....



berhenti di Miqat Abiar Ali, solat sunat ihram, solat Maghrib jamak dengan Isya'.. oleh kerana melakukan haji tamatuk, maka berniat umrah ...



sampai di Mekah, uruskan barang2 ke dalam hotel... siap je terus ke Masjidil Haram, terasa sangat gembiranya dapat bertemu Kaabah...  dapat berjumpanya semula... Tawaf, Saie dan bergunting rambut.... tahalul...


Mekah masih belum jauh perubahan sejak kunjungan saya  yang lalu... Kami tinggal di Hotel Jawharatul Khaleej, di Jalan Samiyah (terkini hotel ini dan sekitarnya telah dirobohkan untuk perluasan Masjidil Haram) berdepan pintu masuk 'Babul Madinah' ... Sementara menunggu kemuncak haji, aktiviti para jemaah Haji ialah solat 5 waktu di Masjidil Haram, banyakkan solat2 sunat, dhuhaSementara menunggu kemuncak haji, aktiviti kami ialah solat 5 waktu di Masjidil Haram, banyakkan solat2 sunat, dhuha, taubat, hajat, tasbih, tahajud... dan banyakkan membaca ayat-ayat suci Al Quran dan berzikir... malam2 jalan2 sekitar Masjidil Haram sambil menjeling2 jualan2 yg ada di sekitarnya...


.... juga buat umrah sebanyak mana yang termampu... yang selalu kami pergi untuk berniat ihram ialah di Masjid Syaidatina Aisyah di Tana'im


sebelum wukuf, kami dibawa melawat ke Jabal Rohmah di Arafah... Bukit ini merupakan tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa selepas mereka di campakkan ke bumi... Ini adalah antara tempat mustajab untuk berdoa... katanya: terutamanya untuk yang ingin mencari pasangan... yg dh ada pasangan tak payah le mintak lagi.. mintakkan le untuk anak2, saudara mara, kawan2... doa lain2 lebih baik...


pernah juga berniat ihram di Masjid Ja'ronah selepas membuat lawatan ke Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum Wukuf



ada juga lawatan ke Jabal Thur, dan lalu di Jabal Nur .. tapi tak mendaki pun... duduk bergambar kat kaki bukit tu je...


pada Hari Tarwiyah (8 Zulhijah) sebelum zohor, kami bertolak ke Arafah. Solat Zohor/Asar di sana... Maghrib/Isyak... kemudian berehat... awal pagi sebelum subuh aktiviti para jemaah Haji ialah solat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan solat Hajat... terus solat subuh... siang tu banyakkan berdoa, membaca ayat suci Al Quran... Zohor hari ni adalah kemuncak Haji... Hari Arafah (9 Zulhijah),  dengar  khutbah dan solat Zohor/Asar...

selepas solat Maghrib/Isya', kami bersiap-siap untuk bertolak ke Muzdalifah....


sampai di Muzdalifah (mabit) sementara menunggu waktu yang ditetapkan untuk ke Mina, aktivitinya ialah berzikir, mengaji,..sambil tu ada masa, mengutip anak batu sebagai persiapan untuk melontar jamrah di Mina nanti...


sebanarnya kami sampai di Mina Muaissim pukul 3 pagi, angkat barang masuk ke khemah yang telah disediakan... hari ni ialah Hari Nahar (10 Zulhijah)...eh, kat Malaysia, anak-anak dan keluarga sedang merayakan Hari Raya Eidul Adha... kat sini, tak terasa pun suasana hari raya... pagi tu sempat ke "Muna Medical Centre" untuk mendapatkan ubat-ubatan... ubat batuk dan ubat gatal2...


lepas tu kami dibawa oleh petugas ke tempat lontaran Jamratul Kubro...


balik tu terus bercukur, tahlul awal... so, 10 daripada 13 pantang larang dalam ihram telah halal dilakukan... antaranya bole pakai baju biasa, potong kuku, cukur misai.... tapi ada 3 perkara lagi masih perlu dijaga...


semasa Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah) kami melontar ketiga-tiga jamrah (Jamratul Sughro [dulu namanya jamratul Ula], Jamratul Wusto, dan Jamratul Kubro [dulu namanya Jamratul Aqabah] ).. pergi dan balik melalui trowong Muaissim...


siap tu, pukul 7 pagi hari ke 13 tu balik ke Mekah, Tawaf dan Saie... sempurnalah pekerjaan Haji kami ... dan habis semua 13 pantang larang ihram tu... شكور الحمدالله


lepas pekerjaan haji tu, kami sempat buat sekali lagi umrah... jadi ada la berkesempatan buat 10 kali umrah kesemuanya... seminggu lepas selesai pekerjaan haji, kami pun berangkat ke Madinatil Hujaj... transit dari Mekah ke Jeddah...


di Madinatul Hujaj ni, kami tidur satu malam, esoknya, ke kaunter timbang barang... lepas tu ngeteh beramai-ramai...



pukul 11 pagi, kami bertolak ke Terminal Haji di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah...


 
lebih kurang pukul 5 petang, naik pesawat, berlepas pulang ke tanahair...



lepas subuh, tiba di KLIA ....


Alhamdulillah, akhirnya dapat bersama anak-anak dan keluarga semula....  
     http://mim2diatas.page.tl/urutan-perjalanan-kami.htm                      شكور الحمدالله

Comments

Popular posts from this blog