10 lubang terbesar dan menakjubkan di dunia

 

Udachnaya Pipe, Russia
Udachnaya Pipe adalah lombong berlian di Rusia. Pemilik lombong menghentikan operasinya pada 2010 – untuk melaksanakan perlombongan bawah tanah. Lombong ini ditemui pada tahun 1955 dengan kedalaman mencapai 600 meter.
Chuquicamata, Chile
Chuquicamata adalah lubang galian lombong terbuka di Chile. Lombong dengan jumlah pengeluaran tertinggi di dunia – walaupun ini bukan lombong terbesar. Lombong ini sedalam 850 meter.


Diavik Mine, Canada
 Diavik Mine adalah lombong di wilayah barat laut Canada. Lombong ini dibuka pada tahun 2003, menghasilkan 8 juta karat atau sekitar 1600 kg (3500 lb) berlian setiap tahun.
Sink hole, Guatemala
Pada tahun 2007, sebuah lubang runtuh sedalam 300 kaki menelan banyak rumah di Guatemala – membunuh 2 orang dan mengakibatkan ribuan dipindahkan. Lubang ini terjadi kesan hujan dan aliran pembentungan bawah tanah.
Great Blue Hole, Belize
Great Blue Hole adalah lubang jurang bawah air di pantai Belize. Lubang ini memiliki diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki. Lubang ini terbentuk sebagai gua batu kapur sejak zaman ais.
Kimberley Diamond Mine, South Africa
Kimberley Diamond Mine (juga dikenal sebagai Big Hole) memiliki jolokan lubang buatan tangan terbesar di dunia (masih diperdebatkan). Sejak 1866 sehingga 1914, 50,000 perlombong menggalinya dengan menggunakan cangkul dan penyeduk, menghasilkan 2,722 kg berlian.
Monticello Dam, California
Monticello Dam adalah jurang di Napa County, California, sangat terkenal di Amerika kerana pintu masuknya yang berbentuk unik.
Bingham Canyon Mine, Utah
Bingham Canyon Mine adalah lombong di pegunungan Oquirrh, Utah. Lombong ini memiliki kedalaman 1.2km dan lebar 4 km. Merupakan lombong penggalian terbesar di dunia.
Mirny Diamond Mine, Siberia
Mirny Diamond Mine memiliki kedalaman 525m dan diameter 1200m. Merupaka salah satu lombong berlian pertama dan terbesar di Rusia. Kini tidak beroperasi lagi. Sewaktu masih beroperasi, 2 jam diperlukan untuk lori melintas dari atas hingga ke dasar lombong.
Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
Pada tahun 1971, ahli geologi menemui gas bawah tanah yang sangat besar di tempat ini. Ketika melakukan penggalian untuk mendapatkan gas, menara bor runtuh dan meninggalkan lubang besar. Untuk mencegah gas beracun keluar, lubang ini dibiarkan terbakar. Sampai sekarang masih terus terbakar tanpa pernah berhenti.



http://hotreload2u.blogspot.com/2011/11/10-lubang-terbesar-dan-menakjubkan-di.html

Comments

Popular posts from this blog