BAB 1: FADILAT UMAT MUHAMMAD S.A.W

Peringatan 1

       Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dan Muqatil bin Sulaiman berkata:

        Nabi Musa a.s. bermunajat: Ya Rabbi, aku mendapatkan dalam alwaah, ada suatu umat ang dapat memberi syafaat dan akan diterima syafaat mereka. Jadikanlah mereka umatku?

         Jawab Allah: Mereka umat Muhammad s.a.w.

         Ya rabbi, aku dapatkan juga umat yang tebusan dosa mereka cukup dengan sembahyang lima waktu, jadikanlah mereka umatku.

Jawab Allah: Mereka umat Muhammad s.a.w.

         Ya Rabbi, aku dapatkan juga ada umat yang akan membasmi kesesatan sehingga mereka akan membunuh Dajjal yang bermata sebelah, jadikan mereka umatku.


Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

         Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kesucian mereka dengan air dan tanah, jadikanlah mereka umatku.

Jawab-Nya: Mereka umat Muhammad s.a.w.

         Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang boleh menerima sedekah dan memakannya,  padahal umat-umat yand dahulu harus dibakar dengan api. Jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

         Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang bila seorang niat akan berbuat kebaikan dan tidak jadi berbuat dicatat satu hasanah (kebaikan), lalu bila dikerjakan ditulis sepuluh hasanah, dan dapat dilipat gandakan hingga tujuh ratus lebih, dan bila niat kejahatan tidak ditulis, dan jika dikerjakan kejahatan itu ditulis hanya satu. Jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang tujuh puluh ribu orang dan mereka akan masuk syurga tanpa hisab, jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.


         Mamar meriwayatkan dari Qatadah sama seperti ini tetapi dengan tambahan:

         Ya Rabbi, aku juga mengetahui akan suatu umat yang merupakan sebaik-baik umat keran mereka melakukan amar maruf dan nahi munkar, jadikanlah mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

         Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang terakhir masanya, tetapi terdahulu di hari kiamat, jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

         Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kitab Allah itu dalam dada mereka (hafal) tetapi mereka membacanya sambil melihat, jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

         Sehingga Nabi Musa a.s. ingin menjadi umat Muhammad s.a.w. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadanya: Ya Musa, Aku telah memilih engkau dan semua manusia untuk menerima risalah-Ku dan firman-Ku maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu, dan jadilah dan golongan orang-orang yang syukur.

         (Dan dari kaum Musa ada orang-orang yang memimpin umat ke jalan yang hak, dan dengan hak itu mereka berlaku adil). Maka Nabi Musa a.s. berpuas hati dengan jawapan Tuhan ini serta redha.


Peringatan 2

          Muqatil bin Hayyaan berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

         Ketika aku dimirajkan ke langit, dibawa oleh Malaikat Jibril sehingga ke dinding yang besar di Sidratul Muntaha, lalu Jibril berkata: Majulah hai Muhammad.

Aku jawab: Tidak, bahkan engkaulah yang maju.

Jibril berkata: Ya Muhammad, tidak boleh seorang melampaui tempat 
ini kecuali engkau, dan engkau lebih mulia di sisi Allah daripadaku.

          Maka majulah Nabi Muhammad sehingga sampai ke suatu katil emas dengan cadar sutera dan syurga, lalu Jibril berseru dari belakang: Ya Muhammad, Tuhan memuji padamu maka dengarlah dan taat dan jangan gentar mendengar firman Allah, maka segera aku memuji Allah dan membaca: Attahiyyaatu lillah, wasshalawaatu waththayyibaat.


Dijawab: Assalamu alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakatuh.

Lalu aku berkata: Assalamu alaina wa ala ibaadillahis shalihin.

Lalu disambut oleh Jibril: Asyhadu an laa ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan abduhu warasuluhu.

Kemudian Allah berfirman: Aamanar rasulu bima unzila ilaihi mir rabbihi.

Maka jawabku: Benar aku percaya kepadamu (Tuhan).


         Firman Allah maksudnya: Dan orang-orang mukmin semuanya percaya kepada Allah, dan Malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan Nabi-nabi utusan-Nya, dengan tidak membeza-bezakan antara seorang pun dari utusan-utusan itu). Sebagaimana orang Yahudi yang membezakan antara Musa dengan Isa, juga orang-orang Kristian membezakan antara keduanya.

         Firman Allah: Allah tidak memaksakan kepada seseorang kecuali menurut kekuatannya, ia pasti akan mendapat pahala amal kebaikannya, dan akan menanggung dosa kejahatannya.

         Kemudian dipersilakan untuk meminta dan akan diberi.

         Firman Allah maksudnya: Mintalah pasti engkau akan diberi.

         Ampunkan dosa-dosa kami ya Tuhan, dan kepada-Mu kami akan kembali.

         Allah menjawab: Telah Aku ampunkan bagimu dan umatmu yang bertauhid dan percaya kepadamu.

         Kemudian diperintah pula: Mintalah pasti akan diberi.

         Lalu meminta: Ya Tuhan kami, jangan menuntut kami bila kami lupa atau salah (keliru).

         Dijawab oleh Tuhan: Tidak akan Aku tuntut atas kelupaan dan kekeliruanmu, atau yang dipaksakan kepadamu sedangkan kamu tidak rela.

         Maka aku meminta: Ya Tuhan, jangan ditanggungkan atas kami yang berat-berat sebagaimana yang kamu tanggungkan atas umat yang sebelum kami. (Sebagaimana Bani Israil jika berbuat salah lalu diharamkan oleh Allah beberapa makanan yang tadinya (dahulunya) halal bagi mereka)

         Kemudian disuruh minta, lalu aku berkata: Ya Tuhan jangan tanggungkan atas kami yang kami tidak ada upaya (kerana umatku sangat lemah). Dan maafkanlah kami, ampunkan kami dan berilah kami rahmat-Mu, hanya Engkau Tuhan kami, dan tolonglah (menangkanlah) kami menghadapi kaum yang kafir.

         Jawab Tuhan: Semua it Aku beri kepadamu, sehingga jika ada dari kamu dua puluh orang yang tabah hati dapat mengalahkan dua ratus orang dari musuh.


Peringatan 3

PRAKATA

      MANUSIA itu sifatnya lupa dan sering lalai. kerana itu, kita harus sentiasa diperingatkan. Dalam kesibukan mengharungi hidup duniawi yang sangat mencabar ini, kita sering lupa akan kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Lantaran itu, kita lebih banyak mengejar perkara duniawi yang bersifat sementara dan tidak kekal ini dan meninggalkan perkara yang jauh lebih berharga lagi kekal abadi.

     Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita sebenarnya sungguh bertuah kerana Allah S.W.T. telah mengurniakan pelbagai kelebihan dan penghormatan berkat kemuliaan junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., penutup segala nabi. Alangkah rugi sekiranya kita tidak mengambil peluang ini, dan kita gunakannya sungguh-sungguh untuk menjamin masa depan yang baik, iaitu yang mendapat keredhaan Allah, yang selamat dari neraka Allah dan mendapat syurga Allah S.W.T.

      Peluang ini kita hanya dapat sekali, dan tidak mungkin ada kali yang keduanya. Namun, ramai daripada kita yang seolah-olah tidak menyedari hakikat ini.

      Justeru itu, buku ini disusun supaya ia dapat memberi teguran dan peringatan kepada sekelian pengikut Nabi Muhammad s.a.w., agar kita dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.


       Buku ini mengandungi pelbagai hadith dan riwayat yang mengingatkan terutamanya tentang hakikat hidup kita di dunia dan hakikat hidup di akhirat. Insya-Allah, sekiranya kita sungguh-sungguh menghayati setiap peringatan yang terkandung di dalam buku ini, kita tidak akan menjadi manusia yang rugi. Sebaliknya, kita akan menjadi manusia yang celik hati, iaitu yang sentiasa sedar akan matlamat hidup di dunia serta hakikat kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

        Kita juga akan merasakan sungguh bertuah kerana menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w., lantas akan bersungguh-sungguh untuk mengikuti segala peringatan yang baginda berikan. Amin.

         Bagi saya selaku penyusun buku ini, saya berharap agar Allah S.W.T. memberkati usaha yang tidak seberapa ini dan membuka hati-hati kita supaya mudah mengamalkan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Dan kalau ada silap dan salah di dalam buku ini, saya mohon ampun dan maaf kerana itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

          Wabillahittaufiq wala haula wala quwwata illa billah. Terima kasih.


         Yang dhaif,
          HAJI ISMAIL BIN ABDULLAH


BELI BUKU DISINI:-

>> www.jahabersa.com.my <<
Perniagaan Jahabersa





Comments

Popular posts from this blog