Adakah Pakai Tudung Tapi Berlengan Pendek Sudah Dikira Menutup Aurat?


Assalamualaikum wbr…
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari ini. Marilah sama2 kita panjatkan kesyukuran pada Tuhan Semesta Alam, Allah Akbar!! Dunia ni hanyalah persinggahan pada umat manusia. Kita diibaratkan sebagai seorang pengembara yang ingin menuju ke satu tempat yang damai cuma kita berhenti seketika di satu hentian yakni dunia.
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah ‘Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kenapa kita masih mengingkari perintahNya dan melanggar laranganNya?
Okeh, kita ni manusia, bukan malaikat dan kita bukan juga seorang Nabi. Seringkali kita melakukan kesilapan. Walaupun kita masih melanggar perintah Allah, tapi Allah tak hukum kita secara terus. Subhanallah, tak macam kaum Nabi yang terdahulu. Betapa sayangnya Allah pada kita yakni umat Muhammad. Allah masih beri kita ruang dan peluang untuk bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Kita sebenarnya lalai dalam kesenangan!!
Kenapa tok cakap macam tuh. Ye lah! Cuba kite renung kembali, bencana tsunami yang melanda Aceh pada 2004 dan terbaru tsunami melanda Jepun 2011. Pelbagai bencana yang melanda lagi. Tapi adakah kita mengambil pengajran dari semua itu..??
Kita berasa selesa kerana Allah tak timpakan bencana pada kita. Sebenarnya Allah bagi ujian pada kita dengan nikmat kesenangan untuk melihat kita , adakah kita lalai dalam kesenangan ataupun bersyukur dengan nikmat kesenangan?
Nikmat apa lagi yang engkau hendak dustai?
Kenapa dan mengapa semua ini harus berlaku?? Adakah tiada ustaz2 alim ulama yang menegur dan menasihati kita? adakah tiada ibu ayah kita menegur kita dalam hal ini? Adakah tiada sahabat2 kita menegur dan menasihati kita? Lu fikir lah sendiri…
Ada yang tegur dan menasihati tapi cara mereka tak kena!! Dah tu, baca lah teknik2 menegur yang berkesan…!
Adakah Pakai Tudung Tapi Berlengan Pendek Sudah Dikira Menutup Aurat?
Hurm, tok buka entry ni bukan apa. Sebagai tanggungjawab sebagai daie, kasih sesama Islam. Tok bukanlah seorang ustaz, bukanlah seorang alim ulama tapi tok hanya seorang hamba yang mendambakan kasih Illahi dan makhluknya. Tok sayang korang itu pasal tok tegur. Kalau tok tak sayang, lantak korang lah nak buat apa kan. Betul tak!!
Wanita2 di luar sana…
Maaflah kalau terasa apa yang tok nak bagitahu ni! Atas dasar dakwah, kita kena saling tegur menegur tapi mesti ada cara. Justeru itu, kalau cara tok tegur ni korang tak puas hati. Maafkan tok, korang nak marah pun marahlah tapi isi yang tok nak bagitahu pun korang ambil lah juga!!
Kenapa saat ini segelintir wanita berpakaian tapi bertelanjang. Oopss!! Bukan tok kata, itu hadis Nabi.
“Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya” – Hadith Riwayat Muslim.
Yang tok tak faham ialah bertudung tapi berlengan pendek! Kalau dalam rumah tu tak pe lah, depan mharam! Tapi ni di khalayak ramai. Tak faham, tak faham!! Adakah lengan tu bukan aurat? Fatwa baru ke.. tak kan! So awat jadi camtuh??
Malu weh tengok wanita berpakaian cam tuh. Bertudung tu bagus dah, cuma labihkan sikit bahagian lengan tu. Lengan tu aurat jugak. Ke kalau dah bertudung dah dikira menutup aurat? Tidak bukan…
So tok bukan salahkan sape2 cuma nak tegur je wanita2 yang berpakaian sebegitu rupa. Tolonglah, jangan malukan agama Islam yang indah ini. Kalau orang bukan islam tengok, kita pula rasa malu. “orang laki camnik lah, hal pempuan jer nak ambil tahu, aurat laki tak amik tahu plak”
Tok bukan nak tegur wanita jer tapi cuba lihat kembali hadis Nabi di atas. Kenap Nabi mentioned kan wanita? kerana dirimu begitu berharga lah sayang oii! Nabi ada bersabda, mafhumnya pada akhir zaman nanti, fitnah terbesar bagi orang laki ialah fitnah wanita. So tok ambil langkah ni agar kita semua selamat dari fitnah semua ini.
Ingatlah, ayat Al-quran ada menyatakan, fitnah lebih besar dosanya dari membunuh. Okeh, bagi kaum adam pun! jangan lah berseluar pendek! Nampak bulu2 kaki, kalau lawa tak pe gak! Kita sebagai orang laki sepatutnya menjadi benteng kepada kaum hawa. Takkan kita nak tengok dia tarik kita ke neraka! 4 golongan lelaki yang wanita boleh tarik sekali! Biarlah kita sama2 ke Syurga jannati!
Pegang anjing lagi baik dari pegang awek!. So korang renung2kan lah yer.. Tok ni pun adakalanya salah. Korang boleh tegur tok kerana tok ni open minded!! Minta maaf kalau terasa kerana sememangnya nak suh korang terasalah! Marilah sama2 kita muhasabah dan kembali atas jalan yang diredhai agama!
Kalau korang sayang Islam, berubahlah kerana Allah. Tolong Like dan Share Entry ni. Sebarkan kepada anak2 dan sahabat kita! Kalau sudi komen, bagi pendapat dan meluahkan perasaan, Amat digalakkan!


http://www.tokesah.com








Comments

Popular posts from this blog