Ariff Alfian pelajar Malaysia kahwini lelaki gay di Dublin 


GAMBAR PERKAHWINAN PASANGAN GAY DARI MALAYSIA – ARIFF ALFIAN ROSLI, PELAJAR TAJAAN PETRONAS KAHWINI TEMAN LELAKI DI DUBLIN. ARIFF DILAPORKAN HILANG OLEH AHLI KELUARGA KINI KAHWINI SEORANG LELAKI GAY DENGAN BERBAJU MELAYU DAN TENGKOLOK.
Dari kiri : Jonathan dan Ariff Alfian Rosli bercium mulut selepas dikahwin kan.
Perkahwinan pasangan gay Jonathan dan Ariff Alfian Rosli (pelajar tajaan PETRONAS) mula menarik perhatian ramai pihak. Perkahwinan yang dilakukan secara besar-besaran ini bertempat di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli sebelum ini telah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga tapi nampaknya sebab kehilangannya kini sudah terjawab.

Siapa Ariff Alfian?
Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.
ariff alfian rosli telah di beritakan hilang pada 12 dec 2011 oleh bapanya melalui utusan.pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.
Tapi yang tambah peliknya, Ariff Alfian Rosli masih mengenakan pakai tradisional Baju Melayu bersongket dan memakai tengkolok seperti perkahwinan Melayu yang biasa. Walaupun perkahwinan yang terlarang tapi adat pemakaian Melayu masih belum dilupakan.



ariff alfian



“Kahwin GAY pakai baju melayu?? Memalukan!” – herdik seorang melayu berpakaian dan berambut ala K-Pop. - twitter

Dengan tersebarnya berita dan gambar-gambar ini, ia menjawab misteri kehilangan Ariff Alfian Rosli seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 3 hari yang lalu:

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

  
sumber: utusan malaysia, http://www.rotikaya.com
Jumlah Gay Melayu Hampir 30,000
Posted: 16 Dec 2011 03:44 AM PST

Dipetik daripada Harian Metro:

“Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.

Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.

"Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.
“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurutnya, komuniti homoseksual Melayu ini meningkat pantas dan bergerak persis aktiviti tentera gerila yang sukar dihidu.

Sebernarnya sangat sukar untuk mendefinasikan apakah itu gay sebenarnya.

Ini kerana dalam pengalaman saya banyak juga lelaki yang mengaku gay tetapi masih melakukan hubungan sejenis. Sudah mempunyai isteri atau makwe tetapi masih melakukan hubungan sexsual dengan lelaki. Mereka tidak mengaku mereka gay mahupun bisexsual, anggapan mereka adalah mereka hanya melakukan gay sex just for fun. Ada juga segelintir lelaki (sangat kecil) yang mengaku gay tetapi tidak pula pernah melakukan hubungan sex hanya mencari 'cinta' dengan lelaki lain.

Bagi saya tiada makna apabila seorang gay mengatakan dia dilahirkan sebagai gay, kerana dari segi anotomi sexsual tiada bezanya antara lelaki normal mahupun gay. Oleh itu saya cenderung untuk mengatakan bahawa jika seorang lelaki normal sudah merasai sex lelaki, dia pun cenderung untuk melakukannya kembali. Vise versa, kalau seorang mengaku gay dan mencuba hubungan sex dengan wanita, dia pun akan cenderung untuk melakukan kembali. Oleh itu saya lebih cenderung kepada idea bahawa semua orang bisexsual hanya belum melakukan.

Tetapi perkataan seperti, gay, bisexsual, lesbian dan straight hanyalah label yang dipopularkan oleh barat. Bagi diri saya, semua orang normal, apa yang membezakan seseorang itu gay atau tidak ialah sudah dia melakukan hubungan sexsual dengan lelaki atau tidak.

Ada juga mengatakan bahawa, org gay adalah orang yang bercinta dengan lelaki lain. Tapi untuk di Malaysia, perkara ini tidak berlaku, majoriti gay yang saya ketahui mengaku bahawa mereka ingin berkawhin dengan perempuan, ingin mendapat anak. Majoriti gay juga berkahwin apabila usia sudah mencapai 30, termasuk transvers people. Tetapi menjadi isu yang besar bagi gay di malaysia adalah mereka merasakan mereka seperti menipu isteri mereka kalau mereka berkahwin. Itulah permainan jiwa yang besar perlu dilalui oleh orang gay di malaysia.

Akhir kata, gay adalah lelaki yang sudah melakukan hubungan sex dengan lelaki lain dan sudah cenderung untuk mengulanginya lagi. Tetapi majoriti memang akan mengulanginya lagi apabila sudah merasakannya. oleh itu saya sedih juga apabila melihat anak-anak muda mentah dimanipulasi untuk sex.




Rakyat Malaysia Paling Ramai Layari Web Gay

  • Membimbangkan apabila Malaysia negara ketiga di Asia mempunyai bilangan pengguna aktif laman web gay berpusat di Amsterdam selepas Filipina dan India.
  • Bilangan pengguna aktif laman web itu di Malaysia juga lebih ramai berbanding negara mengamalkan seks terbuka seperti United Kingdom yang menduduki tangga ke-11 dan Amerika Syarikat di tangga ke-12.
  • Laman web antarabangsa sememangnya tidak asing lagi di kalangan kaum gay itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah, majalah dan khidmat teman sosial.
  
  • Selain itu laman web golongan itu dilayari hampir 10,000 pengunjung sehari turut menyenaraikan kelab khusus golongan gay dari luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.
  • Ia turut menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon. Golongan terbabit boleh memuat turun aksi mengghairahkan dan berinteraksi dengan ahli secara langsung.
  • Hasil tinjauan dijalankan mendapati Malaysia menduduki tangga ke lapan daripada 28 negara dengan 29,330 pengguna aktif.
  • Angka itu membimbangkan kerana di Malaysia saja, Kuala Lumpur mencatatkan bilangan pengguna paling ramai iaitu 13,415 diikuti dengan Selangor 4,315.
  • Tinjauan mendapati pelbagai tajuk menjadi perbincangan pengunjung laman web berkenaan antaranya pesta seks malam, kumpulan gay KL, pelancongan gay, gay universiti dan pelbagai isu lain menjadi topik hangat gay seluruh penegara.
Sumber : GAMBAR ARIFF ALFIAN KAHWINI LELAKI GAY DUBLIN | illustrasiaku .com

Comments

Popular posts from this blog