BERAPA JUTAKAH DOSA TERPAKSA DITANGGUNG HANYA KERANA SATU HADIS PALSU YANG KITA SAMPAIKAN MENERUSI FB? 



Katakan kita menyebarkan satu hadis palsu menerusi akaun facebook dan kemudian ratusan rakan kita berkongsi hadis palsu tersebut dan menyebarkannya kepada ratusan yang lain. Kemudian setiap orang daripada ratusan yang menerima hadis daripada rakan kita itu turut melakukan perkara yang sama. Agaknya, berapakah jumlah dosa pendustaan ke atas nama Nabi dan penambahan kepada wahyu Allah ini yang perlu kita tanggung?
Dari Hafsh bin Ashim radhiallahu’anh, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَاسَمِعَ. "Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta kalau dia menceritakan semua yang dia dengar (tanpa mengkaji benar atau tidak)." - H/R Muslim (no.5) dan Abu Daud (no.205). Imam Ibnu Hibban r.h (354H) dalam kitabnya, Shahih Ibnu Hibban, jilid 1, halaman 210 meletakkan satu pasal yang dinamakan oleh beliau sebagai: فصل: ذكر إيجاب دخول النار لمن نسب الشء إلى المصطفى صلى الله عليه وسلم وهو غير عالم بصحته. “Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Musthafa (Nabi Muhammad) s.a.w, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya.” Sabda Rasulullah s.a.w: إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَدِيْثِ عَنِّيْ، فَمَنْ قَالَ عَلَيَّ فَلْيَقُلْ حَقًّا أَوْصِدْقًا. وَمَنْ تَقَوَّلَ عَلَيَّ مَالَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّ أْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ. "Awaslah kamu dari memperbanyak (meriwayatkan) hadith dariku! Maka, barangsiapa yang berkata atas (nama)ku hendaklah dia berkata yang haq atau benar (sahaja). Kerana sesiapa yang membuat-buat perkataan atas (nama)ku apa-apa yang tidak pernah aku ucapkan, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka." - H/R Ibnu Majah (no.35). مَنْ يَقُلْ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ. "Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka." - H/R al-Bukhari (no.109). Sama-sama kita ambil iktibar.

Comments

Popular posts from this blog