Mufti: Alasan KDN haramkan buku 'primitif'
 
 
Mufti Perlis menyifatkan alasan pengharaman buku-buku oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai lambang "sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden" dan "zaman kegelapan" Eropah.

pelik tapi benar dalam solat"Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut 'boleh mengelirukan orang ramai', lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah.

"Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden," kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang sedang bergolak dengan jawatannya minggu ini.

"Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka.

"Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu."

Beliau menempelak sikap kementerian itu dengan membandingkannya dengan Zaman Pertengahan Eropah yang menyaksikan banyak buku diharamkan dan dibakar atas alasan agama.

"Apakah kita ingin negara menuju ke zaman kegelapan gereja yang menghukum apa sahaja ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan?

"Lebih daripada itu, apakah negara yang ingin maju seperti kita perlu untuk mengharamkan bahan-bahan ilmiah hanya kerana tiada selaras dengan selera KDN?

"Kalau begitu kita sedang mundur ke belakang, bukan sedang membina modal insan," tegasnya.

"Apakah kita patut mengharamkan internet, segala macam buku hanya kerana ada orang yang rasa keliru? Apakah setiap kekeliruan pembaca, dosanya semesti ditanggung oleh buku?

"Cara begini nampaknya kita masih mundur."

Dalam blognya hari ini, mufti muda yang lantang itu mengulas pengharaman sebuah buku agama Pelik Tapi Benar Dalam Solat, Ogos lalu.

muslim women and the challenge of islamic extremism noraini othmanBuku karangan Abdul Rahman Mohamed diharamkan bersekali dengan buku terbitan Sisters in Islam (SIS), Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism suntingan Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif dilaporkan berkata sekiranya dua penerbitan berkenaan dibiarkan, ia "boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat".

Buku mengenai solat itu mengupas kaedah-kaedah solat khusus, misalnya sewaktu mendukung bayi atau bersembahyang di dapur.

Dr Mohd Asri berkata selepas menyemak buku berkenaan, "saya tidak dapati adanya perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau al-Sunnah."

"Bahkan penulisnya mengemukakan alasan-alasan ilmu yang dipegangnya. Mungkin ada beberapa perbezaan pendapat di kalangan sarjana dalam perkara-perkara yang disebutkan itu, tapi bukan bercanggah dengan prinsip Islam," katanya lagi.

"Kalau panel (penapisan buku) berkenaan mahu buku mengikut kehendak mereka, merekalah yang tulis. Hak penulis mengemukakan alasan-alasannya.

"Dalam Islam, selama mana ia tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, biarlah dunia ilmiah itu bercambah.

"Bukanlah tujuan saya untuk membela buku tersebut, tetapi kecenderungan mengharamkan bahan-bahan akademik atau ilmiah tanpa alasan yang konkrit boleh merosakkan percambahan ilmu."

sisters in islam anti book banning book burning campaign 190808 post cardSIS melancarkan kempen 'Jangan Haram Buku' dengan menerbitkan poskad (foto kiri) tidak lama selepas karya ilmiah itu diharamkan.

Dr Mohd Asri menambah, jika seseorang tertuduh di mahkamah memerlukan bukti sebelum dihukum bersalah, "apakah boleh bahan ilmiah yang menjadi keperluan asas manusia dihukum tanpa alasan yang jelas"?



http://www.malaysiakini.com/news/91015


Buku: Pelik Tapi Benar Dalam Solat (Telaga Biru) 

 

(CLICK IMAGE untuk gambar lebih besar dan jelas)

Pelik Tapi Benar Dalam Solat


SINOPSIS: Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.

Price: MYR23.31

----------------
Rasa bertuah jugak sebab dapat a copy of this book. Dengar cerita dah kena ban ini buku atas alasan 'mengelirukan'.

Setelah membaca keseluruhan buku ini, bukan semua perkara yang dibincangkan di dalam buku ini 'asing' bagi aku. Sejak-sejak aku merantau di Australia ini, macam-macam fesyen jenis solat yang aku lihat. Ada yang mengatakan mereka Syafie, Hanafi, Maliki, Hambali malah salafi. Di dalam satu saf pelbagai cara solat dilakukan. Apakah tindakanku apabila imamku bersolat secara yang agak berbeza dariku?

Berlapang dada.

Sebab aku tau aku tak berilmu.

Even kalau aku tau cara-caranya begini begitu, tapi siapakah aku hendak mengatakan yang beliau salah dan solatnya batal? Yang yakinnya, ilmu aku tak cukup pun nak tau apa perbahasan ulama-ulama muktabar mengenai sesuatu perkara. Yang boleh aku kompem, probably cuma apa yang aku lakukan untuk diriku sahaja. Cukuplah setakat ini.

Anyway, back to the book; buku ini; seperti yang aku katakan, ada beberapa perkara yang telah biasa kita lakukan ketika solat antaranya, menutup handphone, mengesat hingus/airmata dan bergerak memenuhi saf antara lainnya. Yang mungkin kita tak nampak kat tanahair ialah mendukung anak kecil masa solat. Dan akhirnya, yang paling 'pelik', membuka pintu rumah ketika solat. Namun semua yang dikemukakan diberi dalil hadith Nabi s.a.w. Cuma yang kurang (mengikut mereka-mereka yang membaca buku ini juga), tidak dijelaskan hadith-hadith yang dikemukakan (kritikan ke atas sanad dan matan hadith).

Pada aku, yang biasa aku lakukan dalam solat, telah memang aku lakukan sebelum ini. Yang pelik itu, telah diberi amaran oleh penulis HANYA BOLEH dilakukan apabila TERPAKSA; bukannya disaran boleh dilakukan sentiasa. Juga ada syarat-syaratnya untuk dilakukan pergerakan yang pelik itu. Jadi kemungkinan aku melakukannya JIKA terpaksa.

A good nice book kalau boleh cari. Otherwise, korang boleh la cari kat google entah-entah ada topik yang sama membincangkan perkara ini.

http://krenmaut.blogspot.com/2008/09/buku-pelik-tapi-benar-dalam-solat.html 

Comments

Popular posts from this blog