CARA PEMAKAIAN MUSLIMAH

Di Akhir Zaman ini, garis panduan yg ditetapkan oleh Allah, semakin kabur akibat penjajahan minda oleh musuh-musuh Islam dengan pelbagai cara.

Ini diburukkan lagi dengan kewujudan ulama-ulama 'tergelincir' yg menyembunyikan fakta, memutarbelit dan membenarkan sesuatu perkara kerana kepentingan dunia.



Salah satu senario yang semakin membimbangkan adalah cara pemakaian Muslimah yang dilihat semakin terpesong daripada perintah Allah yang sebenar.

Harus diingat, ketika zahir dipandangan bukan Muhrim,
selain menampakkan aurat, para Muslimah juga ditegah daripada :
1. Menzahirkan bentuk badannya
2. Menarik perhatian (warna, corak, hiasan dll)
3. Memakai bau-bauan yang boleh dicium orang lain
4. Memakai sesuatu yang menghasilkan bunyi (cth : loceng gelang)

Seksaan di Neraka terbahagi kepada banyak kategori. Cara berpakaian dalam kategori lain, akhlak dalam kategori lain. Jadi, tidak boleh memberi alasan bahawa tiada guna berpakaian mengikut Islam tetapi akhlak tidak sempurna.


Ada pula yang menyatakan "fesyen tidak penting, yang penting pakai ... "
Jika tidak difikirkan semula, pendapat ini seperti betul. Tetapi, perlu diingat bahawa perkara yang buruk, lebih cepat diteladani dari perkara yang baik.

Jadi, masalahnya apabila para Muslimah yg telah mematuhi kaedah yg betul, akan terikut-ikut pula dgn cara yg salah.


Manakala kesan terhadap 'pengiklannya' pula - setiap dosa yg dilakukan oleh orang lain kerana mencontohi kita, tetap ada 'bahagiannya' utk kita. Bagaimana jika berjuta-juta org yg berbuat dosa krn mencontohi kita ?

Salah 1 drp isi Khutbah Terakhir Rasulullah SAW :
Syaitan telah berputus asa utk menyesatkan kamu dlm perkara2 besar, maka berwaspadalah kamu dlm perkara2 kecil

* tetapi, Akhir Zaman ini, byk perkara2 besar yg dianggap kecil

Comments

Popular posts from this blog