Gambar Banjir Kilat di Kuala Lumpur @13 Disember 2011


Hari ini, 13 Disember 2011, banjir kilat telah melanda Kuala Lumpur. Beberapa keping gambar ini saya "ambil" from blogs.

Dalam blog muka depan, banjir telah melanda di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Perpustakaan Negara.

Bulan Purnama juga berkongsi gambar di kawasan yang sama, ada juga beberapa buah kereta dan motosikal melalui jalan ini walaupun mereka tahu kemungkinan menghadapi bahaya.

Teratakarmo seperti blogger-blogger lain memaparkan tulisan dan gambar banjir di kawasan yang sama. Begitulah serba sedikit perkongsian mengenai banjir di Kuala Lumpur. Maybe kepada yang terlibat boleh ceritakan pengalaman banjir pada hari ini.

Suffer.frenzyfm pula berkongsi gambar banjir yang diambil dari bahagian atas. Memang banjir kali ini agak teruk juga.

 Gambar 1 : Banjir kilat KL 13 Dis 2011

Gambar 2 : Banjir kilat KL 13 Dis 2011

Gambar 3 : Banjir kilat KL 13 Dis 2011

Gambar 4 : Banjir kilat KL 13 Dis 2011

Beberapa blog aku lihat makumat tentang banjir sekitar Kuala Lumpur (KL) pada 13 Disember 2011 didapati melalui Twitter. Aku dapat maklumat daripada blog reading list.

Terlalu cepat air naik walaupun hujan baru beberapa ketika. Hmm...
Di penang beberapa tempat turut dilanda banjir tetapi masih terkawal.

Pernah terkandas dalam banjir waktu pulang dari kerja menunggang motorsikal. Jawabnya.... Plup plup plup..... Paham-paham la yer bila air paras enjin.... :)




Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.
Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.
Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.
"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.
















sumber: mkini dan mediamalaya


Comments

Popular posts from this blog