Hudud: Antara yang Tersurat dan Tersirat



Oleh Edry Faizal Eddy Yusof | Felo, Islamic 
Renaissance Front [IRF]



Isu hukuman hudud kembali meledak
di dada-dada 
media apabila ia dibincangkan pada
Seminar Syari’ah
Peringkat Kebangsaan anjuran
Jabatan Hal Ehwal 
Agama Islam Kelantan. Parti PAS
sekalipun telah
mengambil satu langkah 
kedepan dengan laungan
kepada Negara Kebajikan, namun langkah yang 
satu
lagi kelihatan masih tersekat di belakang dengan isu
hudud.

Hukum hudud jelas terus berperanan sebagai salah 
satu raison d'etre parti itu. Tidak mustahil perkara 
ini sukar diubah kerana hukum hudud adalah cara 
mudah untuk membuktikan bahawa
mereka adalah sebenarnya pejuang Islam dan 
suatu antitesis kepada UMNO.  
Ia juga membawa tanggapan bahawa nilai 
keIslaman sesuatu gerakan itu 
bergantung kepada betapa seriusnya ia
terhadap perlaksanaan hudud.
Walhal apabila hukum hudud diseret 
ke gelanggang politik, maka perbincangan
yang kritis dan wacana yang segar
tentu sekali sukar berlaku. Yang popular 
itulah yang benar. Apa yang penting adalah 
merebut pengaruh dan terus 
berlumba-lumba membuktikan pihak sendiri
jauh lebih Islam berbanding 
yang satu lagi. Maka tidak hairan secara
tiba-tiba PAS tidak lagi bersendirian
sebagai penyokong hukum hudud.



Prof Tariq Ramadan: “Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.” Prof Tariq Ramadan: “Negara-negara umat Islam diseru menangguhkan perlaksanaan hukuman kanun keseksaan, hukuman rejam dan hukuman mati.”Penangguhan Hudud

“Negara-negara umat Islam diseru 
menangguhkan perlaksanaan 
hukuman kanun keseksaan, hukuman 
rejam dan hukuman mati.
” Itulah seruan Prof Tariq Ramadan 
pada tahun 2005 yang
menggemparkan dan mengundang 
pelbagai respon. Seruan 
itu tentu sekali merangkumi 
hukum-hukum yang dijustifikasikan
dengan hujah agama. Dengan itu 
tidak dapat lari daripada 
turut menyentuh tentang hukuman 
hudud. Hujah-hujah 
beliau amat penting untuk dicermati
bagi membantu menyoroti 
persoalan-persoalan tentang hudud
dan hukuman kanun
keseksaan yang lain. Serta apakah 
langkah kedepan 
yang boleh diambil.

Apabila  umat Islam yang telah menjadi
sebahagian daripada
sebuah realiti baru, mereka diburu 
persoalan yang fundemental
tentang bagaimana untuk melaksanakan 
hukuman-hukuman 
yang telah ditetapkan di dalam kanun 
keseksaan Islam.

Perbincangan tentang hukum hudud 
banyak dicorakkan dengan
pergelutan umat Islam mencari jawapan
bagaimana untuk
berpegang teguh kepada mesej Islam 
dalam dunia kontemporari.
Serta persoalan bagaimana sebuah 
masyarakat dapat didefinisikan 
sebagai Islamik tidak sekadar hanya 
terhad dengan amalan peribadi 
sehari-hari.


Keghairahan Terhadap Hudud

Keghairahan dan semangat 
membara terhadap 
hudud menurut Prof Tariq
Ramadan kadangkala 
disebabkan oleh keyakinan 
bahawa dengan 
melaksanakannya, maka terserlah karakter 
‘Islamik’ sesebuah masyarakat. Dalam mengkaji 
fenomena ini dua bentuk penaakulan lazimnya 
membentuk dakwaan itu:

Pertama, perlaksanaan hudud menampakkan 
baik secara perundangan
ataupun sosial  perkaitannya dengan Islam. 
Kekerasan perundangan
itu seakan mempamerkan rasa ketaatan 
terhadap perintah al-Qur’an 
yang menuntut penghormatan tidak 
berbelah bahagi kepadanya.

Kedua, penentangan yang datang 
daripada Barat, secara paradoks
memcambahkan lagi rasa bahawa yang 
ditentang Barat itulah jalan 
ketaatan yang sebenar kepada ajaran 
Islam. Penentangan 
bersungguh-sungguh daripada Barat 
menjadi bukti yang memadai 
bahawa untuk membentuk karakter 
Islamik yang tulen, hududlah 
jawapannya.

Penaakulan yang bersifat terlalu berpegang
kepada bentuk luaran 
tanpa mengambil kira objektif disebaliknya,
dan penaakulan bersifat
binari (kurang Barat bermakna lebih Islami)
amat berbahaya. Hal ini 
adalah kerana kualiti Islamik itu ditentukan 
oleh  nilai perundangan. 
bukan kepada apa yang dianjurkan, 
dipelihara dan dilaksanakan 
keadilan keatasnya.


Pelbagai Pandangan

Pelbagai ombak pemikiran berlabuh di dunia
umat Islam hari ini maka
perbezaan pandangan adalah sesuatu yang 
tidak dapat dielakkan.
Lebih-lebih lagi dalam perihal hukuman hudud.
Terdapat sebahagian 
kecil umat Islam yang menuntut agar hudud 
dilaksanakan dengan 
segera dan tegas. Menjadikan hal tersebut 
pra-syarat untuk 
sesebuah masyarakat yang majoriti Muslim 
diangkat sebagai 
‘Islamik’.

Sebilangan yang lain pula berpandangan 
waima hukum hudud
itu boleh ditemui di dalam al-Qur’an dan 
as-Sunnah, namun keadaan
masyarakat haruslah adil dan ‘ideal’ 
sebelum hukuman itu boleh 
dilaksanakan. Maka keutamaan harus 
diberi pada perjuangan menegakkan 
keadilan sosial, menyelesaikan masalah 
kemiskinan, peluang pendidikan 
dan lain-lain. Terdapat pandangan yang 
juga minoriti bahawa nas-nas 
berkaitan hudud tidak lagi boleh digunapakai  
dan tidak sesuai lagi di
dalam dunia kontemporari umat Islam.

Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, daripada semua aliran pemikiran mengakui bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan dan hudud sememangnya ada disebut di dalam nas-nas. Namun titik perbezaan antara ulama-ulama serta aliran-aliran pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas tertentu, keadaan yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan dan tahap relevennya dengan zaman ini.Semua ulama, baik dari masa dahulu dan kini, 
daripada semua aliran pemikiran mengakui 
bahawa hukuman-hukuman kanun keseksaan 
dan hudud sememangnya ada disebut di 
dalamnas-nas. Namun titik perbezaan 
antara ulama-ulama serta aliran-aliran 
pemikiran ialah pada penafsiran nas-nas 
tertentu, keadaan yang membolehkan
hukuman itu dilaksanakan dan tahap
relevennya dengan zaman ini.

Majoriti ulama’ baik dahulu dan sekarang 
berpandangan hukuman-hukuman itu secara 
keseluruhannya adalah Islamik tetapi
keadaan yang membolehkan hukuman-hukuman
itu dilaksanakan adalah hampir mustahil untuk 
diwujudkan semula. Dengan itu, hukuman tersebut 
adalah ‘hampir tidak dapat dilaksanakan’. Maka 
hudud hanya berperanan sebagai ‘pencegahan’ . 
ujuannya ialah supaya ia menggetarkan kesedaran
orang-orang beriman tentang beratnya kesalahan 
sesuatu perbuatan yang melayakkan hukuman sedemikian.


Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan

Sebahagian bukan Islam bantah Hudud..Sebahagian bukan Islam bantah Hudud..Prof Tariq Ramadan
menegaskan
bahawa beberapa persoalan
asas 
perlu ditujukan kepada 
badan-badan 
penguatkuasa Islam 
di serata dunia
berkaitan hudud. Tidak 
kira mana-mana
tradisi baik Sunni mahupun 
Syi’ah. 
Tidak kira mana-mana
mazhab baik Hanafi, 
Maliki, Syafi’i, Ja’afari dan lain-lain. Juga 
tidak kira kecenderungan aliran baik literalis, 
salafi, reformis dan sebagainya. Perkara ini 
amat perlu diberi perhatian sebelum boleh 
terus menganggap perbahasan tentang
hudud ini sudah pun selesai.

Apakah nas-nas, termasuklah tahap 
kesahihannya yang menjadi rujukan untuk hudud? Di manakah
garis pembeza
untuk penafsiran-penafsiran yang ada dan di titik manakah 
perbezaan itu berlaku 
dalam sejarah  perundangan Islam dan era kontemporari?

Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk setiap 
hukuman menurut sumber 
itu sendiri, kesepakatan para ulama’ (al-Ijma’) atau 
secara persendirian oleh 
ulama’ tertentu melalui sejarah perundangan Islam dan
fekah? Di titik manakah 
perbezaan pandangan terhadap syarat-syarat itu? Apakah
‘keadaan yang
meringankan’ yang kadangkala dihuraikan oleh autoriti agama 
sepanjang 
ejarah berlalu serta di dalam mazhab-mazhab yang berbeza?

Konteks sosio-politik atau al-Waqi’ sentiasa diberikan perhatian oleh para 
ulama sebagai salah satu pra-syarat kepada perlaksanaan hudud. Disebabkan 
itu, penyertaan para intelektual terutama yang mahir dalam sains sosial
diperlukan dalam perdebatan tentang isu ini. Oleh itu, dalam konteks hari
ini, apakah berkemungkinan untuk melaksanakan hudud? Apakah keadaan
yang diperlukan daripada segi sistem politik dan perlaksanaan kebebasan 
bersuara, kesamarataan di sisi undang-undang, pendidikan awam, 
penghapusan kemiskinan dan keadilan sosial? Yang manakah dalam 
bahagian ini menjadi perbezaan pandangan dan atas asas apa perbezaan 
ini terjadi?

Soalan-soalan ini semua bertujuan menjernihkan lagi isu yang diperdebatkan 
dengan memberi perhatian kepada keluasan penafsiran terhadap nas-nas 
dan mengambil kira faktor penentu keadaan kontemporari dan evolusi sosial. 
Proses muhasabah ini perlu bermula dengan memahami seiringan teks 
nusus) dan konteks serta berpegang teguh kepada objekti dan mesej Islam.

Kesedaan ini memerlukan sepenuh kesungguhan , masa dan penyediaan
ruang untuk berdialog dan berdebat. Ia tidak sepatutnya sekadar 
diperingkat nasional tetapi juga internasional, diantara para ulama’, 
golongan intelektual, dan dikalangan komuniti Islam itu sendiri. 
Sesungguhnya perkara ini bukan hanya berdasarkan kepada 
erhubungan dengan teks (nas) yang memerlukan kepakaran 
ulama’ an-nusus” (ahli yang mahir dalam urusan teks); tetapi
juga perhubungan dengan konteks (waqi’), yang selayaknya 
mewajibkan keterlibatan golongan “ulama’ al-waqi’” (ahli
yang mahir dalam urusan keduniaan).



Diantara Yang Tersurat dan Matlamat

Matlamat atau objektif yang menjustifikasikan sesuatu nas 
itu (al-Maqasid) mestilah memandu bagaimana nas-nas 
hukum itu seharusnya dilihat. Dan diantara matlamat-matlamat 
itu telah ditentukan sejak awal lagi antaranya ialah pemeliharaan 
nyawa seseorang (an-Nafs) dan  menegakkan keadilan (al-‘Adl). 
Perlaksanaan hudud secara literal dan tanpa mengambil kira konteks 
hanya akan mebuahkan ketidakadilan.

Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda.Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda.Khalifah Umar al-Khattab pernah menggantung perlaksanaan hukuman hudud ketika kemarau melanda. Sekalipun dikatakan bahawa hujah-hujah hudud itu jelas di dalam nas-nas. Namun Khalifah Umar al-Khattab faham bahawa perlaksanaan hudud dalam konteks tersebut hanya akan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan.

Keadaan negara umat Islam hari ini jauh lebih kompleks. Penindasan sama ada nyata atau tidak berpunca daripada tadbir urus yang buruk, sistem ekonomi yang rancu, rasuah, nepotisme dan lain-lain adalah sebuah ‘kemarau’ berpanjangan. Oleh itu perlaksanaan hudud yang tidak mahu mempedulikan konteks yang semakin kompleks ini bukanlah tanda ketaatan kepada ajaran Islam. Sebaliknya ia akan menjejaskan matlamat tertinggi ajaran Islam yang begitu mementingkan keadilan.


Langkah Ke Depan

Mengambil semangat Umar al-Khattab, keghairahan memastikan 
keadilan terpelihara lebih layak diutamakan berbanding melaksanakan
hudud dengan mengabaikan konteks. Tumpuan juga sepatutnya pada
usaha membentuk masyarakat yang terdidik sehingga mereka dapat
melangkaui fatamorgana  formalisme, yang hanya mementingkan bentuk 
dan rupa agama tetapi mengetepikan isi dalaman yang jauh lebih penting.

Menerapkan tafsiran, pendekatan dan hukuman yang bersifat keras dan 
menekan tidak akan menjadikan masyarakat lebih taat kepada ajaran Islam.
Keupayaan untuk menggalakkan keadilan sosial dan pemeliharaan integriti 
setiap individu baik lelaki atau perempuan, kaya atau miskin sebenarnya 
yang akan memastikan ketaatan yang selayaknya. Mengikut norma Islam
perkara yang utama adalah pemeliharaan hak-hak individu dan masyarakat, 
dan bukanlah menguruskan hukuman yang sepatutnya dijalankan dengan 
syarat yang ketat.

Sudah tiba masanya persoalan hudud dijauhkan daripada menjadi instrumen 
permainan persepsi dan sekadar bahan api yang membakar sentimen. Umat 
Islam sepatutnya menolak pengabsahan ajaran agama mereka oleh golongan 
formalis dan menumpukan kepada mesej mendalam Islam yang mengajak 
kepada kerohanian. Adalah penting untuk umat Islam mengalih perhatian 
daripada apa yang disekat  oleh undang-undang kepada apa yang sepatutnya
dipelihara oleh undang-undang itu. Yakni hati nurani, integriti, kebebasan 
dan hak-hak setiap manusia, serta keadilan yang sentiasa menjadi asas 
terpenting daripada ajaran Islam.











 http://www.irfront.org/index.php?option=com_content&view=article&id=450:hudud-antara-yang-tersurat-dan-tersirat&catid=115:artikel-bm&Itemid=482

Comments

Popular posts from this blog