BN mesti ambil TINDAKAN TEGAS terhadap CHUA SOI LEK

 

 

1

 

2

 

3

 

Sekali lagi Presiden MCA yang juga pelakon video, Chua Soil Lek mengguris hati umat Islam apabila menghina hukum hudud. Chua sekali menghina hukum hudud di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam.


Nampak jelas Chua begitu anti kepada hukum hudud yang jelas termaktub dalam undang-undang Islam. Menghina hudud ertinya menghina Islam.


Namun yang peliknya Umno diam seribu bahasa walaupun kononnya Umno adalah satu-satunya  pejuang agama di Malaysia kerana menurut mereka PAS sudah menyimpang jauh dari Islam kerana diperkudakan oleh DAP.


Namun kita telah jelas bahawa setiap kali Chua Soi Lek menghina Islam dengan menghina hudud, Umno berdiam diri. Umno seolah-olah diperlembukan oleh Soi Lek sebagaimana lembu-lembu NFC yang dicucuk hidung yang menanti masa hendak disembelih.


Blog ini mendesak Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Najib Razak mengambil tindakan tegas terhadap Soi Lek samada menggantung atau memecat beliau dari menjadi pimpinan BN kalaupun MCA tidak berani mengambil tindakan kepada Soi Lek.


Jika Najib takut untuk mengambil tindakan terhadap Soi Lek maka jelaslah bahawa Umno telah diperlembukan oleh MCA.

Blog ini juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam supaya menolak MCA pada pilihanraya umum akan datang kerana Presiden MCA dengan jelas menghina agama rasmi negara kita iaitu Islam. TIndakan Soi Lek ini mengundang bahaya kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dan dunia amnya, 



Rakyat juga mesti bangkit menolak BN pada PRU 13 nanti kerana Soi Lek adalah pemimpin kanan BN yang jelas menghina hudud dan Islam.


Kalaupun Soi Lek benci kepada hudud dan Islam beliau mesti faham dan tahu bahawa Islam adalah agama rasmi negara kita dan semua rakyat mesti menghormati agama yang dianuti oleh orang lain kerana negara kita mengamalkan prinsip kebebasan agama walaupun Islam adalah agama rasmi.

Mungkin Soi Lek takut bahawa jika hudud dilaksanakan ramai pelakon video tidak dapat cari makan. Untuk pengetahuan Soi Lek hukum hudud yang Insya Allah diamalkan di Malaysia hanyalah wajib ke atas umat  Islam pelakon video yang tidak Islam tidak akan diadili di bawah hukum Islam..

 http://www.pencacai-semalaysia.com/2011/12/bn-mesti-ambil-tindakan-tegas-terhadap.html

 

Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia

 Event: Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia
Location: Wisma MCA
Date: 04/12/2011 - 9:00
Organised by: Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP)
Moderator: Mr. Lim Chee Wee, President of the Malaysian Bar Council

Panelists:
1. Professor Dr Chandra Muzaffar
President, International Movement for a Just World (JUST)

2. Mr. Edmund Bon
Lawyer and Campaigner, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR)

3. Ustaz Hj Mohd Kamal Saidin
Religious Adviser to Menteri Besar of Terengganu

4. Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya
Chairman, Jawatankuasa Kerja Ulama Muda UMNO (ILMU)

What is Hudud? Can Hudud be implemented without any amendments to the current laws including the Federal Constitution? If Hudud is implemented, how will this affect the secular status of the country as enshrined under the Federal Constitution and the foundation of the country with its ethnic, religio-cultural diversity?

What are the legal implications of Hudud on non-Muslims in Malaysia? If a case involves both Muslims and non-Muslims, who will decide if the case is tried under Hudud or Penal Code? If the case is tried under Hudud and involves both Muslims and non-Muslims, what are the legal rights of non-Muslims? Can non-Muslims, including women, who are witnesses to a crime involving both Muslim and non-Muslim parties testify in Syariah court? In the case where non-Muslims are perpetrators, will they be subjected to the same punishment under Hudud?


Follow these steps to download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html

http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/groups/abuaqifstudio

Comments

Popular posts from this blog