Patutlah Islam terus dihina


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, membaca kisah Penghinaan Islam ni memang sangat sangat mengjengkelkan hati dan perasaan. Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT aku telah ditunjukkan bahawa sesungguhnya itulah sifat sebilangan orang kafir yang memang membenci kejayaan Islam. Patutlah Islam terus dihina.
alquran Patutlah Islam terus dihina
Al-Quran ada jawapan untuk setiap masalah di dunia
Hayati ayat 29 surah Al-Fath ALLAH SWT berfirman yang maksudnya :
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud [1]. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu’min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.
Nota : [1] Maksudnya: pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka.
Sehingga kiamat pasti akan ada banyak Blog menghina Islam, Facebook menghina Islam dan ramai lagi individu yang menghina Islam seperti Geert Wilders menghina Islam, Benjamin Stephen menghina Islam dan Kumpulan yang menghina Islam seperti Paderi yang menganjurkan Burn A Koran Day kerana mereka cemburu dengan kejayaan Islam yang terus bersemarak walaupun Rasulullah telah lebih 1400 tahun wafat meninggalkan umatnya.
Memang kita terdengar khabar angin beribu-ribu Umat Islam yang murtad di Malaysia dan Indonesia tetapi beribu-ribu orang kafir juga berhijrah ke Islam setiap hari di benua Europah dan Amerika setelah mendapat HIDAYAH dari ALLAH SWT. Itulah HIKMAH paling besar kejadian September 11.
Nota : Ada Tok Guru yang syorkan kita amalkan dan baca ayat 29 Surah Al-Fath ni setiap hari.



 http://denaihati.com/patutlah-islam-terus-dihina

Comments

Popular posts from this blog