Perangkap Setan
(Judul Asli: Talbis Iblis)
 



Nama Buku:
Perangkap Syaitan
(Judul Asli: Talbis Iblis)

Penulis:
Al-Hafiz al-Imam Jamaluddin Abul Faraj Abdur Rahman Ibnul Jauzy al-Baghdadi (Ibnul Jauzi)

Terbitan: Pustaka al-Kautsar

Harga: RM33

Berat: 500gram

Berkaitan Buku:
Judul asli kitab (arab) adalah Talbis Iblis yang mana merupakan sebuah kitab peninggalan semenjak abad ke-5 Hijriyah, yang boleh diibaratkan sebagai mutiara warisan yang sangat tinggi harganya. Ia ditulis oleh seorang ulama yang hebat yang sedia dikenali dengan nama Ibnu Jauzi.

Kitab ini juga cukup terkenal di kalangan pengkaji, pelajar, juga para ulama zaman ini. Antara kehebatan dan kandungan kitab ini yang menjadikan ianya begitu bernilai adalah sentuhannya yang cukup-cukup keras dan ilmiyah dalam memberi perhatiannya terhadap kaum-kaum yang menyelisihi jalan yang benar. Ia menyentuh sekitar persoalan jalan-jalan syaitan atau iblis yang sentiasa tidak jemu-jemu untuk meracuni dan menyesatkan manusia. Ia menyelinap ke dalam merosakkan diri seseorang dari pelbagai jalan sama ada melalui jalan maksiat, ibadah, dan sebagainya.

Jadi, dengan kitab ini ia menjelaskan pelbagai jenis perangkap-perangkap syaitan yang sedia terpasang bagi memerangkap manusia dalam pelbagai situasi dan keadaan. Dengan buku ini kita berupaya mengenal pasti perangkap-perangkap tersebut berserta dengan contoh-contoh dan bukti dari kelompok-kelompok di zaman penulis yang telah teperangkap dengan jerat tersebut. Antara kelompok umat Islam yang telah tersesat di zamannya dan menjadi topik perbahasan di dalam buku ini adalah seperti kelompok sufi, khawarij, perangkap terhadap ahli ibadah, ahli ulama, syi’ah, rafidhah, wehdatul wujud, bathiniyah, yahudi, nasara, dan sebagainya. Ia diperbahasakan satu persatu.

Semoga dengan buku ini yang telah diterjemahkan, menjadi lebih bermanfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Jumlah Muka Surat:
346 m/s.


Hubungi: Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Pembayaran:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Comments

Popular posts from this blog