Perkongsian ilmu ..

 

by Muammar Qaddafi
Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

InsyAllah malam ni penulis ingin berkongsi tentang pengisian kuliah di tempat penulis ..

Kalau ada yang tak faham,maklumkan penulis tahu,tapi insyAllah penulis permudahkan dan peringkasankan bahasanya ...

Moga berguna :

  1. Adakala kita diuji oleh Allah,bersabarlah kerana ujian itu hanya sementara,ia adalah untuk menghapuskan dosa dosa kecil hasil dari kesabaran/amalan baik kita ..
  2. Allah memberi jalan yang sempurna untuk menghapuskan dosa iaitu dengan berbuat kebaikan.
  3. Insan yang berazam mahu jadi orang ‘baik’ akan selalu diuji Allah,jangan putus asa kerna itu jalan setiap mujahid.
  4. Kisah fatimah menangis tika membasuh baju rasulullah yang disimbah najis oleh orang kafir,Rasulullah menjawab,Wahai Fatimah,Aku adalah Rasul Allah ,dan sejarah nabi nabi dahulu diuji oleh Allah  lebih teruk lagi berbanding umatnya..Lalu ingat,bagi yang mahu ikut jejak nabi,kita akan diuji sama,bersabarlah ~~
  5. Semakin dekat kita dengan Allah,semakin banyak diuji …
  6. Orang yang tidak berilmu agama,pasti akan tewas apabila diuji lantas menjadi kufur/murtad!!
  7. Bagi mereka yang sudah punya kefahaman,ia bertujuan untuk meninggikan lagi darjat kita sebagai manusia beriman .
  8. Bila kita laksanakan yang maaruf,dan meninggalkan kemungkaran,itulah tanda ketakwaan kita .
  9. Orang berilmu pasti sukar ditipu,penting untuk negara,dan lebih utama untuk ummah/agama.
10.  Negara yang sejahtera dan tuhan mengampunkan ahli2 didalamnya jika di dalam Negara itu terdapat orang orang yang muktaqim.
11.  Bagaimana menghapuskan kejahatan?pastinya dengan amal amal soleh.
12.  Yakni Perkara amal solat boleh menghapuskan amal jahat !
13.  Tiap solat memadamkan dosa dosa ,solat zohor memadamkan kesalahan2 antara zohor dan asar,dan begitulah semunya…Solat jumaat,menghapuskan kesalahan yang dilakukan antara jumaat ini hingga yang seterusnya (Bukan padam semua!),Ramadan dengan Ramadan,Haji dengan haji,umrah dengan umrah (gunakan konsep yang sama untuk zohor  tadi)
14.  Ajaran kristian mengatakan amalan agama adalah persendirian,berlainan dengan islam,yang kena jaga juga kebajikan agama orang orang sekeliling.
15.  Dengan bertakwa kepada Allah,pasti akan melebatkan ibadah kita.
16.  Ingat!!jaga suruhan,tinggalkan larangan Allah !!Barulah bertakwa.
17.  Amal yang banyak,amat bermakna umurnya .
18.  Makna panjang umur bukanlah bilangan umur,tapi bilangan amal ibadah kita.
19.  Panjang umur bermaksud mohon pada Allah diperlebatkan amal soleh sepanjang hidup itu.Bilangan umur tetap tidak berganjak !
20.  Bertakwa kepada Allah memudahkan kita untuk meminta ampun bepada Allah .
21.  Kita akan mudah menyedari kesilapan kita (Allah permudahkan istiqfar kepada kita)
22.  Adalah satu bala jika seseorang yang melakukan dosa tidak menganggap dosa itu sebagai bala/perkara buruk.
23.  Allah tidak akan menolong dia dalam menyedari akan kesilapan dia /untuk bertaubat.
24.  Amalan orang yang paling rugi adalah orang yang sesat jalan dunia mereka,dan dalam kesesatan itu,mereka menyangka mereka melakukan kebaikan.
25.  Ketakwaan boleh memadamkan dosa dosa kecil.

 Kehebatan Ahli Badar 313..
ü  Allah telah mengangkat ahli badar.
ü  Dengan berkata “Buatlah apa yang kamu suka”,
ü  Sesungguhnya Aku (Allah) akan mengampunkan dosa kamu.
ü  Mahupun begitu,ahli badar tetap tidak mengambil kesempatan dengan melakukan maksiat.
ü  Diperbolehkan selawat kepada orang soleh. (solaTullah,salamullah…… utk tentera badar)
ü  Perang badar adalah perang keinginan Allah,Allah yang mahukan perang itu berlaku
ü  ALLAH mahukan perang Badar kerna mahu perkukuhkann kedudukan islam di arab


1
2
3
4
5
6

Comments

Popular posts from this blog