Sedutan Majlis Maulid Bulanan pada 2 December 2011


Assalaualaikum

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Al Hamid dalam ucapan pembukaannya telah mengumumkan khabar gembira kepada Jemaah Majlis Ta'lim Darul Murtadza.





Dengan rasminya Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah pun berdaftar sebagai satu Pertubuhan. Habib Ali juga menekankan bahawa Pertubuhan Darul Murtadza mempunyai prinsip-prinsip utama yang menumpukan kepada pengajian dan penyebaran Ilmu.



Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid telah menjemput Tuan Guru Baba Abdul Aziz bin Shafie Al-Fathoni dan dalam ucapannya beliau menyebut bahawa Seorang yang Soleh akan menambahkan keberkatan yang lebih daripada keberkatan yang ada.

"Dahulu dikatakan bahawasanya jika seorang itu seorang alim itu datang, bagaikan Setiap tanah ini akan hidup dengan turunnya air hujan…"

"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras, yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… " 
"Kehadiran Baba Aziz, insyaAllah adalah keberkatan untuk menyirami hati kita ini dengan sinaran ilmu, barakah, dan cahaya daripada mashaikh yang telah beliau belajar daripada mereka,…"

 "Alhamdulillah kehadiran beliau di sini adalah membawa barakah kepada kita semua di Majlis perasmian Pertubuhan Darul Murtadza"  



 Turut menghadiri majlis adalah Ustaz Azhar Hashim Al Hadrami dan Hj Yaacob yang juga menambahkan seri dan barakah di Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza kali ini.


  Tuan Guru Baba Abdul Aziz bin Shafie Al-Fathoni sepat memberikan Tausiyahnya yang menyentuh kepada 3 perkara. Apakah 3 perkara tersebut? jawapannya terdapat dalam video rakaman di atas. 



Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir, penonton live streaming dan semua yang terlibat secara langsung ataupun yang tidak langsung, yang menjadi sebab kepada kelancaran Majlis Ta'lim Darul Murtadza, khususnya Maulid Bulanan kali ini.


Teruskan bersama kami di hari dan waktu yang sama pada minggu hadapan.

http://www.darulmurtadza.com/2011/12/sedutan-majlis-maulid-bulanan-pada-2.html

Comments

Popular posts from this blog