Cara Menaikkan Tekanan Darah Rendah

by amirulasril

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.
Berikut merupakan cara-cara untuk meningkatkan tekanan darah..
1. AIR PUTIH
Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas sehari.


2. KOPI
Sesekali minum kopi agar dapat meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat.

3. GARAM
Mengambil makanan yang cukup mengandungi kadar garam yang betul.

4. BAYAM
Untuk sayur, perbanyak mengambil bayam kerana bayam bagus untuk mengatasi tekanan darah rendah. Selain itu, coklat, lada, hati ayam kampung/sapi/kambing, mentega, dan keju katanya juga bagus untuk orang yang menderita tekanan darah rendah.
5. SATE KAMBING
Mengenai gambaran masyarakat yang sebahagian besar beranggapan bahawa dengan mengambil daging kambing bagi penderita hipotensi dapat meningkatkan tekanan darah sebenarnya belum jelas, Namun dibenarkan kalau hal itu akan meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. Sekali lagi harus dipahami bahwa tekanan darah rendah ertinya bekalan darah tidak maksima keseluruh bagian tubuh. Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahwa kandungan Hb sebagai zat pengikat oxygen dalam darah memiliki kadar rendah yang akibatnya penderita boleh pucat (anemia), pening , merasa cepat lelah dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog