KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT



 
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.


Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
  http://www.blogigo.co.uk
Tayang Gambar Sewaktu Kecil Yang Tidak Menutup Aurat
Assalamualaikum...
Saya ingin bertanya apakah hukum jika kita meletakkan gambar kita sewaktu kecil yang tidak menutup aurat di laman-laman sosial seperti facebook??? Adakah aurat kita  di dalam gambar itu boleh dilihat kerana itu adalah semasa kecil?? Harap sesiapa dapat menjawab persoalan ini supaya dapat saya menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam agama.

Terima kasih..

Wassalam..

kalo gambar tu masih blom baligh,, letak la gambar 1 kaler pun,, x jadi masalah.. cume,, pelik je la org tengok.. tgk awek ni kecik2 suka togel,, hehehee.... kalo takat rambut nmpak pun xde masalah,, sbb masih kecil,, @ blom baligh lagi.. tapi kalo dah datang haid,, @ ape bende yg dah sah2 pempuan tu baligh,, pasti di ambil lak gambar nye yg agak mendedahkan aurat,, pastu dok tayang kat orang,, tu compem dapat dosa free.. sorang tengok selai rambut,, dpt 1 dosa,, cube kira brapa juta rmbut ade.. heee...

tp seelok2 nye,, xyah la nak dedahkan ape2 kat fb.. fb tu laman sosial.. soooo sial... heee.. dah di katakan laman sooosial,, maka,, bende yg buruk psti lagi byk dri yg baik.. nk lg bagus,, gune fb juz tuk keperluan sahaja.. klu family ramai join fb, wt 1 group private tuk family je,, blh borak2 dlm tu..bincang2 ke,, skg kan soooosial makin berleluasa.. eh... gejala soooooooosial.. heee... berhati2 semasa bersooosial,,,,,, la la la..
 

.la ingin berbincang megenai hukum; maka kena berbalik kepada asal hukum tersebut (macam hairilnua cakap). Gambar yang dipaparkan ketika 'kecil' itu, se'kecil' manakah usianya? adakah dia seorang yang baligh? atau belum baligh? kerana perempuan balighnya cepat dari lelaki. Jika sudah maka hukumnya sama dengan hukum yang dewasa. Jika tidak hukumnya sama seperti mana yang belum baligh.

Pandangan peribadi: Tertanya; kenapa nak post gambar2 ketika masa kecil (atau apa2 gambar sekalipun)? Adakah dengan niat untuk memperkenalkan diri kepada yang kenal (mungkinkaha da yang kenal ketika kecil)? Kalau utk laman sosial, untuk tujuan sekadar meletak gambar? atau untuk apa? kerana ini pula akan menambah kepada hasil hukum yang dinyatakan di atas. Sekiranya untuk menunjuk, sudah tentu hukumnya haram. Jika sekadar 'suka-suka', percayalah, tak ada benda yang sebenarnya dibuat untuk suka2.

Dan bila letak gambar peribadi (seorang2) ni banyak masalahnya juga, katakan ada yang memang nak benci kita; memang akan dicari mana kelemahan kita, hatta kat gambar masa kita kecik sekalipun.

Bukan saja pada kita, tapi pada family kita jugak. Sebagai contoh; bapa kita seorang yang direspect oleh masyarakat di tempat tinggal kita. tetiba kita letak gambar kita (kalau lelaki) pakai seluar dalam aja masa kecik, berdiri di tepi jalan. Nanti ada pula yang kata "eish, bapak dia ni konnonnya baik sangat, tapi baju anak pun tak cukup nak beli dulu. aurat pun tak jaga..hiuush"....saya sendiri pernah dengar dan tgk orang komen benda2 mcm ni (kawan2 sendiri) untuk sesetengah gambar di internet.

Islam tidak melarang semuanya; tetapi Islam melindungi semuanya :)

Allahu'alam

Sekadar pandangan

Comments

Popular posts from this blog