Melawat Muzium Doraemon di Tokyo
 
 

Bagi anda penggemar watak kartun Doraemon, boleh bernostalgia. Kini sebuah muzium Doraemon didirikan di pinggir bandaraya Tokyo.


Muzium itu juga turut menampilkan pencipta dan pengarang watak Doraemon iaitu Fujiko F. Fujio. Baik Fujiko dan Doraemon merupakan inspirasi bagi siri animasi yang diminati di seluruh dunia ini.

Di muzium tersebut terdapat koleksi sebanyak 50 ribu barang, yang sebahagian besarnya adalah gambar asli Doraemon, serta meja yang selalu digunakan Fujio untuk berkarya, sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1996. Bangunan muzium itu juga dilengkapi dengan panggung kecil dan coffeshop. 


Doraemon diterjemahkan hingga ke lebih dari 30 bahasa dan masih popular sehingga kini. Doraemon pernah  dipilih sebagai duta budaya kartun untuk Jepun pada tahun 2008.

Lagi gambar-gambar menarik:





 

Strawberry Berwarna Biru

Strawberri berwarna biru? Ya, anda mungkin terfikir ianya mustahil, tetapi Syarikat GM membuktikan sebaliknya. Saintis di syarikat tersebut dilaporkan telah berjaya menghasilkan strawberi biru yang telah direka untuk menahan suhu beku.  


Para saintis telah menemui sejenis gen khas dari ikan  Arctic Flounder yang menghasilkan bahan antibeku sendiri supaya ia dapat melindungi dirinya daripada air beku. 


Selepas sedikit penyelidikan,gen ini dimasukkan ke dalam gen strawberi yang membuatkan strawberi berwarna biru dan tahan sejuk. Namun penghasilan ini mendapat kritikan banyak pihak kerana dikatakan buah ini tidak selamat dimakan.





Comments

Popular posts from this blog