MEMELIHARA DAN MELINDUNGI HAK WANITA ISLAM

picture2
Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah ialah mencipta makhluk-Nya berpasang-pasangan. Dari berpasangan inilah berkembang dan membiak hingga bertebaran ke serata dunia.
Sebagaimana Firman Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud:
“Akuilah kesucian Allah Tuhan yang telah mencipta makhluk-makhluk semuanya berpasangan sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak dapat mengetahuinya.”
Antara tujuan dijadikan manusia berpasangan ini adalah untuk menjalin hubungan melalui perkahwinan dan daripada sinilah akan lahir zuriat yang akan mewarisi pasangan tersebut sehingga menjadi satu asas dalam pembentukan masyarakat.
Islam amat menggalakkan seseorang itu berkahwin apabila cukup syarat-syaratnya serta berkemampuan tanpa mengira kedudukan dan latar belakang seseorang asalkan keluarga yang dibina itu menurut landasan dan tuntutan yang digariskan oleh Allah s.w.t., Sabda Rasululullah s.a.w. yang berbunyi :
seseorang wanita dinikahi kerana empat perkara kerana hartanya, keturunannya, kecantikan dan agamany, oleh itu pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” .
Ketika zaman, jahiliah kaum wanita menjadi pemuas hawa nafsu lelaki, Mereka dianggap pembawa sial, barangan yang boleh dijual beli dan diwarisi. Kerana itu, di peringkat awal kanak-kanak perempuan yang tidak berdosa dibunuh kerana dianggap membawa sial dan memalukan.
hw11Justeru, kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. telah mengangkat martabat dan darjat kaum wanita. Mereka diberi layanan dan kedudukan yang sama sebagaimana kaum lelaki dalam banyak hal.
hw2
hw3Pada masa kini, wanita telah maju kehadapan setanding dengan kaum lelaki dalam banyak bidang, bahkan ada di kalangan mereka telah mendahului kaum lelaki dalam bidang pendidikan, perindustrian dan pengurusan. Tidak, keterlaluan kalau dikatakan wanita telah menguasai bidang yang dahulunya dikuasai oleh kaum lelaki.

Walaubagaimanapun, terdapat juga wanita Islam yang sanggup menjadikan diri sebagai alat untuk memperagakan sesuatu barangan seperti gambar dibawah. Dimanakah letaknya maruah mereka dalam menjaga keperibadian sebagai seorang wanita Islam. Mungkinkah mereka ini kurang didikan agama ataupun terlampau mengikut peredaran zaman moden.

 
 
hw4
Sesungguhnya Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah terbukti berjaya mengubah nasib wanita diseluruh dunia dari lembah kehinaan dan sikap diskriminasi lalu diangkat kedudukannya menjadi mulia dan terhormat.
hw5
Walaupun Islam telah memuliakan kaum wanita, masih terdapat kecenderungan sesetengah pihak yang meremehkan wanita sehingga menjadi mangsa diskriminasi pandangan dan suara hati wanita tidak diberi perhatian. Bahkan kalaupun dilayan, layanan yang diberi secara acuh tak acuh, malangnya pandapat kaum wanita yang menyentuh kepentingan diri mereka sendiri tidak dipandang serius.
hw8
Cuba bayangkan? jika yang menjadi mangsa itu ialah ibu kita sendiri, cuba bayangkan perasaan seorang lelaki, jika yang menjadi mangsa kezaliman terkena ke atas isteri, anak perempuan atau adik atau kakaknya sendiri .
kita merasa amat sedih dan bersimpati mendengar berita wanita diperkosa, didera dan dizalimi dengan pelbagai bentuk tekanan psikologi. Selain itu terdapat kaum wanita sendiri yang merelakan diri diperalatkan dan menjadi bahan iklan murahan, akibatnya semakin ghairah lelaki buas mengambil kesempatan dan tidak menghormati nilai seorang wanita.
hw71
Oleh itu, bagi memelihara taraf kaum wanita perubahan sikap perlu bermula dari kaum lelaki yang menjadi pemelihara dan pelindung kaum wanita. Sementara itu, kaum wanita sendiri perlu menghargai diri sendiri dan bangun mengatakan hak mereka serta mengasihi dan menghormati kaum lelaki yang sentiasa melindungi mereka.
hw61
Kita yakin bahawa hanya orang-orang yang beriman sahaja mampu memikul amanah ini. Iman yang sempurna akan mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Oleh itu, seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawab dalam memelihara hak wanita bererti mereka tidak sempurna imannya walaupun sudah banyak amalan kebajikanyang dilakukan.
Justeru, kita amat bersyukur dan merasa bertuah kerana keprihatinan pihak kerajaan terhadap kaum wanita dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat bagi tujuan membela nasib dan meningkatkan taraf kaum wanita di Malaysia iselari dengan pendekatan Islam Hadhari.

WANITA ISLAM DI MALAYSIA PERLU:

hw9
hw10
hw111
hw12
hw13
Penerbit Mutiara Islam menyeru semua pihak bersama-sama menghormati serta memelihara hak kaum wanita dalam hal-hal berikut :
<!--[if !supportLists]-->
hw14
Oleh: Lokman Mohd Hashim, Penerbit Mutiara Islam

Comments

Popular posts from this blog