SBPA memalukan Kerajaan?

 

Mari kita lihat siapa yang memalukan kerajaan dalam SBPA ini.

YAB PM telah umumkan dalam Bajet 2012 tentang SBPA ini. SBPA telah menjadi dasar kerajaan yang perlu penjawat awam jayakan. SBPA telah dipersetujui CUEPACS dan JPA melalui MoU yang ditandatangani bersama pada 28 Disember 2011.

Tetapi bila awal tahun 2012, KSN telah memanggil CUEPACS tanpa kehadiran JPA. Selepas pertemuan berkenaan, CUEPACS dilihat berpaling tadah dari MoU yang telah dipersetujui dan semakin agresif menentang SBPA tanpa CUEPACS sedari bahawa mereka menentang dasar kerajaan!

KSN juga memulakan usaha memburukkan SBPA bila bertemu penjawat awam dan pengurusan tertinggi dengan mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang SBPA dan menyalahkan JPA.

KSN juga cadangkan kepada kerajaan agar membatalkan SBPA dan digantikan dengan SSM Plus. Sedangkan JPA, CUEPACS dan Pasukan Semakan SBPA cadang hanya gaji sahaja dibuat semula tanpa pembatalan SBPA.

Kita tahu selepas pembatalan SBPA, ia bagaikan memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan dalam Parlimen dengan mengatakan kerajaan flip-flop dalam membuat sesuatu dasar.

Malah yang lebih teruk, kerajaan memberikan sesuatu yang lebih buruk iaitu SSM Plus yang menyebabkan ramai penjawat awam mendapat gaji dan skim yang LESS FAVOURABLE dari SBPA. Ini jelas bertentangan dengan siaran akhbar KSN bulan Januari lalu.

Maka, siapakah yang memalukan kerajaan?

Kita tahu KSN dan Presiden CUEPACS berada dalam jawatan kontrak.  Jadi SBPA ini merupakan peluang kepada mereka menunjukkan belang mereka sebenar. Seorang daripada mereka mengharapkan dilantik sebagai Senator. Seorang lagi pulak berharap dapat menyambung kontrak.

Namun kita berpendapat KSN yang bertanggungjawab atas semua ini kerana membenarkan CUEPACS membuat sesuka hati dan memberikan nasihat yang salah kepada kerajaan!

Jika PRU 2008 lalu KSN beri nasihat yang salah kepada kerajaan berkaitan isu bonus, kini KSN beri nasihat yang salah sekali lagi berkaitan SBPA. Kedua-dua isu melibatkan penjawat awam. Malangnya, kali ini pun di saat hampir dengan PRU juga!

Comments

Popular posts from this blog