TARIKH PRU13 TERBOCOR - 10 JUN INI..!!?


 oleh - G MANIMARAN  -  SINAR HARIAN


 


MINGGU lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan baru - pilihan raya umum akan boleh diadakan dalam beberapa minggu ini, mungkin beberapa bulan lagi. Jika sebelum ini pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sering berkata "dalam waktu terdekat" atau "tidak lama lagi", kini nasihat mereka lebih kepada "beberapa minggu lagi".

Selaku Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin menasihatkan ahli parti itu dan komponen BN agar bersiap siaga bagi menghadapi 'ibu kepada segala pilihan raya'.

Parti-parti utama - sama ada dari BN atau Pakatan Rakyat (PR) kini dalam proses melancarakan bilik gerakan masing-masing. Saban hari kendengaran pelancaran bilik gerakan. Bendera parti-parti politik juga sudah mula dinaikkan. Berkibar dengan gah. Tempoh kempen belum bermula. Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengambil tindakan keras. Nampaknya PBT sudah faham ragam menjelang PRU. Mereka pun bertolak ansur.


Berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, bendera-bendera parti akan dinaikkan dalam tempoh dua atau tiga bulan menjelang pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN sudah ada tarikh. Itu kenyatan terbuka beliau bulan lalu.


Parlimen akan selesai bersidang pada minggu kedua bulan depan. Dewan Rakyat bulan ini, Dewan Negara bulan depan.


Jadi, semua tumpuan kini ke atas bulan Jun. Cakap-cakap kedai kopi dan juga andaian penganalisis menuding jari ke arah tanggal ini - 3 Jun atau 10 Jun sebagai hari pengundi. Kedua-duanya hari Ahad. Atau kemungkinan 2 atau 9 Jun iaitu Sabtu.


Masing-masing membuat perhitungan. Ada alasan sendiri. Ada perhitungan sendiri. Ada faktor sendiri.
 http://gelombang-rakyat.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog