13 Aurat pada wanita
by peribadirasulullah
1.
Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2.
Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka
(perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan
loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3.
Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya
hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang –
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4.
Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.
5.
Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang
merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6.
Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7.
Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.
8.
Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya –
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9.
Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur
Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10.
Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn
Majah.
11.
Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka –
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12.
Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan
Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13.
Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka
itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sumber :
Comments
Post a Comment