20 Cara Tambat Hati Wanita




1.Setibanya di rumah, carilah dia terlebih dahulu sebelum melakukan hal-hal lain dan peluklah dia.

2.Ajukan pertanyaan-pertanyaan khusus mengenai harinya, yang menunjukkan keprihatinan anda tentang apa yang dilakukan

3.Berlatih mendengarkan dan mengajukan pertanyaan

4.Tahan godaan untuk menyelesaikan masalah-
masalahnya.Sebaliknya, cubalah untuk merasai situasi yang dihadapinya

5.Berilah dia perhatian penuh selama 20 minit (jangan membaca akhbar atau memperhatikan hal lain selama waktu tersebut)

6.Berikan dia bunga-bunga sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya

7.Rancang aktiviti bersamanya , jangan menunggu hingga hari Sabtu untuk bertanya padanya apa yang ingin dilakukannya

8.Ketika dia sibuk, tawarkanlah bantuan contohnya menyediakan makan malam , menjaga anak dan sebagainya

9.Pujilah dia atas penampilannya

10.Hargai perasaan-perasaannya jika ia marah

11.Sekiranya anda akan pulang lewat , telefonlah dia dan beritahukan padanya

12.Jika dia meminta bantuan , katakan ya atau tidak tanpa membuatnya merasa bersalah kerana meminta bantuan itu

13.Jika perasaannya terluka tunjukkan simpati anda

14.Apabila berbicara dengannya , letakkan akhbar atau matikan televisyen dan berilah perhatian penuh kepada dirinya

15.Kalau sekiranya dia selalu mencuci pakaian sesekali tawarkanlah bantuan , terutama jika dia kelihatan penat pada hari itu

16.Perhatikan bila dia marah atau penat tanyakan apa yang harus dilakukannya.Kemudian tawarkan bantuan dengan melakukan beberapa tugas yang menjadi bebannya

17.Sewaktu keluar , tanyakan kalau-kalau ada yang ingin dibelikan dan ingatlah untuk membelikan permintaanya itu

18.Peluklah dia paling kurang empat kali sehari

19.Telefonlah dia dari pejabat untuk bertanyakan keadaannya sekurang-kurangnya sekali sehari

20.Bantunya membereskan tempat tidur dan bersihkan bilik



Comments

Popular posts from this blog