9 SEBAB-SEBAB HATI YANG TIDAK BAHAGIA
Antara Mazmumah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah:
1. PEMARAH paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
didalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak tenang.
2. PENDENDAM tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar didalam
dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas
dendam hatta secara kecil-kecil sekali pun sakitkan hati atau tempelak
orang didendam itu.Sebab orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. HASAD DENGKI – amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHIL – sentiasa merasakan orang lain menginginkan
harta,kesenangan,pangkat dll dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.(Rezeki yang diberi Allah elok dikongsi
bersama).Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah,tetapi benci
orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walau pun fasiq,pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah
beri melalui manusia.
5. TAMAK orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum airlaut…walau
berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak…lagipun orang tamak
selalu rugi…
***Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita.Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh
dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain disitu)Biarkan
rezekiitu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. TIDAK SABAR andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hai-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan…Contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue wlu
kerja bertimbun atas meja…heh…heh…heh)
7. EGO – Ibu segala Mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut
zahir mahu pun batin.
8. RIAK terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari untuk
dipuji.Sentiasa berlakun-lakun didepan orang.Jika dipuji,ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah
marah kalau kita nak…takabur dengan ape yang kita ada.
9. CINTA DUNIA – tidak dapat menderita…padat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah atau menjaganya.Berhartalah tidak mengapa tetapi
kawal hati jangan diletakkan pada harta itu…biler mati cuma bawa amalan
dan doa anak yang soleh/solehah…Cinta dunia merupakan “Neraka
Dunia”kerana dunia itu ‘panas”akibat ia merupakan barang buruan dan
rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan
supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
KESIMPULAN
Jadi yang merungut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan,musibah,kesibukkan dllnya,tetapi ialah
MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak BAHAGIA.Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya.
SAMA-SAMALAH KITA SENTIASA INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN.ANDAI KITA TERLEKA DENGAN DUNIA BURUKLAH PADAHNYA. ~
COPY http://aidanatasya.com
Comments
Post a Comment