Adakah kita benar-benar ‘cintai’ Rasulullah?




Timbul rasa bersalah selepas 32 tahun hidup, saya masih tidak mengenali dengan dekat Rasulullah s.a.w…

- Padahal awal nama saya pun bersumberkan nama Baginda,
- Padahal setiap hari saya menyebut namanya dlm solat,
- Padahal saya kenal islam hasil titik-peluh dan susah-payah Rasul,
- Padahal hari kiamat nanti, saya ingin sangat ‘kausar’ dan syafaat Rasul,
- Padahal Rasul sebelum meninggal pun menyebut2 saya (ummati),
Itu yang saya fikirkan bila masuknya bulan Rabi’ul Awwal, bulan kelahiran Rasulullah s.a.w.

32 Tahun bukannya pendek. Panjang betul sebenarnya. Kalau nak karang kitab tentang Rasulullah, mungkin dah berpuluh judul yang keluar. Tapi masalahnya bukan tiada masa, tapi tiada prioriti & kita pula selalu ‘take for granted’ tentang Rasulullah.

Sejarahnya pun kita tak tahu sangat. Bila ditanya tentang sejarah Rasul, lagi-lagi yang dihafal asyik ‘tahun gajah’ sj. Itu baru perkara kecil, belum lagi hal lebih besar seperti meniru & mencintai Rasul. Lagilah ‘jauh panggang dari api’. Sedangkan Rasul-lah manusia yang Allah ‘confirm’ beri lesen besar untuk mensyafaatkan ummatnya saat kita terkontang-kanting pada hari kiamat nanti.
Agaknya, macammana Rasul nak selamatkan kita kalau kita pun buat ‘endah-tak-endah’ Rasul ketika hidup?

Maka saya ingin menambah azam baru disamping 3 azam tersedia yang telahpun saya jelaskan dalam entri sebelum ini. Azamnya ialah : ‘saya akan mula menyelongkar ‘Rasulullah s.a.w’ via ulama/buku2 & apa jua medium. Malah selain banyak berselawat, saya berdoa agar diberi kekuatan untuk cuba menulis buku bagi menunjukkan tanda kasih kpd Rasulullah s.a.w – mencontohi Kang Jalal (Jalaluddin Rakhmat) yg menulis buku ‘The Road to Muhammad’ sebagai dedikasi khusus, tanda kasihnya kepada Baginda Rasulullah s.a.w.


LANGKAH PERTAMA :

Saya akan memulakan ‘journey’ penulisan Rasulullah dengan entri ini. Ia  bermula dengan soalan kepada diri sendiri ‘Sepanjang 32 tahun hidup, apakah ‘moment’ paling kuat saya bersama Rasul?

Puas menyelongkar jauh dalam kotak fikiran, ini yang ada untuk saya kongsi dengan anda semua. Semoga darinya, anda juga akan melakukan ‘penyelongkaran’ ingatan kita terhadap Rasulullah s.a.w….


MOMENT PERTAMA : SAAT BERADA ‘DEPAN’ RASUL DI MADINAH.

Siapa yang pergi Madinah untuk haji atau umrah pasti akan me’wajib’kan diri untuk ke Raudhah. Kawasan segi empat tepat yang betul-betul bersebelahan dengan Maqam Rasulullah s.a.w itu selalunya ‘full house’ terutamanya jika anda ke sana ketika musim haji.

Mereka bersesak-sesak bukannya tanpa sebab, tapi semuanya percayakan hadith ini : Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman (Raudhah) dari taman-taman syurga (Riwayat Bukhari).
Saya pun sama seperti yang lain. Cuba masuk ke ‘syurga dunia’ sebelum masuk syurga. Berhimpit-himpit & bersesak-sesak ke kawasan sebesar 22 meter x 15 meter untuk mengerjakan solat sunat & mengambil barokahnya.

Walaupun sukar, tapi akhirnya Alhamdulillah saya berjaya juga menempatkan diri dalam Raudhah, betul-betul di sebelah ‘tiang taubat’ sebelah maqam Rasulullah s.a.w.

Para pembaca semua, ‘moment’ bersejarah initidak akan pernah saya lupakan sampai bila-bila. Saya dapat rasakan ‘inilah waktu saya paling hampir dengan Baginda Rasul secara ‘live’. Berada di Raudhah, bersolat 2 rakaat didalamnya dan membaca beberapa helai mukasurat Al-Quran merupakan detik ‘paling indah’ dalam lipatan hidup yang akan diingati dan disimpan kemas-kemas dalam fikiran.

Disitu juga saya mendapat ‘pencerahan’ : merasa diri amat kerdil berbanding orang lain.  Jika saya hanya dapat melahirkan perasaan ‘gembira’ & ‘syukur’ di Raudhah, namun ada orang lain lebih hebat luahan perasaannya. Mereka menangis teresak-esak dengan bibirnya basah memuji Rasul. Mereka bukan setakat gembira tapi ‘jatuh cinta’ dengan Rasul.

Saya fikir, orang-orang sebegini lebih layak mendapat syafaat Rasul berbadingsaya, seorang yang bila berselawat dalam tahiyyat pun kadang-kadang diucap sambil-lewa!
Astaghfirullah! Maafkan saya Ya Rasul!


MOMENT KEDUA : SAAT BERADA BERSAMA ‘PEMUJA RASUL’ DI DANDARA.



Setiap tahun di Dandara, Egypt akan diadakan majlis sambutan Maulidurrasul. Ia seperti maulid nabi yang kita sambut juga, cuma skalanya lebih besar dan lebih ‘grand’.

Pada tahun 2001 saya berkesempatan menghadirinya bersama beberapa rakan lain. Pada malam majlis itu, buat pertama kali saya melihat lebih kurang 10 ke 15 ribu orang, semuanya berjubah putih, berkumpul, mendengar tazkirah dan memuji Rasul beramai-ramai.
Saya terkesima dengan pengalaman itu. Bayangkan, kita boleh saja ‘naik semangat’ ketika bersorak bersama ribuan orang kerana sebiji bola di stadium, tapi kali ini, saya berada di tengah-tengah ribuan orang yang ‘naik semangat’ kerana seorang manusia ‘pilihan Tuhan’ iaitu Rasulullah.

Zikir, selawat, Qasidah, madeh, kemudian syarahan.
Itu saja yang dilakukan sepanjang 3 hari (seingat saya) itu. Tapi, moment ini terpahat kukuh dalam ingatan kerana ia adalah moment menifestasi bersama ribuan orang yang hadir hanya untuk satu tujuan : mengingati Rasulullah s.a.w.



MOMENT KETIGA : MALAM KHAMIS YANG ‘TENANG’ DI MASJID JA’FARI, HUSSEIN.
Saya masih teringat saat ketika duduk bersama ratusan hadirin setiap malam khamis di Masjid Jafari, Hussein. Masjid ini merupakan pusat Tariqat Ja’fari, cabang bagi Tariqat Ahmadi di Mesir.

Selalunya, itulah tempat paling selesa & paling mententeramkan untuk melepaskan stress bila gundah-gulana peperiksaan menyerang. Disana selepas solat isyak, mereka akan berkumpul untuk melakukan satu perkara sahaja : zikir, madeh dan selawat pujian kepada Rasulullah s.a.w.

Anda pernah dengar perkataan hipnosis? Itulah yang saya alami bila mendengar zikir yang mereka alunkan. Terasa ia begitu sejuk dan mendamaikan. Saya mengaku disini yang saya tidak hafaz syair2nya. Tapi bagi saya ia tidak penting. Yang saya tahu ialah, biarlah jiwa ini tenang mendengar pujian sang pencinta kepada yang dicintai – Rasulullah s.a.w.

MAKA, SAYA BERHASRAT INGIN MENULIS BUKU TENTANG BAGINDA….

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya 3 moment itu boleh saya ingati bila memikirkan saat terbaik ‘saya & Rasul’ dalam hidup. Tetapi saya tahu ia tidak mencukupi, bahkan sebenarnya terlalu sedikit berbanding usaha ramai orang lain yang lebih terkehadapan dalam menunjukkan ‘rasa cinta’ mereka terhadap Rasulullah s.a.w.
- Ada yang mendirikan ‘sekolah’ khas untuk menyeru manusia mencintai baginda,
- ada yang mendedikasikan seluruh hidup, masa, tenaga dan wang ringgit berdakwah agar manusia lebih kenal, ikuti dan sayangi Baginda,
- ada yang menulis berpuluh-puluh buku agar manusia tidak lupa dan kenal manusia teragung ini,
serta bermacam-macam usaha lagi.

Maka para pembaca sekelian, saya berazam untuk melakukan sesuatu khas didedikasikan untuk baginda, iaitu – dengan izin Allah – menulis buku tentang baginda.

Dan usaha itu bermula dengan entri ini sebagai ‘batu loncatan’nya.
Cadangnya, Buku itu mungkin tidak membahas sejarah Sang Nabi secara kronologis, tetapi berdasarkan tema-tema tertentu tentang Baginda yang boleh dijadikan tauladan dalam hidup kita.
Saya tidak tahu bila ia akan selesai. Yang penting ia sudah dimasukkan dalam snarai salah satu ‘projek besar’ hidup saya.

KENAPA BUKU?
Mengapa buku yang saya pilih berbanding usaha lain?
Begini rasionalnya. Dalam melakukan sesuatu yang ‘baru’ dalam hidup, saya selalu memilih pendekatan yang paling ‘real’ untuk dijayakan berdasarkan kemampuan diri. Dan sudah tentu, pendekatan itu dipilih kerana memikirkan impaknya yang lebih menyeluruh dan lebih berkekalan.

Menulis sebenarnya mudah dan kalau hendak diikutkan semua orang boleh menulis ‘sesuatu’ tentang Rasulullah s.a.w.
Disebabkan itulah ramai ulama silam pasti menulis sekurang-kurangnya satu buku tentang baginda Rasulullah s.a.w.
Buku yang paling terkenal tentang Rasul anda juga tahu. Tajuknya ialah ‘Syamail Muhammadiyah’ yang ditulis oleh Imam Tarmizi, salah-seorang ulama hadis terkemuka. Ia memperihalkan Rasulullah dari A to Z dan saya amat merekomendasikan agar anda membacanya.

Tetapi buku itu tidak ‘terkenal’ di alam melayu. Yang kita ‘pasti baca’ walaupun sekali semumur hidup (walaupun saya akui saya pun tidak hayati kandungannya’ ialah….Cuba teka apa tajuknya? Hmm…sudah tentulah kitab Barzanji. Itulah buku tentang Rasul yang paling banyak masyarakat kita baca. Cuma yang sedihnya, ramai yang tidak faham kandungannya walaupun saban tahun kita membacanya beramai-ramai ketika kenduri, cukur jambul dll.

Ada orang berpendapat ‘kitab berzanji ada kesalahan fakta’ hingga tidak digalakkan untuk dibaca. Bagi saya, jika ada kesalahan pun, biarlah kerana saya yakin, sehebat-hebat manusia ada 10 Ph.D sekalipun, buku/tesis yg ditulisnya tidak akan lari dari kesilapan.

Sekurang-kurangnya, Imam Barzanji sampai sekarang dapat ‘deposit tetap pahala amal jariah’ bila bukunya itu dibaca puluhan ribu orang setiap tahun!

Satu lagi buku yang amat-amat saya rekomendasikan agar anda membacanya ialah ‘Rahiq Makhtum’. Ia dianggap sebagai buku terbaik yangditulis oleh ulama mutakhir tentang Rasulullah.
Kenali buku itu lebih lanjut disini :
http://muzir.wordpress.com/2010/04/07/buku-sirah-rasulullah-saw-ar-rahiq-al-makhtum/
dan jika mahu, anda boleh download pdfnya :

SEKALI LAGI, KENAPA BUKU?

Selain usaha itu agak mudah dilaksanakan, sebenarnya saya ‘terpukul 100 kali’ dengan individu ini : Karen Armstrong. Tahukah anda, dia telah menulis buku tentang Rasulullah yang bertajuk ‘Muhammad: a biography of the prophet’ dengan begitu baik sekali dan menjadi rujukan ramai?

Malah, bukunya bukan satu tapi dua! Satu lagi bertajuk ‘Muhammad: a prophet for our time’.

Tapi yang paling UTAMA ialah, tahukah anda bahawa penulis ini BUKAN ISLAM?

Saya amat malu sebenarnya. Jika orang yang kita anggap sebagai ‘kafir’ (tak kiralah apa jua orang menggelarnya spt orientalis dll) pun boleh mengkaji bersungguh-sungguh tentang Rasulullah, mana kita orang Islam nak letak muka?

Kalau ditanya hari kiamat nanti ‘apa yang telah kamu lakukan sebagai bukti kamu cintai Rasul selain ‘solat-puasa-zakat-haji’? Apa kita nak jawab?

Kalau tak percaya, cuba pergi kedai buku dan cari topik tentang Rasulullah. Anda akan dapati jumlahnya boleh dibilang. Patutlah orang kita lebih kenal ‘artis, pemain bola & pelawak’ dari Rasul. Sebabnya salah kita juga: sangat kurang berusaha nak memperkenalkan Rasul kepada diri sendiri, keluarga apatah lagi masyarakat.


DOAKAN AGAR IA BERJAYA.


Para pembaca yang mulia dan disayangi Rasul,
Mohon doa dan peransang anda semua agar ia berjaya. Dan bila saya menulis  & berkongsi azam dalam blog ini, ia bukanlah berniat untuk ‘show off’. Mohon dijauhkan Allah dari sifat negatif itu. Lagipun, tiada apa yang hendak dibanggakan bagi sesuatu yang belum pasti berjaya.

Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, kita cuba berkongsi idea, pengalaman & ilmu melalui blog. Cuba berkongsi semangat, impian dan dorongan. Kita melihat sudut positif berbanding negatif.

Dalam hal ini, saya ingin berkongsi idea ‘apa yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kepada Rasul’ kepada semua. Mana tahu jika ada yang mengambil manfaat & menulis buku atau berbuat sesuatu untuk Rasul, dapat juga saya tempias pahalanya.

Itu yang kita semua nak kejar sebab kita yakin, apa jua usaha yang dedikasi kerana Rasul, semuanya berkat.
Pembaca budiman, doakan usaha ini berjaya.
Ya Robbi, bantulah kami untuk lebih mengenali kekasihMu, Amin Ya Robbal A’lamin.


Allahumma solli ala Saidina Muhammad,
Wa ala A’li Saidina Muhammad,
Kama sollaita ala Saidina Ibrahim,
Wa ala A’li Saidina Ibrahim,
Wabarik ala Saidina Muhammad,
Wa ala A’li Saidina Muhammad,
Kama baarakta ala Saidina Ibrahim,
Wa ala A’li Saidina Ibrahim,
Fil A’lamin,
Innaka hamiidum Majiid.

COPY  http://www.asraffayob.com

Comments

Popular posts from this blog