Adik beradik dan ipar duai...kenapa bermasam muka? 

 

 Minggu ini kak melur ingin bincangkan tentang perselisihan yang lumrahnya berlaku dalam kebanyakan keluarga. Perselisihan adik beradik dan ipar duai tidak pernah ada noktah dalam sesetengah keluarga. Sekiranya masing-masiang menjalankan tanggungjawab dan menghormati hak ahli keluarga yang lain perselisihan akan dapat dikurangkan.


Dalam pergaulan, bila salah seorang dari kita tidak mematuhi norma-norma yang diterima serta tidak ada pertimbangan yang adil, maka tercetuslah perselisihan. Tanda perselisihan berlaku bila ada yang bermasam muka, tidak mahu bertegur sapa, umpatan dan sebagainya. Hasil dari pengalaman kak melur, di sini kak melur utarakan beberapa panduan dalam mematuhi norma pergaulan dalam keluarga.

Pergaulan adik-beradik


Adik beradik wajib hormat antara satu sama lain. Apabila berlaku perselisihan pendapat, jangan jadikan alasan untuk memanjangkan perselisihan di luar waktu perbincangan, jangan emosi dan jangan asyik menyalahkan orang lain. Seharusnya masing-masing muhasabah diri mencari keilapan sendiri. Merasakan diri kita selalu betul adalah tanda kita ni ada penyakit hati....maknanya hati kita tidak bersih. Merasakan diri kita selalu betul akan menyebabkan kita asyik menyalahkan orang....padahal mungkin kita yang menjadi pencetus kepada masalah.

Jika ada ahli keluarga yang membuat silap, jalan terbaik ialah dengan menasihat dengan penuh hikmah, cadangkan penyelesaian, disamping itu tunjukkan yang kita prihatin dan sayangkan saudara kita. Jalan yang salah ialah kita cuba mempengaruhi ahli keluarga lain dengan cacian, umpatan atau cerita yang ditambah-tambah.

Jangan ada perasaan iri hati @ dengki dengan adik beradik. Sekiranya ada adik beradik yang hidupnya lebih mewah, itu adalah rezeki yang Allah kurniakan padanya. Setiap manusia telah ditentukan rezekinya oleh Allah, peraturannya ialah berusaha. Untuk anda yang lebih mewah dari saudara anda yang lain, janganla pula bangga diri...seharusnya anda prihatin dengan saudara anda yang hidupnya susah. Hulurkanlah bantuan sumbangan...so janganlah kedekut pula....Rasullullah SAW tak pernah hampakan permintaan orang, TAPI ingat, jangan membelakangkan anak isteri...nanti jadi cerita lain pula.

Harus ada kompromi dalam keluarga. Contohnya anda ada ibu yang dah tua, kakak anda sorang ja yang menjaga ibu anda, manakala adik-beradik lain sibuk memanjang. Apa salahnya anda menghargai kakak anda dengan memberinya bantuan kewangan, hadiah atau sekali sekali anda ambik ibu anda untuk dijaga sementara waktu untuk memberi pelepasan kepada kakak anda....mana tahu dia pun nak pergi bercuti ke, bershopping ke skali skala. Maksudnya anda tidak membebankan kakak anda seorang untuk menjaga ibu dengan memberinya ruang untuk menikmati waktu sendiri.

Adil dalam memberi. Ketidakadilan selalu berlaku antara anak/cucu/menantu yang paling disayang dengan yang kurang diberi perhatian. Memang pembahagian kasih sayang tidak boleh dipaksa supaya sama rata, tetapi jangan terlalu mempamerkan....nanti ada yang kecik hati, setiap ahli keluarga harus ada rasa dihargai dan disayangi. Begitu juga pemberian barang yang bersifat fizikal, jangan terlalu melebihkan seseorang kecuali atas keadaan tertentu seperti anak/adik-beradik yang  miskin.

Pergaulan ipar duai dan biras. Jaga bahasa anda, kalau nak bergurau pun, gunakan bahasa yang masih terselit rasa hormat terhadap individu lain. Jangan menunjuk-nunjuk kelebihan anda, nanti orang meluat. Kalau  memang anda lebih pun, tak perlu disebut, orang akan tahu dan dapat menilai sendiri kehebatan anda. Jangan mempengaruhi ahli keluarga lain supaya bencikan orang itu atau orang ini, nanti keburukan anda terserlah dengan sendirinya. Jika dlam kumpulan 3 orang, jangan cakap dengan rancak berdua saja, sementara sorang lagi terkial-kial sendiri. Anda harus undang dia untuk join borak anda tu. Jangan ada irihati terhadap ipar duai yang lebih mewah. Itu rezeki yang tertulis untuknya. Rezeki anda mungkin akan menyusul....yang terlebih baik ialah bersyukur dengan apa yang ada.....mengharapkan rahmat Allah dan keberkahan hidup itu lebih penting dari kemewahan yang mungkin boleh menghanyutkan kita dari selalu mengingati Allah.


Itu sahaja untuk kali ini dari kak melur.....kalau ada sesiapa nak tambah, silakan...
wassalam.

sumber  http://www.melurhasanah.com/2011/04/adik-beradik-dan-ipar-duaikenapa.html

Comments

Popular posts from this blog