AL FATIHAH DI ALAM RAHIM
LAFAZ DAN PENGEMBARAAN JANIN DIDALAM PERUT IBU

Bermulalah dengan nama Allah ar Rahman ar Rahim.

Setelah kita meneroka sedikit mengenai pengembaraan keturunan-keturunan kita, mari kita cuba mengingati perkara yang sudah kita lupakan atau tidak ketahui. Mustahil juga kita tidak ketahui perkara diatas disebabkan kita sudah melalui perkara tersebut. Ia adalah sebahagian dari sejarah permulaan hidup kita.

Rajah diatas adalah diantara pengalaman dan perjalanan kita menjadi manusia yang mana ketika itu kita bila dilahirkan dipanggil BAYI. Kita tetap manusia tetapi cuma bertaraf bayi.

IBLIS sudah menanti kelahiran anak keturunan ADAM ini dan dialah makhluk pertama yang  memberi ucapan kepada bayi ini. Diucapkan oleh IBLIS lafaz " AKU ADALAH TUHANMU" kepada bayi ini. Maka menangislah kita kerana Tuhan yang kita kenal bukanlah seperti Iblis ini. Kita sudah pernah bertemu denganNya di Alam Rahim semasa menerima Lauh Mahfuz(Kitab) kita.

Maka dituntut oleh agama supaya mengAzankan atau mengQamatkan ketelinga bayi tersebut oleh bapanya. Maka redalah dan diamlah kita kerana kita pernah mendengar akan laugan merdu ini, Laungan ini menimbulkan rasa rindu dan sayang kita kepada pencipta kita dan Rasullulah. Maka bayi-bayi ini menggenggam tangannya dengan penuh erat. Berkata kita pada diri kita sendiri " Akan Ku KOTAkan janji-janjiKU kepadaMU ya ALLAH dan Rasulku". Itu kejadian semasa kita dilahirkan.Alangkah bahagianya jiwa suci ini, konon-kononya mahu menjadi khalifah dimuka bumi dan dapat pula bayi ini bertemu dengan Ibu Bapanya sekali lagi. Merekalah yang akan membentuk kita sabagai Yahudi, Majusi atau Nasrani.

Bayi suci ini ibarat seperti kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapanya.......... tetapi, Syaithan/Iblis/Jin pun mahu turut terlibat dalam membentuk jiwa suci ini. Mereka mahu mencari kawan.

Setelah beberapa tahun diasuh oleh ibu bapanya dan malaikat, maka Genggaman bayi ini semakin renggang. Lupa dia kepada janji-janjinya yang sudah dibuat dengan Allah.Dia sudah ralit dan suka akan dunia baru ini. Semua orang menyayanginya. Sedikit demi sedikit lupalah jiwa ini akan kampung halamannya. Lupa sudah dia dari mana dia datang. Dia cuma mahukan yang ini dan yang itu. Sungguh cepat plan Syaithan dan Iblis berkesan. Dia lupa, ini adalah pentas untuk dia diuji. Mahu dilihat Allah sama ada jiwa ini mahu beribadah kepadaNya.Oh tetapi Allah sudah mengetahui akan gelagat sang jiwa baru ini.

Dari mana hendak kemana wahai manusia. Mahu dicorak apakah kitab lauh mahfuz yang akan kita persembahkan kepada Allah.Dimanakah pula kitab itu sekarang? Siapa pula yang boleh menunjukkan kitab yang sedang kita corakkan. Adakah iainya berulat, busuk dan bernanah ataukan sebaliknya. Ataupun sudah kita beri kitab kita kepada kumpulan Azazeel untuk mencorakkan nya.

Oh ye, sebelum aku terlupa, perkara didalam graf diatas semuanya terjadi serentak. Satu hari di Akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Berapa sepersaat masakah kita berada dipentas dunia. Selalu saja kantoi sana sini. Patutlah kita umat muhammad dipendekkan usia, amat lemah sekali keturunan adam ini. Senang lupa janji, senang lupa amanah, suka ikut hawa nafsu nya.

Kunci bagi jawapan semua ini ada didalam lingkungan Solat, Solat Khusyuk, Solat Tahajjud, Solat Sunat.

 


Comments

Popular posts from this blog