Al Kisah Solat Jumaat

by Ezany-Kun 
  • 5
     


  • Shar
masjid sultan mahmud
gambar ~ ihsan google
Sebelum teruskan membaca, sila pastikan anda tidak tersilap membaca tajuk. Ini entri berkenaan Al Kisah Solat Jumaat, bukannya Al Kisah Malam Jumaat. Tuan punya belog masih bujang, harap maklum.
Setelah sekian lama membuat perhatian, baru kini terbuka hati untuk menulis sesuatu berkenaan perkara yang sering berlaku di Masjid ketika hendak menunaikan Solat Jumaat.

1) Anak Kecil
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah golongan bapa yang suka bawa anak kecil lelaki bersama ketika pergi menunaikan Solat Jumaat. Ini merupakan suatu tindakan yang bagus tetapi kenalah pandai kawal anak tu. Apa yang aku selalu lihat, anak-anak kecil ini sering berlari ke sana ke mari dan membuat bising. Pastinya tingkahlaku seperti itu akan menggangu para jemaah yang lain.

2) Telefon Bimbit
Sepatutnya dah setting kat dalam otak, bila masuk jer kawasan beribadat kena off atau silent telefon bimbit tu. Tak tau la kot masing-masing nak show off dengan bunyi telefon bimbit mereka yang mahal dan canggih tu. Mentang-mentang la guna iphone, blackberry dan sebagainya. Ingat, tiada panggilan yang lebih penting selain panggilan Illahi.

3) Ruang Solat
Kerajaan keluar duit banyak-banyak bina Masjid cantik, luas dan selesa. Tapi aku muskyil, kenapa masih ada yang lebih senang untuk beribadat di atas jalan tar atau rumput dalam kawasan Masjid. Sanggup mereka berpanas daripada duduk dalam Masjid yang berkipas dan ber-aircond.

4) Balik Cepat
Boleh tahan ramai juga orang yang camni. Lepas sahaja habis bagi salam, terus berpusu-pusu keluar secepat mungkin. Sepatutnya tunggu la lepas habis baca doa dulu, bukan lama sangat pun. Adakah sebab nak cepat-cepat ke tempat kerja atau pergi makan atau takut kasut hilang? Hanya mereka yang dapat menjawab persoalan itu.

5) Pisang
Setiap kali pergi Solat Jumaat mesti jumpa buah pisang kat Masjid. Agak-agak kenapa orang tak nak derma buah lain? Mungkinkah sebab harga buah pisang murah. Itu aku kurang pasti, atau mungkin juga ada sebab lain. Siapa tahu boleh kongsi diruangan komen.

6) Tidur
Penyakit ini memang susah nak ubat atau mungkin tak boleh diubati. Selalunya perkara seperti ini berlaku ketika khatib sedang membaca khutbah. Tak kira golongan muda atau tua, pastinya pernah alami penyakit ni kecuali khatib la kot. Kalau khatib tidur, siapa nak baca khutbah kan.

7) Saf
Walaupun sampai awal, ramai yang suka duduk dibahagian belakang sedangkan dibahagian hadapan saf masih banyak ruang yang kosong. “Sekiranya kamu semua tahu ganjaran pahala bagi orang yang bersolat di saf depan, nescaya kamu semua akan terpaksa memutuskannya dengan mengundi”. Ini merupakan sepotong hadis yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menceritakan tentang kebesaran pahala bagi mereka yang bersembahyang di saf hadapan ketika solat berjemaah.

7) Sembang
Masa khatib tengah baca khutbah, masa tu juga la mereka rancak nak berborak. Tak kira la golongan tua atau muda. Walhal setiap kali sebelum khatib berkhutbah telah diingatkan “Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.

8) Remaja
Golongan budak remaja lebih suka berkumpul dan berpeleseran di kawasan berdekatan Masjid sambil bersembang sementara menunggu Solat Jumaat bermula. Alangkah lebih bagus jika di masa itu mereka duduk di dalam kawasan Masjid dan mendengar khutbah.

Penutup
Itu sahaja rasanya, kalau ada sesipa nak tambah lagi silakan. Aku bukannya nak hipokrit atau tunjuk bagus sebab ada juga antara perkara di atas yang aku pernah lakukan. Tapi sama-sama la kita baiki diri kita ke arah yang lebih baik. Insyaallah, mudah-mudahan diberkati oleh Tuhan.

 http://ezany-kun.com

Comments

Popular posts from this blog