Antara dosa-dosa besar menurut Imam Az-Zahabi




Imam Az-Zahabi telah menggariskan sebanyak 71 dosa-dosa besar di dalam bukunya Dosa-Dosa Besar;


1.syirik (menyekutukan Allah)
2.membunuh jiwa
3.sihir
4.meninggalkan solat
5.tidak membayar zakat
6.berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran
7.meninggalkan haji padahal ada kemampuan 
8.menderhakai ibu bapa
9.memutuskan hubungan kekeluargaan
10.zina
11.liwat
12.liwat kecil
13.riba’
14.memakan harta anak-anak yatim
15.berbuat dusta terhadap Allah dan Rasulullah
16.melarikan diri dari medan perang
17.pemimpin penipu dan penganiaya rakyat
18.sombong dan sejenisnya
19.kesaksian palsu
20.minum minuman khamar (memabukkan/menghayalkan)
21.berjudi
22.menuduh wanita mukminah berbuat zina
23.ghulul terhadap harta ghanimah, harta baitulmal dan zakat
24.mencuri
25.menyamun
26.sumpah palsu
27.memungut cukai
28.memakan barang haram
29.bunuh diri
30.banyak berdusta
31.hakim yang jahat
32.menerima rasuah
33.perempuan menyerupai lelaki (dan sebaliknya) 
34.lelaki yang membiarkan isterinya berbuat serong (dayus)
35.muhallil dan muhallal lahu (istilahnya, – cina buta)
36.tidak menjaga diri dengan saksama terhadap air kencing
37.ria’ 
38.menuntut ilmu untuk dunia dan menyembunyikan ilmu
39.khianat
40.mengungkit ungkit pemberian
41.mendustakan takdir
42.mendedahkan rahsia orang lain
43.mengadu domba
44.banyak melaknat
45.menipu dan mengingkari janji
46.membenarkan dukun atau tukang ramal
47.derhaka kepada suami
48.melukis gambar dan melukis
49.memukul wajah, menjerit-jerit, merobek-robek baju, membotakkan kepala dan bersumpah seranah semasa mengalami musibah
50.bertindak melampaui batas
51.bertindak semena-mena terhadap orang yang lemah, hamba, isteri dan binatang
52.menyakiti tetangga
53.menyakiti orng Islam dan mencela mereka
54.ancaman berbentuk kerosakan
55.penghasutan yang dilakukan kepada orang beriman dan binatang, menyakiti hamba-hamba Allah dan bertindak zalim terhadap mereka
56.isbal (memanjangkan kain di bawah mata kaki) dengan perasaan sombong
57.memakai kain sutera dan emas bagi kaum lelaki
58.hamba yang melarikan diri dari tuannya
59.menyembelih kerana selain Allah
60.menasabkan diri kepada selain bapanya sendiri
61.berdebat dan bersengketa
62.menahan kelebihan air daripada orang yang memerlukannya
63.mengurangkan timbangan dan ukuran
64.berasa aman dari murka Allah
65.berputus asa dari rahmat Allah
66.meninggalkan solat berjamaah lalu mengerjakannya bersendirian tanpa uzur
67.terus menerus meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah tanpa halangan
68.menyebabkan kerugian dalam wasiat
69.pembohongan dan tipu daya
70.mengintai orang Islam dan menyebarkan rahsia mereka
71.mencela salah seorang sahabat nabi.


p/s kalau tidak faham, jgn segan utk bertanya ;)


“Sesungguhnya rezeki seseorang hamba itu akan mengejarnya sebagaimana maut mengejarnya.”
http://syuwaistory.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog