Bahaya Pemfitnah
Bahaya Pemfitnah | Mari kita sama-sama koreksi tentang Bahaya Pemfitnah.
Sesuai untuk mereka yang suka fitnah termasuk la fitnah politik, fitnah
keluarga, fitnah akhir zaman, dan paling pelik, fitnah seks.
Entri ini tiba-tiba muncul di kala kerja yang bertimbun, sebagai satu
dedikasi buat pihak-pihak yang suka mencipta cerita. Mencetus kisah
tentang pihak lain, lebih kritikal bila cerita yang dijaja itu palsu. Kadang-kadang dengan alasan sekadar untuk berseronok, atau kononnya menyampai maklumat. Padahal tindakan itu dikira sebagai fitnah yang dilaknat Tuhan.
1
2
3
4
Ramai yang sedar, banyak fitnah yang ditabur oleh sesetengah politikus; sebagai senjata untuk menyerang peribadi
musuh politiknya. Juga fitnah yang disebar oleh musuh-musuh di medan
bisnes, demi memastikan perniagaan lawannya gulung tikar. Tidak lupa
fitnah-fitnah busuk yang meniti di bibir, kerana timbulnya rasa hasad
dan dengki. Mungkin juga kerana kejahilan seseorang akan suatu fakta,
menyebabkan dia mereka kisahnya sesuka hati. Kononnya dia handal dan
maha tahu.
Tetapi kita sering lupa, fitnah yang tercetus ketika sedang berborak
di kedai kopi, atau bersembang di alam maya. Mungkin juga menerusi
perbualan telefon. Tanpa wujud niat buruk pun; namun
kerana kegatalan mulut yang selalu sibuk menceritakan hal orang lain,
atau mungkin kerana tiada kerja lain – maka kisah orang lain jadi bahan
borak. Tanpa dia sedar bahawa langkahnya makin hampir dengan dosa-dosa
angkara mulutnya sendiri.
Suatu hidangan akan lebih ‘umph’ bila ditambahkan dengan perisa seperti ajinomoto.
Juadah yang terhidang akan bertambah kelazatannya. Begitu juga dalam
berbicara. Cerita-cerita yang kualitinya sederhana, akan ditambah dengan
rencah sesedap rasa, bagi menghangatkan lagi suasana penceritaan, di
samping menampilkan isi-isi yang lebih menarik. Parti yang mendengar
mula melopong sambil menongkat dagu – bersubahat sambil menadah telinga.
Sayangnya bila perencah yang ditambah itu tidak asli, sebaliknya palsu dan sarat unsur penipuan.
Maka, akan berubahlah dari tindakan mengumpat kepada tindakan
memfitnah; yang dosanya telah dinyatakan secara jelas di dalam
dalil-dalil syar’ie. Ternyata, Islam
sebagai anutan kesejahteraan secara tegas mengharamkan tindakan yang
bisa memporak-perandakan ummah ini. Jelas, inilah antara virus yang
menjangkiti rakyat di tanahair ini; seterusnya membawa pada penyakit
yang jauh lebih kritikal – perpecahan di kalangan yang bersyahadah.
Aduhai, malangnya!
Dalil yang acapkali didengari berkaitan isu ini, tidak lain tidak
bukan hujahan bahawa memfitnah itu lebih teruk dari membunuh. Tetapi,
sejauhmana kita benar-benar mengimani hukum yang digariskan ini. Atau
sekadar mainan bibir, tanpa ada rasa khuatir dalam berkata-kata. Walau
sekelumit.
http://muazfaris.com
Comments
Post a Comment