Bau Syurga

 Apabila kita berkahwin, perkara utama yang sangat kita hendak adalah zuriat yang soleh dan solehah. Ramai yang kata zuriat merupakan lambang ikatan kasih sayang dan bertautnya dua hati. Zuriat juga adalah barang yang paling berharga selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya.Zuriat adalah faktor mendekatkan diri kepada Allah dan Rahmat-Nya seperti yang disebut di dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bukhari dan Muslim :

Maksudnya:" Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga "

Wah begitu seronokkan punya zuriat sendiri dan rasa bersyukur kerana di beri peluang oleh Allah untuk mempunyai sepasang cahaya mata. Dalam hati masih kepingin nak tambah, tapi agaknya belum rezeki kami untuk meramaikan jumlah umat manusia di dalam rumah kami ni.

Mengikut Rasullulah s.a.w menyuruh umatnya mengahwini perempuan yang mampu melahirkan zuriat dan menggesa umatnya memperbanyakkan zuriat. Ini kerana baginda menyifatkan bahawa zuriat sebagai penghalang kepada turunnya azab. Mengikut hadisnya yang diriwayatkan oleh al Sayuthi

               Maksudnya " kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak-anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu"

Malah, baginda juga menyifatkan zuriat ini sebagai satu kemuliaan dan keagungan ibu bapa mereka. Sabda baginda yang di riwayatkan oleh al-Tabrani:
 
Maksudnya "Tidak ada anak dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu "

Aduhai.. tengok tu betapa bagusnya kehadiran  seorang zuriat apabila ia dilahirkan ke dunia. Bukan sahaja dapat menghindarkan kita dari azab seksa, tapi turut memberi kemulian kepada kita sebagai ibu dan bapanya. Tapi kenapalah masih ada lagi yang diluar sana membuang zuriat sendiri seperti membuang sampah?

Bukan itu saja, zuriat yang masih bayi membawa bau dari syurga. Sebab itulah kita rasa tidak pernah puas cium bayikan? Untung kan bagi mereka yang di kurniakan anak yang ramai sebab acapkali dapat merasai bau dari syurga ^_^. Hadis nabi yang diriwayatkan oleh al-Tabrani: 
 
Maksudnya: " Bau kanak-kanak itu adalah bau dari syurga "

Kemudian, pada hayat Rasulullah hidup dahulu, baginda mengucup kepala al- Hassan bin Ali ( r.a ), dan di sisi baginda ketika itu ada seorang yang bernama al-Aqra' bin Habis al-Tamimi dan berkata " Aku mempunyai 10 orang anak, tetapi tidak pernah cium seorang pun daripada mereka'. Maka balas baginda " sesiapa yang tidak pernah menyayangi, tidak akan disayangi'.

Jadi bagi rakan-rakan sekiranya masih mempunyai zuriat yang masih bayi, ambillah kesempatan yang ada ini kucuplah mereka selalu.Jangan esok-esok menyesal tak sudah. Ingat tu, bau syurga tidak ada dijual di kedai dan di pasaraya2.. hanya ada pada mereka yang bergelar bayi sahaja.
 
 http://jarijemarimida.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog