Mengapa Abang Pilih Saya?


Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.





Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan.

Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.

Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu.

Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).

Isteri : Ramai kan yang berniqab?

Suami : Kerana awak ada agama.

Isteri : Ramai kan yang ada agama?

Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.

Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak cantik…

Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah Kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.

Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan  awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada. Nanti sekejap.

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami  jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh
            cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini,
            Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya
            kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada
            mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn
            Abbas).

Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.

Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari
           Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang
           saya ceritakan tadi, ingatkah?

Isteri : Oh! ada, saya ingat.

Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa
            mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada
            muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna
            putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan
            perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata,
            sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam
            syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan
            kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami
            tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan
            marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan
           (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai
           Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki,
           atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali
           tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau
           lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga
           begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang
           akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan
           memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini
           dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.

Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi
          wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya
          akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak
            ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di
            dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka.
            Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati
            oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan
            mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat
            kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami,
            akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada
            mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa,
           eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang
             bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?

Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti
            suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga
            akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia
            adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk
            berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal
            r.a)

Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih
           menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang
             senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam
             menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi
           itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga
           yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah
           dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan
             teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.


http://www.oneclique.com.my/blogs/8/348

Benarkah jika cantik maka pasti membahagiakan? Siapa pula kata yang hodoh tidak membahagiakan?

Orang yang cantik, kuat cerewetnya banyak pula perangainya? Orang yang tidak cantik, tidak ada perangai? Anda lebih tahu berdasarkan pengalaman hidup anda masing-masing.

-----
1. Imam Ahmad mengatakan: "Seandainya seorang lelaki mahu melamar seorang wanita, pertama-tama sekali hendaklah menanyakan kecantikannya. Jika dia memang cantik, hendaklah dia menanyakan tentang agamanya. Jika ternyata agamanya juga baik, maka silakanlah menikahinya. NAMUN, jika agamanya TIDAK BAIK, maka dia menolak wanita itu kerana agama bukan kerana persoalan cantik atau tidak." (ruj: Syarh Muntaha al-Iradah)

2. Cantik sememangnya subjektif pada mata yang berlainan dan citarasa yang berbeza. Cantik pada takrifan Nabi SAW:

"Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau memandangnya membuatmu rasa senang, dan jika engkau menyuruhnya (akan sesuatu hal, nescaya) dia taat kepadamu." (HR Abu Dawuud dari Abu Hurairah)

3. Lebih baik yang tak cantik dari cantik andai agamanya tempang:-

"Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kecantikannya itu akan memperhodohkannya. Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana hartanya, kemungkinan kekayaannya itu akan menyebabkan derhaka. Akan tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah bin Humaid).



"Solat Yang Sempurna dan Diterima Allah."

إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين




"Doa elak musibah dan kemudaratan mengejut" - cth: tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, kmlgn jlnraya dll. Silakan share untuk semua.

---
Sabda Rasulullah SAW :

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Yang bermaksud : Sesiapa yang membaca : "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan nama-namaNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu pagi sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya..” - Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi.

















Comments

Popular posts from this blog