HADIS SAHIH - SYARATNYA


Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai 
sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh 
perawi yang adil dan dhabit (tepat
 dalam meriwayatkan hadith sama 
ada melalui kekuatan ingatan atau
 ketepatan catatannya), dan terselamat 
daripada syaz dan kecacatan. 

Syarat hadith sahih 

a. Sanadnya bersambung dari awal 

sehingga akhir, dan wujudnya ikatan ilmu
 iaitu adanya pertemuan di antara al 
Lāhiq dengan al Sābiq dan tidak wujud 
penghalang di antara keduanya daripada 
bertemu sama ada dari segi masa atau tempat. 
b. Perawinya bersifat adil iaitu orang
 yang dapat menguasai dirinya untuk
 membiasakan diri dengan taqwa
 dan menjauhi perkara-perkara fasiq
 dan bid’ah. Dia menepati ciri – ciri berikut; 

- Muslim. 
- Baligh. 
- Berakal. 
- Tidak fasiq iaitu tidak melakukan

 dosa besar atau berterusan dalam
 melakukan dosa kecil. 
- Menjaga maruah seperti tidak 

bergaul dengan orang-orang yang 
rendah maruahnya, tidak keterlaluan
 dalam bergurau senda dan tidak 
membuang air kecil di tepi jalan. 

c. Perawinya bersifat dhabit iaitu 

 orang yang tepat hafazannya, selamat 
dari kesalahan atau ragu-ragu dan 
 berkemampuan untuk menghadirkan
 apa yang dihafalnya apabila diminta 
pada bila – bila masa. Dhabit terbahagi 
kepada dua iaitu Dhābit Sodri dan Dhābit. 

Dhābit Sodri – Perawi yang menghafaz

 apa yang didengarnya dan mampu 
untuk memberitahu apa yang didengar
 dan dihafalnya sebagaimana dia 
mendengarnya pada bila-bila masa. 

Dhābit Kitabi – Perawi yang benar-benar

 menjaga catatannya daripada hilang, 
dicuri, diubah atau diseleweng bermula
 dari saat dia mencatatnya sehinggalah
 dia diminta untuk mengemukakan catatannya. 

d. Terselamat daripada syaz iaitu 

tidak bertentangan dengan riwayat
 lain yang diriwayatkan oleh perawi 
yang lebih thiqah. Hadith syaz ialah 
hadith yang diriwayatkan oleh perawi
 yang thiqah tetapi bertentangan 
dengan hadith lain yang diriwayatkan
 oleh perawi yang lebih thiqah atau 
lebih ramai, dan tidak dikumpulkan. 

e. Terselamat daripada kecacatan 

 iaitu sebarang kecacatan yang boleh
 menghalang sesebuah hadith itu 
daripada mencapai darjat sahih 
seperti hadith yang terkandung 
dalam sanadnya seorang yang fasiq. 

1. Hadith Sahih Li Zaatihi: 
Perkataan Sahih adalah lawan kpd 

perkataan sakit. 

Dari sudut istilah: 

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya

 melalui pembawakan org yg kuat hafalan
 dan adil serta meriwayatkan drpd org 
yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke
 akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu 
keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.


2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga 

Hasan Li Zaatihi

apabila ianya diriwayatkan melalui satu 

atau beberapa cara yg lain maka ianya
 dibantu oleh suatu kekuatan pada dua 
bentuk: 

Pertama: Riwayatnya adalah melalui 

perawi-perawi yg masyhur dgn 
kebenaran dan penjagaan rahsia sekalipun 
berkurangan kekuatan hafalan mereka 
ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz
 yg mahir dari kalangan perawi-perawi
 Hadis Sahih. 

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara

 yg lain di mana dgn cara ini diperolehi 
satu kekuatan yg dapat menggantikan 
apa yg hilang pada kesempurnaan 
kekuatan hafalan dan dapat menaikkan
 taraf dari taraf Hasan kpd taraf 
 Sahih, cuma ianya bukan Li 
Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi.


Hadith Sahih

Hukumnya: 

1- Hadis tersebut adalah sahih dan 

wajib membuat hukum dengannya 
apabila terdapat di dlm kedua-dua
 kitab sahih Bukhari dan Muslim, 
sebagaimana pendapat yg dipilih 
oleh Ibnu Solah serta menetapkan 
kesahihannya. 

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis 

sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari
 dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu
 Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah. 

3- Hendaklah diterima kesahihannya 

sekalipun tiada yg beramal dengannya,
 sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm 
kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis,
 iaitu Qawaid At-Tahdis. 

4- Tidak terhalang utk beramal selepas 

menerima Hadis yg sahih jika diketahui 
tidak terdapat hukum yg membatalkan 
atau tiada perselisihan jumhur ulama 
atau tiada pertembungan, bahkan
 hendaklah beramal dengannya 
sehinggalah terdapat suatu ayat 
Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang,
 maka hendaklah diperhatikan padanya 
terlebih dahulu. 

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan 

sesebuah Hadis walaupun hanya 
terdapat seorang sahaja dari kalangan
 sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah
 diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim 
di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan). 

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan

 kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg 
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim 
drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada
 seseorang yg mengucapkan kalimah 
syahadah bahawa tiada tuhan yg 
layak disembah melainkan Allah dan
 bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah 
pesuruh Allah akan memasuki neraka
 kerana Allah mengharamkan Neraka
 kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz
 berkata: Wahai Rasulullah! Apakah 
aku boleh menyampaikannya kpd 
org ramai agar mereka dapat 
bergembira? Rasulullah s.a.w 
bersabda: (Kalau begitu mereka 
akan hanya berserah tanpa berusaha).
Tetapi Muaz menyampaikannya juga 
selepas kewafatan baginda. 

Kedudukan Hadis Sahih mengikut 

karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan: 

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya

 oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan
 Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi). 

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari. 

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim. 

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari 

dan Imam Muslim walaupun mereka 
 berdua tidak meriwayatkan di dlm 
Sahih masing-masing. Imam 
Nawawi berkata: (Pendapat mereka
 bermaksud: Untuk memastikan 
Hadis Sahih kita mestilah berpandukan
 kpd syarat imam Bukhari dan Muslim 
secara mengenal pasti bahawa 
perawi-perawi Hadis tersebut terdapat
 di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab sahih
 Imam  Bukhari dan Imam Muslim) kerana 
mereka berdua tidak  meletakkan syarat
 di dlm kitab masing-masing 
begitu  juga di dalam kitab-kitab yg lain). 

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari

 tetapi beliau tidak meriwayatkannya di 
dlm kitab sahih. 

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim 

tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab 
sahih. 
 7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama
 selain drpd  keduanya tetapi tidak menepati
 syarat salah  seorang drpd mereka.
 http://www.rxx.co.il

Comments

Popular posts from this blog