HINDAR DARIPADA PENYAKIT BANGGA DIRI
BANGGA
diri atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang membuat
seseorang berasa selesa dan berlapang dada dengan pujian orang lain.
Orang seperti itu menganggap dirinya paling baik dan sentiasa melebihi
orang lain.
Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. Pengamalnya akan membudayakan takbur iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.
Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. Pengamalnya akan membudayakan takbur iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.
Firman
Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” (Surah Al-Qashash, ayat
76)
Takbur
adalah sikap individu yang berasa dirinya lebih tinggi tarafnya dan
tidak mahu menghormati orang lain. Penyakit ini juga dikenali sebagai
sifat ujub iaitu mengagumi diri sendiri.
Ibnul
Mubarak pernah berkata: “Perasaan ujub adalah ketika engkau berasa
dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain.”
Imam
Al-Ghazali menyatakan: “Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang kepada
suatu kurnia dan berasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan
keutamaannya kepada Allah.”
Suka
dipuji dan memuji diri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap
riak. Sebenarnya, yang layak dan berhak dipuji hanya Allah. Firman Allah
bermaksud: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa
seluruh alam.” (Surah Al-Fatihah, ayat 2)
Setiap
orang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain, tetapi milik
siapakah semua kelebihan itu. Allah berfirman bermaksud: “Bagi Allah
semua kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya.” (Surah
Al-Maidah, ayat 120)
Sebenarnya
bangga dan kagum diri sendiri adalah sifat Iblis yang memandang rendah
Nabi Adam kerana dijadikan daripada tanah sedangkan dirinya daripada
api. Firman Allah bermaksud: “Iblis berkata, aku lebih baik daripadanya
(Adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan
daripada tanah.” (Surah Saad, ayat 38)
Orang
yang terkena penyakit kagum diri dapat dilihat daripada beberapa tanda
iaitu selalu memuji dan mengagungkan diri. Pada masa sama, ia melupakan
firman Allah bermaksud: “Maka jangan kamu mengatakan dirimu suci. Dialah
(Allah) paling mengetahui orang yang bertakwa.” (Surah an-Najm, ayat
32)
Faktor
penyebab sikap kagum diri berpunca pujian yang diberikan secara
berlebihan dan tanpa mengindahkan tatacara ditetapkan menyebabkan pujian
itu mempengaruhi orang dipuji. Orang yang dipuji berasa mempunyai
kelebihan yang tidak dimiliki orang lain.
Tatacara
memuji dalam syariat Islam ada tiga iaitu tidak boleh berlebihan,
ditujukan untuk hal yang benar dan tidak menimbulkan fitnah iaitu
membuat orang yang dipuji menjadi kagum diri sendiri. Apabila tatacara
itu dapat dipenuhi, seseorang boleh memuji orang lain. Orang yang kagum
berasa nikmat yang diterima kerana kepandaiannya bukan kerana pemberian
Allah seperti anggapan Qarun.
Allah
menceritakan dalam al-Quran, Qarun berkata: “Sesungguhnnya aku diberi
harta itu hanya kerana ilmu yang ada padaku.” (Surah al-Qashash, ayat
78)
Diriwayatkan,
Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain,
lantas Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Malang kamu! Sesungguhnya
kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Jika
seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya
maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia
menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Kita
juga dilarang memuji dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah
bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan pelik wahai Muhammad) kepada
orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu
bukan hak manusia) bahkan Allah juga yang berhak membersihkan (memuji)
sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka
pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.”
(Surah an-Nisaa, ayat 49)
Umar
al-Khattab mengingatkan umat Islam: “Sesungguhnya perkara yang paling
aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada fikiran dan diri sendiri.
Sesiapa yang mendakwa dia orang beriman, maka sebenarnya dia kafir.
Sesiapa yang mendakwa dia orang berilmu, sebenarnya dia jahil. Sesiapa
yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” Suatu
ketika Rasulullah SAW menemui sahabatnya.
Ketika
itu sahabat sedang bersandar pada tongkat. Apabila melihat kedatangan
Rasulullah SAW, mereka segera berdiri dengan maksud untuk
menghormatinya.Rasulullah SAW yang melihat hal itu bersabda yang
bermaksud: “Janganlah kalian berdiri seperti dilakukan bangsa lain dalam
menghormati satu sama lainnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Seorang
Muslim yang terkena penyakit kagum diri harus segera bertaubat dan
berusaha menyembuhkan dirinya daripada penyakit hati itu. Cara dapat
dilakukan supaya tidak terkena penyakit kagum ialah selalu ingat hakikat
dan kejadian diri. Mereka juga harus sedar sekali pun diberi jangka
hayat panjang, bukan bererti mereka boleh mendabik dada, angkuh dan
membanggakan diri dengan nikmat serta kelebihan kurniaan Allah.
Mereka
tetap mati dan harta yang dibawa ialah amal selama hidup di dunia.
Penghayatan kesedaran seperti ini mendorong seseorang menghindarkan diri
daripada penyakit kagum. Mereka yang terkena penyakit itu perlu lebih merendah diri serta selalu mengingati mati.
http://nan-salleh.blogspot.com
Comments
Post a Comment