Hukum Membaca Al-Quran Untuk Si Mati Di Atas Kubur
Syeikh Ali Jumuah Mufti Republik Arab Mesir
Kitab : البيان لما يشغل الأذهان
Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan
bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak
berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah,
Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat,
berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):
من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات
Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu
membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur
di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah
memperoleh pahala kebaikan”1
Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :
“Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan,
maka dibacakan disisinya dgn awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir
surah Al-Baqarah”.2
Adapun ulama’ Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di atas
kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar
beliau di dalam masalah ini :
“Ulama’ mutaakh’khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca
Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada
si mati bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya
Allah”.3
Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah (dhoif).
Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat.
Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah
masalah ijma’. Antara ulama’ yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu
Qudamah Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :
“Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya kepada
si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg
bermanfaat. Berkata sebahagian ulama’, apabila dibacakan Al-Quran di
sisi si mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh
pahala, maka pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan
seolah-olah si mati juga membacanya, maka diharapkan si mati beroleh
rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami sebutkan itu tadi adalah
disepakati/dipersetujui (ijma’) oleh para ulama’. Mereka ( para ulama’
yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran serta
menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di
kalangan mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4
Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar berikut di dalam masalah ini :
“Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah,
haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala
kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur
adalah sunat”.5
Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah
diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala “haji ganti/haji badal” kepada si
mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di
dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke
semuanya, pasti akan sampai satu juzu’ daripadanya. Maka pahala bacaan
Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca
memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana
diberikan pahala kepadanya (si pembaca).
Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama’ telah
bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala
sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati
adalah harus. Para ulama’ Syafi’iyah berpendapat bahawa pahala tersebut
sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :
اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان
Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini
kepada si fulan” dan ianya bukanlah hanya semata2 dgn amalan tersebut
sahaja.
Perselisihan yg berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.
Penterjemah :
Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime
Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif
1Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)
2Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)
3Syarah Kabir (Allamah Dardir-Jilid 1/423)
4Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225)
5Rohmatal Ummah Fi Ikhtila’fil A’Immah (Syeikh Uthmani)
Pendapat JAKIM
Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan
bahawa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah,
Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat,
berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):
Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca
di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari
tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah
memperoleh pahala kebaikan”
Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa : “Sesungguhnya beliau
berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya
dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah
Al-Baqarah”.
Al-Baqarah”.
Comments
Post a Comment