Hukum muslimah memperdengarkan bacaan al-Quran??
Salam, apakah hukum muslimah masuk Tilawah Al-Quran mcm dalam tv 2??..
Maka
jawabnya pertama sekali kita kena tahu dahulu apakah hukum muslimah
memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lelaki yang bukan mahramnya,
tidak kiralah di dalam tv atau radio sekalipun. Apabila kita tahu hukum
ini maka soalan di atas akan terjawab insyaAllah.
Hukum wanita memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lelaki yang bukan mahramnya ada kalanya harus dan ada kalanya dilarang.
Contoh harus itu apabila membaca wanita tersebut akan al-Quran dihadapan guru lelaki dengan tujuan belajar.
Dan contoh yang dilarang pula ialah membaca dalam pertandingan musabaqoh al-Quran seperti yang berlaku sekarang ini
Apabila
di ketahui hukumnya seperti yang tersebut maka tidak harus lelaki
sengaja mendengar suara wanita anjnabiyah membaca al-Quran.
Dalilnya,
dilarang kaum wanita melaungkan azan kerana boleh menimbulkan rasa
seronok atau nafsu di dalam hati2 lelaki. Melaungkan azan sudah dilarang
apatah lagi melagukan bacaan al-Quran di hadapan lelaki yang bukan
mahram.
Dalil yang lain ialah wanita sebesar2 fitnah bagi kaum lelaki. sabda RASULULLAH S.A.W.
"Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita."
Dalil2
ini juga menyatakan kepada kita bahawa kaum wanita juga dilarang
bernyanyi di hadapan lelaki bukan mahram seperti penyanyi nashid wanita
atau penyanyi2 wanita yang lain yang berlaku sekarang ini.
Kadang2
ana terfikir, untuk apakah kaum muslimah masuk pertandingan Akademi
al-Quran atau Akademi Nashid atau pertandingan seumpamanya? Tidakkah
mereka tahu bahawa suara mereka itu akan didengari oleh seluruh lelaki
bukan mahram yang menontonnya di tv secara live di waktu itu, belum kira
lagi siaran ulangan di hari yang lain.
Melagukan
al-Quran semestinya kaum2 wanita ini akan melagukan dengan suara yang
lunak merdu, mana ada yang melagukan dengan suara yang tidak merdu, tapi
sedar tak yang dia sedang melagukan bacaan al-Quran itu dihadapan
lelaki yang bukan mahram?
Dan penyanyi2 nashid
wanita pula, tidakkah mereka terfikir yang album2 mereka akan dibeli
oleh lelaki yang bukan mahramnya? Semua penyanyi2 wanita ini semestinya
bernyanyi dengan merdu, apabila masuk part untuk tinggikan suara, maka
ditinggikan suara mengikut irama lagunya itu tetapi sedar tak yang album
dia tu akan dibeli oleh lelaki bukan mahram? Belum kira lagi lelaki yang
bukan mahram itu akan pasang lagu yang dinyanyikan itu dua kali sehari
atau seminggu sekali. Belum kira lagi berapa ramai lelaki bukan mahram
yang akan beli album dia tu. Semuanya akan masuk ke dalam sahamnya di
akhirat.
Jika nak melagukan sangat bacaan al-Quran
maka bacalahlah di depan suami atau depan mak ayah kita. Kalau nak
menyanyi nashid, maka nyanyilah di depan suami atau mak ayah.Nynyilah 2
minggu sekali pun tidak mengapa tetapi kenapa kita tidak mahu pula?
kebanyakan dari kita lebih suka melakukan perkara yang Allah larang
termasuklah diri yang menulis ni pun, 2 kali 5 sahaja.
Pertandingan
sekarang pun tidak adakah yang berani mengasingkan antara lelaki dan
wanita supaya apabila wanita membaca al-Quran maka hanya ada kaum wanita
sahaja di dalam dewan itu dan dibuat secara tertutup, tidak perlulah
masuk tv atau sebagainya.Sama juga dengan pertandingan nashid, tidak
bolehkah dibuat secara tertutup?
Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya:
“Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaitan dan membelakang
dalam bentuk syaitan.”
Para wanita menyerupai
syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki
seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas.
Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan
menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan
karenanya.
Wallahu'alam.-Al Azhar Addin
**Setiap apa yg ana sebarkan berdasarkan mazhab syafi'e.
http://amirmutakallim.blogspot.com
Comments
Post a Comment