• Indahnya Islam..Boleh Bersolat Di Mana-Mana Jua (19 gambar)
  • Minum Teh 3 Kali Sehari Boleh Elak Penyakit Jantung
  • Gadis Ini Merebus dan Memasak Samsung Galaxy Nexus Miliknya
Indahnya Islam..Boleh Bersolat Di Mana-Mana Jua (19 gambar)



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air.”























Minum Teh 3 Kali Sehari Boleh Elak Penyakit Jantung



Pengambilan tiga cawan teh setiap sehari cukup untuk mengelak anda daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2, menurut satu kajian terkini.


Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.

Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular.

“Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan,” kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP).

Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain.

Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran.

Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan.

“Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh,” katanya.

sumber:utusan malaysia
Gadis Ini Merebus dan Memasak Samsung Galaxy Nexus Miliknya


Gambar-gambar di bawah ini merupakan syot-syot dari sebuah iklan Galaxy Nexus di Russia, sebagai sebahagian daripada ujian ketahanan telefon pintar ini dalam pelbagai kondisi yang ekstrim.












BILLY INFO

Comments

Popular posts from this blog