Kelebihan berzikir

Adakah kita berzikir setiap hari,
Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melawati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun syurga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
1
2
3
4
5
6

Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir ini, apa lagi menyebutnya. Ketenangan yang tiada abadi bagi orang yang berzikir ini, hanya orang yang selalu mengamalkan tahu, nikmatnya berzikir.
Kelebihan orang yang berzikir :-
  1. Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya.
  2. Zikir menyebabkan Allah redha
  3. Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
  4. Zikir menggembirakan hati
  5. Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
  6. Zikir memurahkan rezeki
  7. Zikir adalah sinaran hati dan muka
  8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
  9. Zkir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
  10. Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
  11. Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
  12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
  13. Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
  14. Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
Contoh lafaz zikir:-
Subhanallah.
100 kali mendapat 1000 pahala dan diampunkan 1000 dosa.
Subhanallahiwabihamdihi.
100 kali   diampunkan segala dosa walau seperti buih di lautan.
LA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LA
SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHULHAMDU YUHYI WA YUMITU WAHUWA `ALA KULLI
SYA`IN QODIR
100 kali mendapat seribu pahala dan dihapuskan 1000 dosa dan dilindungi daripada gangguan syaitan.
La Haula Wala Quwwata Illa BillahSebanyak mungkin mendapat timbangan mizan yang berat dan lafaz yang paling disukai oleh Allah YangBersifat Ar-Rahman.
Semoga kita terus dapat mengamalkan zikir dengan hati yang ikhlas, semoga Allah mengampunkan dosa kita yang telah kita lakukan setiap hari. Sedangkan nabi adalah maksum dijanjikan syuga, namun tetap berdoa memohon keampunan kepada Allah, sehingga kedua tapak kakinya bengkak.
Aishah berkata kepada baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, hadis no: 4837.

Jenis-jenis zikir.

Mari berzikir
Salam semua. Hari ini ingin membicarakan tentang jenis- jenis zikir.
Zikir itu menyenangkan bagi orang yang telah menemui kelazatannya. Lalu dengan pendekatan yang benar kepada Allah dan menghadap dengan baik kepadaNya, zikir akan memberi ketenangan kepada Hambanya yang selalu ingat kepada Allah. Insyallah marilah kita semua meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.
Kita sudah maklum bahawa berzikir adalah suatu ibadah yg disyari’atkan. Tetapi sebelum kita berzikir, kita hendaklah ada ilmu tentang tasawwur zikir itu. Ini kerana antara salah faham bagi kebanyakan orang Islam ialah mereka ingat zikir itu hanya zikir lisan sahaja dan tidak lengkap jika tanpa biji tasbih.
Zikir ada tiga jenis :
Zikir lisan. Ia memerlukan sesorang yang berzikir di waktu-waktu yang sunnah dengan zikir-zikir yang makthur (yang diterima dari Sunnah). Kaifiatnya : berzikir dgn lisan yg didengar oleh telinga sendiri, kemudian hendaklah difahami dan direnungi setiap apa yg dizikirkan. Pendapat anNawawi yg dikutip oleh alHubaisyi, alBarakah fi Fadhli al Sa’yi wal harakah, ms 309).
Zikir arRi’ayah (zikir hati), maksud zikir ini ialah bukanlah zikir “La ilaha illaLlah” dalam hati, tapi seseorang merasai dirinya dibawah pengawasan Allah, merasai dirinya diperhati Allah setiap masa.
Zikir umum iaitu kita sentiasa menjauhi diri dari kelalaian dan tipu daya nafsu dan syaitan juga zikir.(Ibn alQayyim alJauzea, Madarij asSaalikin Jld 2/434).
Penutup.
Zikir itu sebenarnya memberi suatu bentuk ketenangan yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Ia meresap kedalam hati nurani yang selalu ingat kepada Allah. Hati yang kotor, selalunya hati tak tenteram.  Selamat beramal semua.

http://zikrihusaini.com/siapa-ahli-zikir/

Comments

Popular posts from this blog