MAS Air Asia Share Deal Bernilai (RM1.1 billion) Dibatalkan!! Siapa Yang Untung, Siapa Yang Rugi?

by Staff Berita Semasa

MAS AirAsia Swap Deal MAS Air Asia Share Deal Bernilai (RM1.1 billion) Dibatalkan!! Siapa Yang Untung, Siapa Yang Rugi?
Semalam urusniaga saham melibatkan kedua-dua syarikat penerbangan iaitu Air Asia dan Malaysia Airlines (MAS) telah digantung di Bursa Malaysia bermula awal 9 pagi semalam.
Dan…akhirnya, Malaysia Airlines dan juga AirAsia Berhad bersetuju membatalkan perjanjian pertukaran saham (share deal) antara kedua-dua syarikat penerbangan tersebut yang mula mencetuskan kontroversi sejak Ogos 2011 lagi, termasuk ditentang hebat, kesatuan sekerja MAS mewakili 20,000 pekerja. Akhirnya, bertambah satu lagi dasar flip-flop negara. 
Kalau diimbas semula pada Ogos 2011, pemegang saham terbesar MAS, Khazanah Nasional Bhd. bersetuju untuk menukar saham dengan Tune Air Sdn. Bhd, pemegang saham terbesar Air Asia.
  1. Khazanah Nasional mendapat 277,650,600 saham bersamaan 10 peratus (%) kepentingan di Air Asia, manakala Tune Air yang memegang 26% saham Air Asia memperolehi 685,142,000 saham bersamaan 20.5% kepentingan dalam MAS
  2. Saham MAS ketika itu bernilai RM1.60 sesaham dan AirAsia pada RM3.95
  3. Khazanah Nasional memperoleh 10% kepentingan di Air Asia X, anak syarikat Air Asia yang menguruskan penerbangan jarak jauh dengan bajet rendah
  4. Satu Rangka Kerja Kerjasama yang Komprehensif (CCF) turut ditandatangani yang menyasarkan untuk merealisasikan penjimatan dan meningkatkan hasil dalam pembelian kapal terbang, kejuruteraan, perkhidmatan sokongan bawahan, perkhidmatan kargo, katering dan latihan dalam kalangan tiga syarikat penerbangan tersebut. Contohnya : Kapal terbang Air Asia akan dihantar ke MAS untuk tujuan penyelenggaraan. Untung, untung!!!
  5. Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun dari AirAsia Berhad menjadi lembaga pengarah syarikat penerbangan nasional, MAS. Mereka dilantik sebagai pengarah bebas dan kini kedua-duanya telah letak jawatan. Manakala, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Hashim letak letak jawatan sebagai ahli lembaga Air Asia
  6. Penggabungan dianggarkan bernilai US$364 juta (RM1.1 billion)
Hasilnya, selepas berjuta duit dilaburkan untuk tujuan pengurusan dan perancangan strategik kedua-duanya akhirnya inilah hasilnya.
“U-Turn”
Yang untung siapa? Semestinya,  consultan yang menimmati consultan fee berjuta-juta. Yang untung lagi siapa? Ehem…
Lagi individu yang untung di atas urusniaga ini? Siapa lagi kalau bukan “tuan penasihat” untuk kedua-dua belah pihak. Dapat “makan” kanan dan kiri. Ehem…..Yang merana __________? Bijak berbisnes, kalau beginilah cara penyelesaiannya.
Kami pernah beberapa kali mengeluarkan laporan mengenai kes swap deal antara MAS AirAsia ini termasuklah laporan berita yang bertajukMalaysia Airlines (MAS) vs Air Asia. Kesan Penjualan Saham MAS Kepada Air Asia?
MAS Airasia Deal MAS Air Asia Share Deal Bernilai (RM1.1 billion) Dibatalkan!! Siapa Yang Untung, Siapa Yang Rugi?
Kami tiada idea nak dikatakan apa lagi sekarang ini, apabila melihat nasib MAS yang tidak dipimpin oleh kalangan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas mengenai industri penerbangan. Jangan bercakap soal keuntungan MAS jika masih banyak lagi campur tangan politik dalam MAS. Cuma yang menjadi persoalan sekarang ini :
  1. Apa jadi dengan laluan perjalanan yang telah dibatalkan oleh kedua-dua syarikat penerbangan ini MAS & AIRASIA atas dasar persetujuan bersama selepas bertukar saham tempohari?
  2. Tersingkirlah nama MAS di QPR. Sempat menggunapakai untuk perlawanan-perlawanan di tempat sendiri sahaja. Sekarang ini sudah nak habis musim. Yang tuntung siapa? Ehem…
  3. Bagaimana dengan siasatan daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti, SC yang telah membuka kertas siasatan sebelum ini berhubung pertukaran saham Penerbangan Malaysia Airlines, MAS dengan AirAsia Berhad? Masih tidak selesai lagi? Atau seperti biasa, siasatan ini akan hilang seperti “asap di udara”?
P/S : Entiti mana agaknya yang akan berpotensi menjadi mengsa flip-flop seterusnya?
Disebalik pertukaran sementara ini, siapa untung?

PP/S : Tahniah MAS, Tahniah kepada Kesatuan Sekerja MAS (MASEU). Tahniah kepada semua warga kerja MAS dan tahniah kepada Rakyat Malaysia dengan Deal-off ini.
dicopy  http://beritasemasa.com/mas-air-asia-share-swap

Comments

Popular posts from this blog