MUHASABAH
 
 
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta tetap abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara maya
Bertemu berpisah kerana Allah



(Imam an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :
“Apabila Nabi shallallahu 'alaihi wassalam hendak tidur malam, baginda meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.)

ASSALAMU'ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKAATUH dan selamat malam sahabat yang amat kuhormati dan kukasihi semuanya....CINTAI ALLAH DAN CINTAI RASULULLAH melebihi segala-galanya....

Comments

Popular posts from this blog