PEMBOHONGAN SURAT BERANTAI - JANGAN SEBARKAN SURAT BERANTAI 



Pertama kali saya mendapat surat ni sekitar 20 tahun yang lalu,
ketika umur saya 10 tahun,
masa tu surat tu di edarkan melalui kertas bersaiz A4,
10 tahun kemudian saya menerimanya melalui pesanan ringkas (SMS),
dan baru-baru ni saya menerima pula melalui internet..
Alhamdulillah, saya tidak pernah menyebarkannya DAN ALHAMDULILLAH,
saya tidak mendapat apa-apa masalah pun kerana tidak menyebarkannya..

Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara seislam saya,
saya mohon kepada tuan-tuan dan puan-puan agar jangan terpengaruh dengan fitnah-fitnah begini..

Walaupun ia kelihatan baik, menyeru kepada perkara-perkara yang baik,
namun hakikatnya tersembunyi kebahayaan kepada akidah kita,
apatah lagi perkara sebegini mengguna pakai nama junjungan nabi Muhammad s.a.w. sedangkan ianya didapati palsu dan penuh dusta.
Oleh itu berhati-hatilah,
sebab kita tidak mahu apabila kita melakukan amalan-amalan sepanjang hidup kita ini tetapi tanpa kita sedari semua amalan kita tidak di terima oleh Allah,
kerana SYAHADAH kita telah terbatal di sebabkan surat-surat beracun ini..

Jadi saya mohon kepada saudara-saudara seislam saya,
jika kamu menerima surat begini, tolong abaikan.. k.

SURAT ITU SEPERTI DI BAWAH INI,
KEMUDIAN SESUDAH ITU SAYA ADA SERTAKAN SEKALI FATWA YANG DIKELUARKAN OLEH ULAMA' MALAYSIA PADA TAHUN 1978 BERKENAAN DENGAN INI..



~~~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW,
iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).
Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu hamba tertidur,
dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba,
dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad,
hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan,
kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit,
sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.

(b) Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyanglah

(d) Berzakat - jangan ditinggalkan.

(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.


UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain,
dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2.
seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu,
maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain,
maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan
masyarakat di malaysia timur.

4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain,
beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.

5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.

7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya
bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya.
Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain.
Seminggu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain,
dimana mereka mendapat malapetaka,
setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup.

ISNYAALLAH.

PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda
orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan
dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar,
biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan
syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah.
oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.
insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan

TLG SEBAR KAN KPD UMAT
ISLAM....
SEBAR KAN 20 SALINAN,,,


~~~


Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978.

SURAT SHEIHK AHMED SEBENARNYA ADALAH PALSU,
DAN SESIAPA YANG MEMPERCAYAINYA, MAKA SYAHADAHNYA BOLEH TERBATAL..
DAN SESIAPA YANG TIDAK TAHU TENTANG FATWA YANG DI KELUARKAN

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.
Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa,
seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria.

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi,
Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli.
Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy,
penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979,
tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadah sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.
Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia.
Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah.

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".

(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978,
menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah .s.a.w serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIHK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8,
surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam,
serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya.
Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain,
jatuhlah hukum ke atasnya menyampaikan perkara syirik dan khurafat.

Sesungguhnya ulama' sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".

~~~

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku maka dia telah menempah tempat duduknya dalam neraka”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 1291 dan Muslim – no: 4]


Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Akan ada pada akhir zaman umatku,
sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadith yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu.
Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka.
Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah”
[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya – no: 15] 
 
 http://haticlassic.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog